Mari join..:)

Thursday, February 28, 2013

Join contest.

Keta aku preset aku save 5 siaran je.Hitz,era,redfm,flyfm and mixfm. Feeling omputih kononnya kan. Satu je melayu.Kehkeh. Aku xsave hot sebab aku tak suka.Dulu tempat fly tu aku buh Xfresh.Tetiba satu hari pasang channel tu tuka pegi radio cina kan. Sebab diorang dah jual channel tu. Sedih.

Petang2 aku suka gak dengar era otw balik kerja.Dengar adi ngan zahid.Tu pun da nak habis segmen diorang.Kol 7 arilllll(nampak tak gedik di situ?hihi)

Pastu semalam dengar ada contest pasal Samsung S3 mini.Feewitt.

Aritu ada mobile fair kg.gajah.Murah gile wa cakap lu.Aku dok syak made in china semua phone tu.Tapi sebab wat besar2 an aku pun buang keraguan tu dan hasut ayah beli samsung S3.Semua2 rm400 ja.Pastu last2 memang hampeh. Takleh nak watpe.Terus bagitau semua orang jangan gi mobile fair dah.

So bila ada contest ni terus excited nak join. Eleh aku tau semua orang suka barang freeeeee kan.Haa joinlah.Ramai2 takpe. Tak rugi pun sebarkan.

Cara dia, kena daftar dulu.

Taip S3MINI</jarak>nama</jarak>no. ic</jarak>Samsung Galaxy S3 mini sangat pergh kerana...(buh la ape pun kan

hantar ke 36600

Pastu tunggu diorang kol. Satu hari pastikan enset ada berdekatan anda ye.Huhu. Bila diorang kol kita kena angkat dan sebut "Samsung Galaxy S3 mini sangat pergh". Kalau sebut helo ke yeoboosayo ke salah keh. Kihkih.

Aku pun tak tau diorang akan kol time bila sebab aku pun bukan sehari suntuk dengar radio. Tapi try jela kan.Kalo menang share la ngan aku.Huhu!

Aku tak dapat apa pun promot ni. Dapat pahala gembirakan orang cukupla. Kehkeh.Xoxo (gedik sikit)

Wednesday, February 27, 2013

Sembang politik.

Sekarang ni bukan main dasat lagi peperangan politik Malaysia ni. Yang penting aku tau aku sokong sape kan.Lantak la orang nak cakap ape. Kita ada hak masing2 dan apa yang kita nampak dan dengar tak semestinya betul.Setiap orang ada hujah masing2.Ada kebaikan dan kelemahan masing2. Ada pihak tu manifesto pun agak tak logik.Nak caya camna kan. Too good to be true laaaaaa...



Pastu sekarang ni pasal poll yang Merdeka Center buat.Eleh poll tu bukan kita tau pun sape responden dia. jangan2 kucing. Even pilihanraya pun orang tu kata ada pengundi hantu la apa kan. Jadi apa la sangat setakat poll camni. Bukan semestinya menyeluruh pun.Kalau menyeluruh,mesti la aku pun responden gak kan.


Satu yang aku rasa lawak kan. Kebanyakan orang yang dok sembang politik sangat ni.Bukan join parti tu,tak daftar pengundi pun.Cakap je lebih kan.Kalau betul sokong jadi la ahli parti tu. Daftar la pengundi. Ni apa pun tak buat,cakap je lebih.kahkah. Aku cakap berdasarkan orang yang dekat dengan aku. Masing2 sembang kemaih.



Ku akui (lagu hafiz) rumah aku ada bendera satu parti ni. Ayah aku kan ketua cawangan. Dalam rumah pun ada buku2 ahli politik yang menjurus ke arah parti ni. Yes, I did read those. Aku tak kata lepas baca tu makin sayang ke apa. Sebab aku pun baca jugak paper satu lagi parti tu. Rumah Gemok banyak. Even dalam peti surat pun ada dapat free. jadi tak kata aku baca sebelah pihak je. Boleh kata adil la baca dua2.hoho.



Tak mau cakap sapa betul sapa salah. Cuma yang tak faham orang dok gaduh kat blog pasal politik. Kefahaman lain2 pastu nak bagi orang ikut cakap kite. Tak patut la kan. Sokong diam2 dahla. Nak gaduh pasaipa. Agama sama what. Agama lagi penting dari politik.



New Korean Dress.

Ada korean dress baru for sale! Eleh aku tau korang suka kan.. Meh nengok meh...
 
Semua RM32 je.
 
 
Fabric: cotton thread
colors: watermelon red
Size: Size
Size: Shoulder 36CM Sleeve 55CM Bust 84CM Waist 72CM Length 59CM
 
 
 
Material: Cotton
Size: Free Size
Bust :78-98CM
Shoulder :35-42CM
Sleeve: 60CM
Length: 66CM
 
 
Material: Cotton
Size: Free Size
Bust :78-98CM
... Shoulder :35-42CM
Sleeve: 60CM
Length: 66CM
 
 
Round d nails U Neck Top (Black)
2 AVAILABLE
RM32 INCLUDING POSTAGE SEMENANJUNG
RM35 INCLUDING POSTAGE SABAH & SARAWAK
 
 
Length 58
Bust 86
Shoulder 33
Sleeve 57
 
 
 

Tak disiplin makan VCOA Treenea

Dah lama tak citer pasal VCOA ni kan. Masa mula2 kuar dulu hari2 pun VCOA sampai orang pun naik boring nak bukak blog I.Huhu.
 
 
Okeyla nak cite la ni. Sekarang aku memang makan lagi VCOA tu.Tak habis2 satu botol tu.Dulu aku makan sehari 2 bijik je.Jimat la jugak kiranya.Tapi yang jadi tak disiplin tu sebab aku selalu skip makan or waktu makan tak teratur. Kalau hari aku kerja,pagi mesti breakfast so mesti makan VCOA. Malam tu kengkadang makan kol 7,kengkadang makan kol 12. Jadi kol 12 tu kalau makan kat umah Gemok la.Hehe..Sebab mak dia rajin masak memalam.Bila dah kol 12 tu mesti lupa nak makan VCO dah. Kalau balik kampung pulak,kengkadang pagi makan.Kengkadang kol 11 baru makan. Kengkadang lunch je terus. Dah ter-skip kan. Last2 lama2 terus terbiasa tak makan. Adoi lar huda. Kata semangat nak jadi cantik.
 
 
 
Tapi ada musim gak aku makan. Bila tau aku period ja. Kuar2 ja. Terus cari VCOA dalam beg. Sebab pa?Takut sengugut.Lepas makan ni alhamdulillah SENGGUGUT memang takde dah. Lancar je. Aku ade wat satu entri testimoni khas.Cari la eh.Aku de wat bawah label VCOA Treenea.Malas nak wat link.Hihi. Lagi satu,bila nak poo poo. Aku nye poo poo ni payah sikit. Seminggu sekali la paling kerap.So bila dah lama tak poo poo paham2 la kan. Kalau dulu rasa nak beranak je bila poo poo. So bila agak2 rasa macam akan poo poo haritu,aku siap2 la makan VCOA sehari sebelum nya sampai hari kejadian. So takla rasa sakit cam nak beranak. Huhu segan nak taip nih.
 
