Mari join..:)

Wednesday, February 13, 2013

Belajar memandu.

 
 
 
 
Disebabkan sekarang ni kerajaan ada buat BL1M yang harganya cuma RM199 untuk remaja berumur 17-18 tahun yang ingin mengambil lesen motosikal B2, aku teringat masa aku amik lesen dulu. *recalling*




Aku amik lesen masa cuti sem 2 bulan lepas praktikal tu. Early May 2009 lah. Actually dari awal daftar unimas, ayah aku dah suruh aku amik lesen siap2 kat sana. Sebab senang nak gi. Sekolah memandu sangatlah berdekatan dengan pintu utama kampus timur. Tapi menurut kengkawan, mahal sikit sebab amik lesen kereta ja dah dekat seribu, Tapi yang best, dijamin lulus. Walau bagaimanapun, aku tak amik jugak. Tak tau kenapa.Masa praktikal pun, ingat nak amik kat Klang ja. Tapi tak jadi jugak. Sebab mahal. Hihi



Last2, cuti sem tu. Ayah bawak ronda teluk intan. Sebab kami memang takde mana2 sekolah memandu in mind. Jadi main redah je. Pastu sampai satu sekolah ni. Lapang je depan dia. Masuk2 dah nampak orang belajar bawak keta. Ofis dia macam tengah pulau je. Kat belah belakang ceruk sikit ada la tempat belajar moto pulak. Nama sekolah tu Institut Memandu Intan (IMI). Yang bestnya, dari belajar sampai test suma kat situ. Sebab setengah sekolah tu,belajar kat lain, test kat lain, kan dah susah tu. Total amik lesen motor kete kat situ ialah RM670. Ya, murah sekali.



Satu hari tu, balik dari sekolah singgah rumah Mak cik. Mak cik tanya lah, balik ni kamu bawak kete ayah ke? Ayah dok sebelah eh? Aku sengih je. Tengok2 ayah bagi. Punye slow la aku bawak. Macam siput sedut dah. Nasib jalan yang kami lalu tu memang kurang orang lalu. Kalau tak mau kena horn. Tapi ayah punya bising. Kata tengah sangat la, tepi sangat la.Tak tengok side mirror sangat la. Nak langgar tiang letrik la. Huhu. Jalan nak ke rumah aku akan tempuh 2 jambatan, 1 besi 1 kayu. Pastu lombong bijih timah kiri kanan,sungai kinta lagi. Paham2 le kan. Seriau. Opah Yang aku dulu masa hantar pengantin (mak aku le pengantinnya) punya gayat. Rasanya sejak tu dia tak pernah jejak lagi kampung kami. Hehe. Tepi sangat takleh sebab ayah kata silap silap leh terbalik keta sebab jalan tu tinggi.Tengah sangat makan jalan orang la. I is stressed.Huhu.




Ade lagi sekali tu balik dari kelas gak. Ayah drive la. Dia kata aku drive slow sangat. Kebetulan haritu tayar belah pemandu pancit. Nasib dah sampai kampung. Kalau tengah pekan memang naya. Ayah pun benti, bukak bonet bawak keluar jek,tayar spare,sepana bagai. Dia suruh aku keluar try naikkan jek tu. Katanya sebagai bakal pemandu,wajiblah tahu camna nak tukar tayar. OhMG.Naikkan jek ok lagi kot. Part ketatkan nat balik tu yang pecah peluh. Nak longgarkan nat lehla pijak pijak je sepana tu.Haha. Masa Honda dulu, ada sekali tu tayar belah kiri depan aku pancit. Aku tak sedar pun pagi tu yang mengempis. Gemok balik pukul 3.30 dia yang bagitau. Aku dah gelabahla juga. Masa tu terbayang lah ajaran ayah nak menukar tayar pancit tu. Konon taknak Gemok tolong. Suruh dia balik rumah je. Pastu kol 6 lebih gak aku balik haritu. Tak taulah apa yang aku busykan. Sampai kereta terus keluarkan semua peralatan pastu tetiba je rasa tak nak buat. Haha!Terus kol Gemok. Dia dah perli perli. Sampai sampai tu, tengok aku dah kuarkan peralatan sume. Lagila dia perli. Cey. Aku nak test gak la. Nak tengok ketereran dia kan.




Sekali dia bawak keluar pam tayar. Nasib bukan yang ni.
 
 
lebih kurang ni. Jenis bole pijak.
 
 
Helo? Pam tayar je? Dia kata pam jelah asalkan boleh sampai kedai tayar pastu tampal je. Kan senang. Takyah buang tenaga katanya. Ok fine. Nasib lah boleh tampal. Kalau jenis yang takleh tampal tu nasib badan teman le...-.-"
 


Semalam. Balik dari hantar adik2 ke asrama, jam dah dekat kol 9 dah. Ayah aku pun dah mengantuk. Yang tinggal aku ngan adik kecik je. Adik kecik pun tidur. Sebab hujan kan.Sejukkkk. Dia siap nak berselimut lagi. Tengok ayah bawak kete macam nak masuk semak dah,aku offer diri bawak. OMG. Takut kot bawak kete panjang ni. Baru Wira Aeroback. Ce kalau Honda Accord ke. Alza ke. Panjang tuh. Bawak punye selow. Malam pulak kan. Sampai simpang punya jauh dah brek dah. Dalam hati dok berdoa je. Nak sampai jambatan kayu tu lagi la scary. Bawak myvi pun aku gayat. Aku ni gila kot. Selalu terbayang keta masuk sungai. Dari kecik lagi dah camtu. Tapi tak penah cite kat orang pun. Dulu masa kecik penah dengar ada orang masuk lombong. Oiiii takut. Lombong kan jenis yang boleh menyedut nih.



Len kali balik kampung aku capture gambar jalan jalan ni sume. Jalan ni lengang je. Kiri kanan selalu ada ja orang mancing. Lagi lagi musim hujan camni.Air naik kan. Eh apa motip cite nih sebenarnya tah? Dahla macam takde punch line je.

No comments:

Post a Comment