Mari join..:)

Wednesday, February 20, 2013

Best man wins!

Haritu aku ada sebut tak yang adik aku dah dipinang orang? Ade kot. Haa ni nak cite sikit.

Aku memang takde tangkap gambo langsung mase tu. Sepanjang pagi sampai majlis berlangsung dok dapur je. Dah mandi pun tak! Huhu. Dahla pakai t-shirt dengan kain batik je. Sangat tidak glemer untuk enterframe. Huhu.

Bakal tunang adik aku ni aku kenal je sebenarnye. Sebab dia penah datang rumah opah aku kat Soeharto tu beraya. 2 tahun lepas. Opah dia orang Behrang. Dari kampung aku dalam 20 minit kot. Tak jauh. Tahun lepas pulak raya umah aku. Taun ni? Jeng jeng jeng.Haha.

Yang kelakonye, dia tak pernah jadi boifren adik aku. Adik aku ni kalau kira ex dia boleh buat Olimpik kot. Sampai aku tak kenal semua. Yang aku kenal yang lama2 sikit kapel tu la.Tu pun sebab add kat Fb. huhu. Ingat lagi. Masa dia clash sekali tu. Sebelum pakwe dia yang Pahang tu. Dia tulis kat Fb. Aku terus komen suh bakal tunang adik aku ni masuk line. Tapi dia macam pasrah je. Adik aku beria taknak kot kat dia. Pastu. Tetibe kapel dah ngan yang Pahang tu. Siannnnnn dia.

Lama jugak adik aku ngan Pahang tu. Tapi aku tak suke sangat mamat tuh. Sebab dia suka menyumpah mencarut. Mak aku dari kecik tak bagi kami cakap bodoh apa lagi mencarut. So kurang point di situ.

Aku ngan mak aku memang suka bakal tunang dia ni. Masa adik aku kapel ngan orang len pun mak aku still tanya pasal budak tu. Penah la aku tanya adik aku ni. Napa tak nak ngan budak tu? Okey je dia. Dahla rajin datang rumah kite.Bukan dekat. Dia kata laki tu baik sangat. Kite ni bukan baik mana pun.

Pakwe last sebelum adik aku nak bertunang ni. Orang Penang ke Kedah. Tapi dia keja sini la. Aku penah jumpa. Serius,aku tak suka. Entah apela taste adik aku ni. Bukan sebab tak hensem. Ada rupa la jugak. Peel ja tak berkenan.

Serius. Tak sangka last2 yang dia kata baik sangat tu jugak yang nak bertunang ni. Harap semua okey la. Sampai ke akhir hayat  hendaknya.

No comments:

Post a Comment