 
 
Ada orang makan VCO aku tengok elok je muka diorang. Aku sebab tak disiplin so takleh la nak salahkan VCOA kan.Aku rasa ikut orang gak kot. Yang penting kena YAKIN. Kalau tak yakin apaaaaa pun tak boleh. Apa-apa pun,usaha tu penting,tu yang paling penting sekali.Try je apa yang boleh. Tapi jangan over. Takut nanti lagi teruk jadinya. Amboi nasihat orang pulak kan.Hoho.
 
 
So, ada yang berminat lagi ke VCOA? Kalau ada cari la I.Hihi
 
 
p/s: baru lepas poo poo.kahkah
 
 
 

Tuesday, February 26, 2013

Samsung Tab di hatiku.




Tak taulah kenapa. Baru2 ni. Hatiku terlalu menginginkan Tab. Padahal sebelum ni lantakla orang nak beli enset ape pun,canggih camne pun. Aku takkan terpengaruh. Yang ni pun tak terpengaruh sebenarnya. Keinginan tu je tetiba datang. Adoiyai.


Display

  • PLS TFT LCD
  • 1280 x 800 Internal Display Resolution
  • 10.1" Internal Display Size
 
Besar! Tu yang syok tu. Laptop Toshiba aku dulu 15" tolak jela 5" hehe.. Berat 588g. Err tak pasti la berat tak tu..;p
 

Camera

  • 3 Megapixels
  • x4 Digital Zoom
  • Shot Mode : Normal / Self-shot
  • Photo Effects : Grey, Negative, Sepia
  • White Balance : Auto / Daylight / Incandescent / Fluorescent / Cloudy
  • ISO: Auto

Haritu sembang dengan Gemok pasal Tab dan Note 2. Dia kata kamera Tab tak best sebab 3MP je.Dia sibuk nak beli Note sebab 8MP. Pastu tetiba dia kata best jugak kalau Tab sebab skrin besar. Dia kan kuat main game jugak. Benda lain aku tak tauuuuuuuuuuuuulah kan....


Function lain aku rasa banyak je handphone lain yang ada features camtu. Cam video call, bluetooth, wifi. So takyah la nak cite sangat kan. Aku pun nama ja belajar telekom tapi tak pernah ada hands on experience jadi tak yah nak memandai.


 
 
 



Aku dok teringin tapi kalau bole nak beli cash je tapi sah2 la tak mampu lagi kan. Nak hutang aku rasa macam tak mau. Tak larat la hidup dibelenggu hutang kan. Simpan duit boleh. RM10 sebulan.Hehe. Semoga ada keajaiban berlaku..Jeng jeng jeng...
 

Jaga diri sendiri.

Biasala, orang belum kawin, dok jauh dari keluarga pulak. Kena jaga diri sendiri la.Takkan nak harap orang pulak kan. Alhamdulillah,sepanjang jauh dari keluarga jarang sakit teruk2. Demam pelentung yang kira paling teruk tu pun masa cuti sem.Eksiden beberapa kali tu, alhamdulillah kereta ja cedera. Tuannya tak de pape. Kalau naik motor,rasanya selamat dah. Memang tak konpiden. Lesen untuk hiasan semata.


Kengkadang datang masalah teruk2. Macam masa final year hampir fail,hampir kena extend, hari2 berendam air mata. Masa turun naik bilik Ketua Jabatan pasal nak bukak kelas untuk kami yang fail ni, aku sorang ja perempuan. Masa KJ kata macam susah nak bukak satu kelas baru.Keluar2 tu aku jalan jauh sikit dari orang lain nangis pastu kawan sama-sama nak bukak kelas tu ternampak.Dia cakap "jangan risaula,ada peluang tu".Bila dah dapat bukak kelas.Nak exam,kami sama2 study library,sama2 risau boleh lulus ke tak. Sorang member tu cakap "Dont worry huda, kami fail takpe. Yang penting kau lulus.Kami memang akan extend." Sedih gila. Walaupun diorang selalu buli aku jadi ketua kelas merangkap penyedia gula2 tiap2 kelas, aku hargai apa yang diorang buat untuk aku. Mana nak cari kawan camni. Aku boleh doa semoga Allah yang balas jasa diorang tu.


Gula2 sepanjang kelas Dr. Bakri 4 jam.


Dah dewasa ni. Memang tak jumpa dah orang macam diorang ni. Tapi takpela. Takkan selamanya nak bergantung pada orang lain je kan. Kadang2 ada masa kita rasa nak jerit. Nak lupa semua benda. Nak pergi jauh2. Tak nak jumpa sesapa. tapi lepas tu kita mengadu kat Allah. Sikit2 kita rasa tenang semula dan selesaikan masalah satu-satu. Sapa lagi tempat nak mengadu.


 
 

Cantik macam Adira?

Adira kan agak selalu jugak keluar Melodi pasal percintaan dengan orang ni,dengan orang tu. Sian jugak kat dia sebab dia macam Taylor Swift dah banyak kali bercinta banyak kali putus. Tapi satu ja aku perasan dengan Adira ni. Walaupun bukan peminat dia pun.


Aku tengok dulu dia tak la putih sangat pun.Aku rasa kulit dia lebih kurang aku ja. Tapi of course la. Dia cantik. Mana bole sama dengan aku. Tapi sekarang ni aku tengok dia putih semacam ja. Muka memang flawless la. I is jeles.


Baru2 ni.Sembang dengan mak student tu. Dia sebut la pasal Adira.Oh rupanya. Dia duta produk Beautskin Essence tu. Yang pil kaler itam tu. Dia makan tu la untuk jadi gebu camtu. Tak taula mata orang lain,tapi pendapat aku memang berubah habis la.


Jadi ada yang berminat ke? Sila pm saya..017-5049769.Bole COD untuk area Penang..

Monday, February 25, 2013

Semuanya pasal mimpi.

Tak taulah kenapa blog2 yang aku follow semua update sikit2 je harini.padahal aku free harini leh baca semua siap boleh ulang2.Heheh. Nak tengok page follower memang takleh nak tengok sebab kena blocked. Nak komen pun kadang boleh kadang tak.Maafkanlah saya bukan sombong. Kalau dapat sembang esok pun lum tentu habis.Hehe!



Malam tadi aku mimpi perang dalam kampung.Bukan kampung aku.Tak tau kampung sapa. Tapi kampung tu ada macam rumah panjang sikit. Sebab banyak bilik. Entahla. Latar tempat tak dapat dipastikan. Latar masa rasanya zaman sekarang lah.Cey tetiba nak KOMSAS sangat kan.



