Mari join..:)

Wednesday, February 13, 2013

Belajarlah dari guru.

Ramai mengatakan. Orang kita jenis malu bertanya. Bila cikgu tanya ada soalan tak, takde sape nak angkat tangan. Bila ada orang angkat tangan,semua tengok orang tu macam orang tu alien.

Guru adalah orang yang mengajar kita. Tak kira apa yang dia ajar. Kat sekolah ke,kat rumah ke,mana2 sekalipun. Asalkan kita belajar sesuatu daripadanya,dia boleh dianggap guru. 

Orang yang hebat mempunyai banyak guru. Tak kira lah dalam bidang apa pun. Dia mesti ada guru. Kita boleh baca sejarah ilmuan Islam. Macam mana diorang berguru sampai boleh jadi tokoh ilmuan Islam.

Jadi untuk menjadi pakar dalam sesuatu bidang,carilah guru yang benar pakar dalam bidang tersebut. Walaupun dia mungkin tarafnya lebih rendah dari kita. Tak semestinya kita tak boleh belajar daripadanya.

P/s: nak cari guru memasak yang sabar. huhu

No comments:

Post a Comment