Herannya. Dalam tu kes hapuskan bangsa sendiri. Contoh, bapak jadi penyerang. Anak jadi orang yang diserang. Cukup tak faham. Nak kata perang saudara,bukan. Pastu orang Melayu lawan orang Melayu lak tu. Pastu ada campur bangsa asing sikit. Tapi tak pasti sape. Serius, banyak kali gak mimpi camni. Serius takut. Macam dok fikir,camne aku nak selamatkan diri ni?Mana nak lari?Mana nak nyorok?serius takut. Sama takutnya macam takut PKR menang PRU-13. Oh tidak!Please dont be happen.*Biarlah aku nak sokong mana pun kan.Hak masing2.*


Pastu aku terjaga.Rasa lega sangat. sebab kengkadang mimpi aku ni leh bersambung2. Macam ko jaga, pastu tidur balik,sambung mimpi tadi. Sampaaaaaaila pagi. Kalau mimpi kawen syok gak.Tapi aku selalu mimpi kawen ngan orang yang aku tak suka ja. Mana syok.Ada sekali tu,leh mimpi bercinta dengan sorang artis ni. Siap cakap omputih lagi dengan aku.Tajuk lagu dia pulak tu.Nak kata minat dia,tak jugak.Huhu. Tapi I is bahagia.Ngeh3.




Kengkadang mimpi aku memang suka berulang. Dulu masa kecik aku selalu mimpi rumah atas awan.Rumah tu kecik je.Macam rumah aku dulu. Rumah papan. Pastu bukak pintu nampak orang naik basikal atas awan. Kayuh macam tak kayuh je. Tengok,sampai sekarang ingat. Nampak sangat selalu mimpi tu sampai boleh ingat. Pastu aku selalu mimpi aku panjat tangga. Sangat kerap okey. Macam dari satu tempat ke tempat lain ada tangga.Pastu ada tangga lagi. pastu macam kena lompat pulak nak gi tangga lagi satu. Takut tau. Kalau dulu masa kecik bila ada adegan panjat tangga ni last2 mesti jatuh.Terus terkejut.Alhamdulillah sekarang tak dah.Mimpi panjat ja tapi tak jatuh sampai jantung rasa nak tercabut tuh. Terjaga sebab apa pulak sekarang ni.hmm tak ingat pulak. Tapi serius tak faham key. Mungkin maksud dia aku sekarang rajin berusaha tapi lambat nak berjaya kot? Entahlah. Allah je tau.


Kengkadang tu. Aku mimpi kan. Pastu aku leh fikir dalam mimpi tu,"oh aku penah mimpi ni dulu".Pelik tak? Dalam mimpi aku tau aku mimpi dan aku leh sambung layan je mimpi tu. Hoho. Lebih takut dari rasa lawak aku rasa. haih,mimpi la mimpi.


Baru2 ni,haa semua nak cite sekaligus kan. Pasal mimpi jugak. Yang ni scary ok. Ada sorang laki tua ni. Dah tua baya2 arwah tok aku kot. Ade sebatang gigi depan. Dia naik keta dengan aku. Pastu dia peluk aku kiss mulut.TAKUT!!!Nak lari tapi tak leh.Arghh aku dicabul di dalam mimpi sendiri! Menakutkan! Nasib la takat tu ja pastu terjaga. Takut sangat. I is suci tau. Jangan rosakkan minda kanak-kanak macam I.=.="


Macam2 mimpi dah aku cite kan.Mimpi kena patuk ular pun ada tapi kat jari. Ada sekali tu kat tengkuk. Sebab aku mimpi aku jadi macam ni.


Dua2 scary bukan membahagiakan. Bangun2 terus baca ayat suci bukan terus rasa seronok rasa macam ada orang nak minang.

Bukan jual barang je.(sebuah penjelasan)

Harap maklum la aku bukannye jual barang je. Jual barang ni part time aku je. Dan yang aku betul-betul jual,stok ada dengan aku ialah Maixara C-Sential dan VCOA Treenea je. Yang lain tu aku dropship je. Aku bukanla kaya sangat nak ada modal ribu ribu kan. Tu pun semput.Huhu. Pastu aku ni takleh simpan banyak2 stok ni nanti aku pening dan cepat konpius. Jadi senang amik 2 je. Jadi sesapa yang nak barang,cari je aku. Hah,tuisyen tu aku buat sendiri.Takde orang atas or orang bawah. Senang kata freelance je. Tuisyen sekarang ni aku buat Isnin,khamis dan Jumaat je.Malam.Selasa dan Rabu aku relaks. Dulu Rabu aku mesti nak free nak tengok wayang. Tapi sekarang sejak ada pakcik miang aku takut dah nak gi tengok wayang sengsorang.Huhu. Bajet hot lagi. Okey lah tu je penjelasan dari saya. Aku takut je nanti orang ingat aku paksa orang beli barang je.Hehe! Teruskan membaca kalau rasa menarik..:)

Skodeng Afgan.

 
 
Sape bca blog aku dulu2 kala tau la aku minat Afgan. Afgan Unimas la. haritu ada orang whatsapp aku gambar ni. Sila lihat baik-baik. Hehe 

Sunday, February 24, 2013

Macam anak bongsu.

Sape yang baru kenal aku mesti ingat aku anak bongsu. Pernah masa zaman miang2 dulu ada orang dok salah nombor kan. Layan je la masa tu. Baru mesej2 beberapa ayat diorang tanya aku anak no berapa.So gedik2 la suh depa teka(tak tau nape asal salah no je kedah/penang). Depa mesti jawab anak bongsu.

Jangan salah paham.Aku miang sehari je.Agak2 mesej dalam sejam dua aku ngantuk dan tidur.Esoknye aku tak layan dah mesej orang tu.Hohoho. Rugi je aku rasa.

Rasanya disalah anggap sebegini bukan sesuatu yang baik.Sepatutnya jadi memalukan. Yela,nampak sangat aku ni takde ciri2 kakak mithali kan.

Ayah aku selalu bising.Dia kata "yong kome ni dari kecik nak bertolong. Sebab tu dah besor ni dia jadi camtu"

Maksud dia dari kecik nak buat pe pun mesti nak ayah mak tolong.tak reti buat sendiri. Oh sedih tau. Aku rasa sejak aku pegi Sarawak aku banyak buat benda sendiri. Borang apa pun sejak sekola menengah isi sendiri.Adik2 aku semua nak aku tolong isi.Dah masuk kolej ni pun nak aku buatkan.Maksudnya semua pun manja.Bukan I sorang je.huhu!

Masa kena pelentung dulu.Masa tu cuti sem.Umo 19.Masa tu sebelum cuti Dila mesej suruh aku ajar dia Add Math cuti nanti.Aku cakap ok je.Balik2.Start dari adik yang asrama bawak virus pelentong abis satu rumah kena. Kecuali mak ayah ngan Izah.Ayah sebab dia dah penah kena.

Aku start tumbuh kat belakang tapak tangan kanan.Ada parut sampai sekarang.Pastu merebak.Satu badan sakit2.Last2.dari aku kena ajar Dila,sampai dia balik asrama balik aku dok sakit lagi. Dari aku yang patut ajar,dia yang kena jaga aku pulak.Bukanla jaga apa,tolong sapu ubat ja. Dahla masa balik tu aku gemuk betul.Jeans sampai tak muat.tak tau apa yang aku makan.Pastu sebab pelentung aku tak lalu makan.Terus kurus.2minggu je.Bila tengok bekas parut pelentung tu,scary je.Besar sangat.Timbul lak tu.

Adik2 pompuan aku suma lagi rendah dari aku. Tapi bila bergambo,kengkawan aku akan cakap yang dila macam lagi tinggi dan lagi matured. Bila gi kenduri, makcik2 tu kate kakak dia ni biase je.Tengok adik2 nye ni ha mekap sakan.Ape nak wat aku lebih rela nampak biasa dari aku rasa tak selesa. Comfort is everything,dont you agree? Tapi bila aku rasa nak mekap ke,nak pakai pape aku akan tanya diorang okey tak.Terbalik sungguh.Huhu.

Ada sekali tu,aku post status kat FB. dulu gila update status. Aku cakap "bila la nak jadi matang". Ada sorang tu komen, "dah kawin nanti matang la" Err bole teka sape yang komen? Hmpphh nyamfes.

Pujangga Ahad.

Initiating first step is the hardest of all. Selalu orang putus asa sebelum mula pun. Bila dah mula semuanya nampak mudah dah. Takde istilah takut dah dalam diri. Udez,hold yourself together and strive!

Saturday, February 23, 2013

Sunyi.

Hidup takde kawan rasa sunyi,kata orang muda

Hidup tanpa anak anak di sisi sunyinya,keluh ibu bapa

Hidup tanpa rengekan anak kecil rasa sunyi kata pasangan muda

Hidup tanpa gajet rasa sunyi kata remaja

Hidup tanpa kartun dan mainan rasa sunyi kata kanak kanak

Hidup tanpa kerja sunyi kata si rajin

Hidup tanpa dapat duit rasa sunyi kata orang kaya

Hidup tanpa boifren rasa sunyi kata si girlfren

Hidup tanpa suami sunyinya kata si isteri

Hidup takde isteri sunyi sangat kata si suami

Hidup tanpa game rasa sunyi kata gamers

Hidup tanpa dapur rasa sunyi kata si chef

Hidup tanpa kereta rasa sunyi kata drifters

Hidup tanpa doa keluarga rasa sunyi kata ahli kubur.

Lazy Sunday.

"Bayangkan apa yang anda mahu. Lihat ia,rasai ia dan percayalah anda dapat mencapainya. Buat rencana terperinci dalam minda anda,dan mulalah berusaha mencapainya"
-Robert Collier

Sabtu Produktif.

"Imaginasi umpama makmal tempat mereka cipta semua perancangan manusia."
<br>
-Napoleon Hill
<br>
<br>

Friday, February 22, 2013

Air manis vs air masak.

Suka tak air manis2 ni? Air tin ke air kotak ke? Menurut kajian air tin mengandungi 12 sudu gula taw. Ish3 banyaknya.


Aku bukanla jenis yang health concerned sangat.Aku biase2 je. Suka,aku makan. Tak suka,aku tinggal.So aku memang tak suka benda yang terlampau manis ni. Kuih2 tradisional banyak aku tak makan sebab ni la. Dasar memilih makan.


Kalau makan nasik kat umah memang aku minum air kosong ja.Takleh terima air lain.Tapi kalau gi kedai makan aku tak penah order air kosong.Sebab rasa sangat scary.Macam tak masak.macam payau.Tak sanggup.Penah sekali aku makan satu kedai jual western food ni dengan Gemok.Aku paksa dia minum air kosong yang diorang memang bagi free tu.Sebab dia dulu ada sakit buah pinggang.Tapi aku tak minum pun.Pastu dia suh aku try dulu.kalau aku bole habiskan baru dia minum air dia.Sekali payau.rasa macam minum air yang ada lumut(macam la penah rasa kan).euwww.


Kalau kat umah. Aku jarang bancuh air.Kalau bancuh pun untuk orang.Yang selalu request.Adik bongsu tu.Dia tau aku akan bancuhkan punya.Tak pun.Dia mintak kakak len.Kakak tu suh dia mintak kat kak len.Ada 4 kakak kan. Tapi memang paling kerap mintak ngan aku.Sebab aku yang selalu ada rumah.


Dulu selalu ada iklan tv.Yang satu sudu gula ja tu. Memang aku buat.Contoh mak suh bancuh air.Aku kira berapa orang nak minum.Banyak tu la aku buh gula. So diorang selalu kata tawar.Bagi aku ok je. Tapi pastu kan. Kalau dalam drama tv kan selalu ada dialog. "Manis,semanis orang yang membuatnya." Maka lepas tu aku belajar buat air manis sikit.Motip?Haha.


Kalau gi umah pakcik makcik.Diorang mesti pesan milo ada mana,teh mana.Tapi aku tak buat pun.Pastu diorang bising.Aku wat air2 tu kalau aku nak cicah ngan biskut ja. Ada biskut aku menyicahla.Aku tak cakapla camtu.Aku cakap tak rasa nak wat je. Pastu kena cop malas.Sobsss.
Kalau gi mcD or kfc.Aku akan mintak milo.Sebab tu kengkadang aku malas gi sana.Sebab order mesti nak panjang sikit. hehe. Tapi sekarang okey dah.Sebab Gemok kuat minum air manis.So aku minum sikit air gas tu yang len suh dia habiskan. Dia cakap kalau kat umah dia takde istilah "manis sangat" ni."Kurang manis" ada.Oh takut.



Aku bole je minum milo or nescafe dalam tin.Tapi air gas takleh.Especially coke and pepsi.Memang takleh.Masa raya kat Sarawak,gi la mana rumah pun memang hidang air manis. Raya cina masa 3rd year kami gi umah diorang ni.Dok ada pepsi n coke la.Selamba ja aku order air kosong.Rumah orang tu.Huhu.


Aku sebenarnya ada penyakit.Bila minum air gas banyak sikit. Pinggang aku sakit sangat.so kalau nak minum boleh.tapi kena minum air masak dalam kuantiti lebih kurang air gas tadi. Kalau tak nak jalan pun dah bongkok2 sebab pinggang dah macam nak tercabut. Sakit siot. Tak taula sakit apa tu.


Anyway, marilah kita ke arah gaya hidup yang sihat. Contoh:


 
 
Less sweet! Sebenarnya 3 in 1 sangat banyak gula ye kawan2. Jadi kurangkanlah minum 3 in 1. Yang ni aku rasa memang tawar tapi tak taulah gula dia betul kurang ke tak. Anyway,tak salah cuba untuk kurangkan kan?
 
 
 

Kenapa blog aku tak banyak gambar.

Kalau tengok blog aku ni berjela-jela citer pasal diri sendiri je. Banyak yang takde gambar langsung. Kalau ada pun curik dari Google. Gambar sendiri boleh kira dengan jari kot. Kenapa kenapa? Porke mi amor? huhu.


1. Aku tak suka bergambar.

Serius. Kurang suka nak bergambar. Satunya sebab sedar diri la. Lagipun kalau tangkap gambar muka sama ja,tempat sama ja mana syok kan. Aku kan jenis dok umah je tak gi mana. Kalau aku jenis banyak aktiviti lehla show off.Huhu.


2. Limited technology.

Aku pakai Galaxy Y je. Dengan data plan RM5 5 hari tu. Selalunya kalau entri nampak okey je susunan perenggan tu maksudnya aku taip kat opis. Tapi kalau post tu malam or weekend,maksudnya aku taip kat phone je. Susunan perenggan pun tah pape. Aku dah buat jarak dah,sekali publish semua tak de jarak.Pening orang nak baca. Sian. Pastu lagi.Disebabkan pakai phone, gambar selalu jadi terlebih besar bila upload. Setting pun takde apa yang bole nak ubah. So redha jelah. Disebabkan ini, I'm eyeing Tab. Tapi sedar itu kehendak. Banyak lagi keperluan lain yang aku lebih harus bayar dari beli ini. Tapi serius,kalau ada orang nak bagi saya terima..^_^


3. Limited connection.

Nak kena save kuota lagi satu.Huhu. 25 MB 5 hari ape yang leh wat sangat kan. dahla guna pakej Facebook.Huhu.



So maafkanlah blog ku ini. Kalau suka baca silakan.Kalau tak suka maafkanlah diriku..:)



Projek masa mak ayah gi umrah

Flashback lagi.Masa mak ayah nak gi umrah mak aku ada pesanan kat adik aku Dila. Katanya jangan bagi ayah tau sebelum masanya. Takut ayah tak bagi.

Ayah aku pesan suruh aku balik hujung minggu tengok adik2 masa deme gi umrah. Masa tu yang ada kat umah Dila, juga adik2 bawah umo 13 iaitu Alip, Izah dan Adik. Okey aku balik. takyah suruh pun sebenarnya.Hehe.

Pastu.Disebabkan pesanan emak tu,kami pun pegi pekan Teluk Intan cari kedai yang dimaksudkan. Bukan kedai barang kemas,harap maklum. Pegi pulak petang Sabtu. Memang salah hari la. Sabtu petang dan malam jalan Teluk intan memang sesak sebab pasar malam.

Setelah membuat pilihan berdasarkan bajet dan politik. Maka terhasillah.

Warna biru ikut warna BN bak kata Dila. Ayah balik dari Mekah terkejut gila. Dengan semua orang dia cite yang dia terkejut balik rumah.Eleh cakap jela suka.

Thursday, February 21, 2013

Cara jawab azan.

Tadi dengar azan. Tetiba rasa nak jawab. Tapi tak pasti nak jawab ape. Konon belajar sekola agama tapi benda camni pun bole tak ingat kan.

Bila muazzin sebut Allahu akbar (2x)
Kita jawab: Allahu akbar (2x)

Bila muazzin sebut Asyhadu alla ilaha illallah
Kita sebut: ulang balik apa yang dia sebut

Bila muazzin sebut Haiya 'alal falah, haiya 'alassolah
Kita sebut: La ilaha illaallah..

Tapi azan subuh yang "Assolatu khairumminannaum" (solat lebih baik dari tidur) tu tak pasti pulak jawab ape. ade sape nak tolong bagitau saya?

Gaduh,berpisah,jumpa,baik semula.

Aku ni kengkadang macam orang takde hati perut. Bila nak benti aku jenis tak suka jumpa sorang2 manusia mintak maap. Bukan ape,aku takut nanti aku nangis. Haha!

Masa nak habis praktikal Canon dulu aku nanges. Sebab orang dok sebut ayat perpisahan la. Huhu. Malunye saya.So lepas tu taknak feeling2 dah.

Masa benti Sharp okey je. sebab baru sangat masuk. So tak kenal ramai orang sangat. orang pun sikit ja kenal aku. Maka takde la nak feeling sangat. Ade sedih jugak sikit sebenarnya.Huhu.Aku sebenarnya rindu Sharp. Serius.

Tadi petang. Aku ternampak budak kilang lama aku belakang keta aku ja. Aku patah balik tegur. Ada 2 orang. Sorang tu aku okey ja. Sorang lagi tu aku penah gaduh. Tak ingatla apa dia cakap dulu tapi aku betul2 marah. Sejak tu tak pernah cakap. Dia pun tak cakap jugak ngan aku.Pastu dia kena tukar tempat lain. Dalam sebulan dua camtu. Dia mai balik. Pun aku tak cakap ngan dia. Oh ya. Dalam dia hilang sebulan dua tu,bole dia tanya membe dia pasal aku.Dalam benci ada rindu ya.

Tadi tu. Aku sebenarnya tak tau nak tegur tak. Dulu sebelum gaduh tu aku baik gila dengan dia. Dari dia la aku tau macam2 pasal kilang tu. Macam2 kitorang borak.Tapi tadi dia yang tegur dulu. Rindu katakan. So aku pun okey2 jugak la ngan dia.

Dengan Gemok pun selalu camtu. Kengkadang gaduh dalam tepon. Pastu balik keja aku gi jugak gerai tolong mak dia. Pastu terjumpa la kan. Bole je borak cam biasa. Kalau dia tak tegur pun.Aku pulak yang tegur dulu. Padahal aku yang beria masa gaduh tadi petang. Hoho.Tah pape je. Macam lalang.

Buat projek di Ipoh.


Kejadian ni berlaku kira-kira 10 bulan lepas. Awal or tengah bulan April. Yang penting hari Selasa. Masa tu aku ngan Gemok dari Penang dalam 1 pagi lebih. Dia keja syif malam. Balik dari syif malam aku pickup dia kat rumah, mak dia punya bising dia malam2 buta pun nak keluar. Dia suruh aku parking jauh sikit dari rumah dia taknak bagi mak dia nampak. Since mak dia kenal keta aku kan.


Kami bergerak dengan kadar perlahan. Sebab aku risau dia mengantuk,maklumla baru habis syif je aku suh dia tidur tapi dia tak mau tidur. Sampai R&R Gunung Semanggol aku ajak dia makan tapi dia kata makan kat Ipoh jela. Okey teruskan perjalanan... Sampai Sungai Perak kami berenti lagi, dan akhirnya sebab bawak keta macam siput, area 3 pagi jugak baru sampai. Kalau aku sorang sejam ja dari Penang tu dah sampai Ipoh. Dia la.Masa aku bawak, dia tak bagi bawak laju. Pastu tukar dia bawak pun tak laju jugak.


Sampai Ipoh aku dah lapor gile. Pergi McD area Medan Gopeng tu. Tapi dah tutup. Gelap je. Maka pegi KFC seberang Petronas. Makan dan lepak sampai 4 pagi. Gile la tak tidur. Gemok siap minum black coffee KFC tu. Urghh tak sanggup. Mesej ayah. Ayah kata on the way lagi.


Dah 4.30 pagi camtu. Aku gerak dari KFC. Aku memang tak suka lepak satu tempat lama2. Rungsing. Gerak la ke ibu pejabat PPPNP tu. Aku tau simpang masuk nya. Tapi tak pasti bangunan mana satu. Tu pun sebab dah penat cari Gemok kata kat aku "surrender jela,bia dia bukak GPS." haha apakah kata dok Ipoh 5 tahun tapi boleh sesat di Ipoh. Nasibla....


Akhirnya jumpa tempat yang dituju. Gemok terus tidur ja. Sian jugak dia, sebab aku yang ajak teman sangat. Kalau aku memang tak kot. Aku pun jumpa ayah,mak, mak andak,pak andak. Tengok mak macam berat hati ja nak pergi. Aku pun rasa sedih jugak. Ayah pulak pesan suruh balik kampung tiap hujung minggu tengokkan adik2. Lagi la aku sedih. Gemok terus tidur tak sedar diri walaupun aku kejutkan sebab katanya nak jumpa ayah aku. Tapi tak nak bangun2.Haritu masa mak dia yang nak pergi, aku jumpa mak dia for the first time.Dia nak balas balik la kononnya. Sampai jam dah dekat kol 6, aku pun gerak balik ke Penang.


Nak cari tol Jelapang pun dah teraba-raba. Tak biasa kan. Biasa lalu tol Gopeng ja. Nak turun gi tol Simpang Pulai pulak rasa macam buang masa. Gemok syok tidur lagi. Elok2 sampai tol, dia bangun dan tanya "mana ayah?" Hmpppphhh.


Alhamdulillah,dapat jugak hantar ayah nak ke umrah. Baru umrah,kalau haji nanti camne la. Lagi berat hati kot.


Haa, tu pikir aku watpe tu?

Gelaran nama untuk orang.

Biasala manusia suka bagi gelaran kat orang kan. Kekadang tu macam tak manis didengar, kekadang tu lawak.


Masa Honda dulu banyak gelaran lawak. Mostly kengkawan bagi kat kengkawan la. Maknanya gelaran tu orang yang digelar tu tau. Dan sampai nama sebenar pun jadi terselindung. Banyak sangat sampai memang kelakar.


Contoh, tok batin. Tau sebab ape? Sebab dia ada parut eksiden kot kat tengkuk. Memang obvious sebenarnya. Maka digelar tok batin.


Artis pun banyak. Contoh, van damme. Justin bieber. Apek (Goal keeper malaysia).Predator pun ade weh. Sian sangat. Yang ni sebab muka yang iras. Ek,ada orang iras Justin bieber kat honda? Comel ke? Huh. Tak serupa langsung. Macam aril ada (boleh teka tak?)


Kat kilang ni. Operator bagi gelaran kat orang atasan. Dalam kata lain, orang yang digelar tu tak tau. Contoh, mambang. lagi satu tak silap gorila ke orang utan tah. Apakah? Sesuka hati je. Kalau yang digelar tu elok sangat, takpela. Aku rasa kalau gelaran tu bagi kat depa lagi sesuai kot. Aku bukan la nak kata orang buruk, tapi perlu ke nak gelar2 orang ni. Cube kalau orang buat camtu kat ko, tak ke rasa sedih. Kalau tak mau orang buat kat kite, jangan la buat kat orang betul tak. Tak paham tak paham. Si luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan,biarkan.

Wednesday, February 20, 2013

Best man wins!

Haritu aku ada sebut tak yang adik aku dah dipinang orang? Ade kot. Haa ni nak cite sikit.

Aku memang takde tangkap gambo langsung mase tu. Sepanjang pagi sampai majlis berlangsung dok dapur je. Dah mandi pun tak! Huhu. Dahla pakai t-shirt dengan kain batik je. Sangat tidak glemer untuk enterframe. Huhu.

Bakal tunang adik aku ni aku kenal je sebenarnye. Sebab dia penah datang rumah opah aku kat Soeharto tu beraya. 2 tahun lepas. Opah dia orang Behrang. Dari kampung aku dalam 20 minit kot. Tak jauh. Tahun lepas pulak raya umah aku. Taun ni? Jeng jeng jeng.Haha.

Yang kelakonye, dia tak pernah jadi boifren adik aku. Adik aku ni kalau kira ex dia boleh buat Olimpik kot. Sampai aku tak kenal semua. Yang aku kenal yang lama2 sikit kapel tu la.Tu pun sebab add kat Fb. huhu. Ingat lagi. Masa dia clash sekali tu. Sebelum pakwe dia yang Pahang tu. Dia tulis kat Fb. Aku terus komen suh bakal tunang adik aku ni masuk line. Tapi dia macam pasrah je. Adik aku beria taknak kot kat dia. Pastu. Tetibe kapel dah ngan yang Pahang tu. Siannnnnn dia.

Lama jugak adik aku ngan Pahang tu. Tapi aku tak suke sangat mamat tuh. Sebab dia suka menyumpah mencarut. Mak aku dari kecik tak bagi kami cakap bodoh apa lagi mencarut. So kurang point di situ.

Aku ngan mak aku memang suka bakal tunang dia ni. Masa adik aku kapel ngan orang len pun mak aku still tanya pasal budak tu. Penah la aku tanya adik aku ni. Napa tak nak ngan budak tu? Okey je dia. Dahla rajin datang rumah kite.Bukan dekat. Dia kata laki tu baik sangat. Kite ni bukan baik mana pun.

Pakwe last sebelum adik aku nak bertunang ni. Orang Penang ke Kedah. Tapi dia keja sini la. Aku penah jumpa. Serius,aku tak suka. Entah apela taste adik aku ni. Bukan sebab tak hensem. Ada rupa la jugak. Peel ja tak berkenan.

Serius. Tak sangka last2 yang dia kata baik sangat tu jugak yang nak bertunang ni. Harap semua okey la. Sampai ke akhir hayat  hendaknya.

Peplum baru.

Tak mau cakap banyak,mari cuci mata..:)
 
 
 
Peplum 1
 
 
Peplum 2
 
Peplum 3
 
 
 
Peplum 4
 
Peplum 5
 
Peplum 6
 
 
 
Peplum 7
Peplum 8
 
Peplum 9
 
Peplum 10
 
Peplum 11
 
Peplum 12
 
Peplum 13
 
 
Market price : RM45.00

Material : Cotton (Soft, Stretchable, Smooth), Chiffon (Sleeve)

Size : Free Size
(Suggested fit S to M size)

Measurements (Width Only) :

Shoulder : 13~14inch
Bust : 14~15inch
Waist : 14inch
Hips : 24~26inch
Length (shoulder to floor) : 25inch + 3inch Net
 
Mari order sekarang!
 
Nama:
Alamat:
Order:
Kuantiti:
 
 
SMS/Whatsapp 017-5049769
 
 

 
 

company lunch gathering.

Harini tengahari makan Chinese cuisine. Ni second time lepas kat Hilton Kuching dulu. Tapi rasanya yang dulu lagi sedap. Sup tak leh pi terus.

Takpela.Janji free. Burpp.

Mencuri semasa tuisyen.

 
 
Macam teruk pulak bunyi nye kan. Haha!
 
 
Masa tuisyen dengan Apit last two weeks, aku ternampak benda ni. Dah lama dah aku dah mintak kat Gemok tapi dia buat tak tau. Sape suh dia taruk kat ruang tamu kan. Haha.Aku cakap dengan Apit jangan bagitau abang dia. Bagus adik ipar.
 
 
 
 
 
 

Tuesday, February 19, 2013

Da guda da.

Percaya tak. Nama timangan aku ketika ditimang timang dulu ialah Guda. So bunyi dia akan jadi lebih kurang macam "da guda da".


Orang yang bertanggungjawab ialah pak uda adik mak. Anak no.4 ni selalu suka budak2 kot. Sebab ayah aku pun camtu. Adik aku yang kami panggil kak uda pun camtu. Tapi bezanya. Adik aku ni dia jugak paling garang. Kadang2 mak aku panggil dia singa. Dengan boifren dia pun dia garang(mak kata).


Masa kecik banyak jugak gambar dengan pak uda. Masa aku kecik dan pak uda belum kawin,dia rajin datang rumah kami. Dalam adik beradik mak, mak yang dok jauh sekali. Walaupun Perak je. Adik beradik lain tu hari2 pun leh jumpa. Ingat lagi moto dia kaler merah. Yamaha sukan(Yamaha sport ada kaler merah?) kot. Entahla. Aku ingat bunyi dan kaler je.


Ada sekali tu. Pak uda datang rumah dengan Acik On. Acik On ni sepupu mak ngan pak uda ni la. Dia pun agak suka layan budak2 dulu.Lepas dapat anak dulu dengan ex bini dia orang jawa tu,dia macam sombong sikit. Dah cerai tu baru macam ok sikit. Tak taula kenapa.


Okey dipendekkan cite. Diorang datang Sabtu. Petang Ahad tu diorang kena balik la. Aku dengar diorang cakap ngan mak.Mak suh balik senyap2. Tengahari tu aku ngan adik g umah opah belah ayah. Tak jauh pun. Masa tu da hujan rintik2. Aku ingat diorang dah balik la. Dalam kol 5 lebih gak kot. Jadi opah hantar kami balik naik beskal. Sampai2 depa semua tepuk dahi. Manala aku tau kan. Ingat dah balik.Rupanya baru nak gerak. Huhu.Diorang terus tak jadi balik. Acik On masa tu sekolah menengah lagi. Tak silap aku dia form 5 masa tu. Mak cakap dengan dia "ko pontengla sehari sekolah.." haha adoi.sampai camtu sekali.


Kampung mak aku nama dia Felda Soeharto. Pak uda aku ni dulu bininya opah yang carikan. Felda sebelah je. Felda Gedangsa.huhu nak kata sebelah sangat pun tak jugak. Tapi dalam Gugusan Felda Sg. Dusun gak jadi kira macam sebelah la. Paklong aku pun bininya orang Gedangsa jugak. Macam takleh jauh lagi ja depa ni. Huhu.


Masa pak uda bertunang,kawin. Aku dah paham la kiranya. Masa lepas tunang tu kami tengok gambar mak uda. Pastu boleh komplin kata biasa je tak lawa sangat. Tah pape je komen orang kan. Macam aku lawa.Terus kena syuu ngan makteh.Dia cakap jangan cakap camtu depan pak uda nanti dia tak nak kawin. Haha.


Pastu bila pak uda nak dapat anak,mak aku cakap. Pasni taklehla nak manja2 dengan pak uda sangat. Dia pun dah ada anak sendiri. Rasa kehilangan pun ada sikit masa tu. Huhu. Sama kes jugak masa ayah aku kawin dulu. Pak anjang(sepupu ayah yang tua 3tahun dari aku) dulu rapat dengan ayah. Lepas anak ayah dah ramai dia jauhkan diri. Sian pulak bunyinya.


Specialnya pasal pak uda ni. Dia sorang je dalam adik beradik mak aku yang ikot muka arwah tok. Arwah tok meninggal sakit asma (buatan orang) masa aku dalam perut mak lagi. Akhir 1987. Jadi aku tak sempat jumpa. Jadi mak bagitau kami. kalau nak tau muka arwah tok camne, tengok muka pak uda.Hmmm. Memang sama. Paklong aku pulak muka cam orang putih. Masa muda orang panggil dia apetah. John kot. Mak aku sama ngan muka sepupu dia. Paksu ngan arwah pak ngah pun sama muka sepupu gak.Tapi tak tau depa tu ikut muka sapa. Pelik family mak aku ni. Kalau orang tengok aku,kata muka aku fotostat mak. Gemok pun cakap camtu.Siap kata aku tua pun takkan gemok cam mak.Eh sukati je.Tapi adik mak kata aku ikot muka ayah. Entahla labu.


Lagi pelik.Anak2 pak uda pun ikut muka sepupu. Ayong sama muka adik aku yang Kak Uda tu. Angah sama muka adik aku Azam. Yang no.3 ikot muka pak uda. Satu hari tu. Aiman ni cakap. Muka paksu tak sama pun dengan ayah dia. Adik beradik ke.Suma orang gelak. Pastu mak aku cakap.Aiman kalo ko nak tau,ayah ko dulu masa kecik macam muka ko ni la sebijik. Terus dia diam. Aiman tak kisah katakan.


Walaupun dah tua camni. Aku still rasa rapat ngan pak uda. Kalau gi umah dia takde nak kekok apa. Kalau gi umah pakcik makcik lain aku selalu rasa macam segan. Masa aku menganggur dulu. Pernah dia bawak aku gi tebiu. Terharu gila.siap offer nak carikan keta untuk aku supaya aku senang gi keja.


Ok tamat. Takde gambo.

Cepat kekok.

Aku ni jenis orang yang cepat kekok. Tak habis2 cite pasal diri sendiri kan. Nak wat camne dah aku ni tak suka ngumpat. Haha!

Kengkawan aku dari sekolah taayah taulah peel aku ni. Diorang panggil "hilang gaya".

Hilang gaya ni camna?

Contoh. Kau jalan sorang2. Pastu orang dok peratiiiiiiii je kau. Perati okey bukan tengok. Tengok means beberapa milisaat. Tapi kalau perati kilo mega tera deka saat. Gitu. Pastu kau macam eii tak selesanya. Nak marah takleh orang kate perasan pulak. Haa tulah hilang gaya.

Member2 aku suma tau. Jadi diorang SENGAJA perati. SENGAJA OKEY. Sebab kelakar tengok peel aku. Comel la kot. Haha. Masalahnya dah aku hilang gaya tu diorang leh sebut hilang gaya kuat2.cis kek sangat.

Ada sekali tu. Aku berjalan dengan penuh ayu. Pastu diorang perati aku. Angin pulak bertiup sepoi2 bahasa. Macam video klip gak la. Sekali dah dekat ngan diorang sampai kat rantai penghadang tu aku leh tersadung. Jenuh kena bahan.

Lagi satu. Bila mekap or melawa sikit. Macam pakai kebaya kan. Bila orang tengok pun aku dah segan. So aku saje jalan ganas2 sikit. Haha.

Tu baru pompuan. Kalau lelaki? Aku tunduk ja. Haha. Tak pun.Penah sekali tu aku leh tutup muka. Sebab aku rasa muka aku luak. Hahaha. Perasan sangat.

Haritu yang aku ada cita pasal budak Iban tu kan. Kengkadang ada juga dia usya.dah kata minat kan. Pastu aku akan tanya apa dia? Dia terus ejek kata perasan. Pffft. Dia pun tau aku jenis hilang gaya sebab tu dia rajin usya. Arghhh tensen.

Sekarang ni. Aku nak tanya. Kalau hilang gaya sebab terjatuh depan orang ramai nak wat camne?

Mudahnya menjemput rezeki.

 
 
 
Dah janji kan nak wat review haritu. Sebenarnya semalam dah beria dah menulis kat bloggerdroid, sekali line tak ok kat umah aku tu. Tak mau nya save. Last last ilang. Adoiyai.
 
 
 
Aku tau buku ni dari sebuah blog. Tak pasti la blog siapa. Sebab dah agak lama. Yang aku ingat tajuk buku ni je. Haritu bulan lepas kot, masa teman mak ke Teluk Intan. Mak ajak pegi Pustaka Intan Shah. Aku nampak buku ni. Siap tunjuk kat mak aku. Masa tu aku ngah kering. Pastu tak sampai hati nak pau mak aku walaupun dia dah offer nak bayarkan. Takpela. Lain kali aku beli. Pastu masa yang aku nak gi tukar tayar tu. Datang sini dulu baru gi kedai tayar. Huhu. Memang aku gemor la Pustaka Intan Shah ni. Kalau nak cari buku camni memang banyak. Ada satu buku tu. Salesgirl tu promot. Tapi aku kena bajet betol2 dulu. Tak ingat dah tajuk dia. Cuma yang aku ingat. Penulis dia dah meninggal sebelum buku tu diterbitkan dan dia ceritakan pasal dia di Pakistan.
 
 
 
First, rezeki. Kalau sebut rezeki semua orang pun ingat duit. Betul tak? Semua orang pun nak duit lebih. Bukan semua benda boleh dapat dengan duit, tapi kita perlu duit untuk dapatkan benda. Tapi di sini bukan duit sahaja yang termasuk dalam definisi rezeki. Ada banyak lagi. Kita ja tak perasan dan tak sedar.
 
 
 
Kedua. Buku ni ceritakan camna nak menjemput rezeki. Bukan mencari rezeki. Semua orang tau cari rezeki kena kerja, buat itu buat ini pastu susah jugak kan nak cari kerja sekarang ni. So yang ni, jemput je. Bunyi pun dah lain kan? Camna cara dia,kena baca buku ni sampai habis.
 
 
 
Ketiga. Muhasabahkan diri. Serius, aku rasa ada perubahan dalam diri aku lepas baca buku ni. Tak pernah kot aku baca satu buku dari awal sampai habis dalam satu hari tak bergerak mana2.Pernah la dulu2 masa baca novel camtu. Tapi sekarang dah tak gemor teman baca novel ni. Boring rasa teman.Lagipun dari novel mana la ada faedah sangat kan. Sikit sikit ada la.
 
 
 
 
Ada banyak lagi benda yang kita boleh dapat dari buku ni. Jangan tak tau, Wardina Saffiyah pun baca buku ni.(Hai kak Dina..) Dan lagi, buku ni cetakan pertama dia 2012. Yang aku baca ni cetakan keempat. Juga 2012. Dasat tak dasat. Silalah dapatkan di kedai buku berhampiran eh. RM18 je aku beli. Huhu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Gemok ialah Aril AF7.

Sape yang rajin baca blog aku (terima kasih daun keladi) mesti dah biasa nampak nama Gemok dalam blog aku. Tapi aku tak pernah nak buh muka dia kan kat sini. Dahla Gemok tu bukan nama sebenar. Dia pun taklah Gemok sebenarnya. Kategori kurus juga. BMI pun normal, kolestrol pun normal.Kolestrol pun ko tau, gila stalker! Haha. Biasala Honda kan tiap 6 bulan bagi free checkup kat workers dia.Aku pun merasa. Nak masuk Honda ja buat blood test sampai 3 kali. Orang lain biasa 2 kali je. Berapa ratus tu tambang bas aku dari Perak ke Penang. Teksi lagi. Betapa gigihnya aku.Hmmm.


Okey2. Berbalik pada watak utama iaitu Gemok. Sebab malam tadi dia baik sangat maka harini marilah menghargai dirinya.Wah gitu.


Aku bukan tak nak buh gambar dia. Dia ni retis (artis). Kalau buh, kan ke dapat publisiti murahan. Pastu blog aku pun tetibe ramai serbu. I is takut glemer.bagus tak?Hehe


Jadi girlfriend artis ni payahla. Nak jumpa tempat ramai orang takleh. Nak jumpa selalu pun takleh. Haih. Boring. N lonely. Sigh again.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 




Aik,ade yang percaye ke? ekekeke..takkanlah Aril keja Honda kot?Haha. Dan paling mustahil sekali, berminat ngan aku. Haha. Memang tak logik di situ.


Sebenarnya malam tadi (pagi dah sebenarnya) aku mimpi Gemok. Tapi yang herannya. Aku nampak dia Gemok. Tapi entah kenapa minda aku dok bertukar-tukar imej Gemok dengan Aril.Apakah? Maksudnya,sekejap aku nampak Gemok. Sekejap muka dia jadi Aril,tapi aku tau dia Gemok. Hah? Kejadahnya? Tu yang aku heran sungguh tu.


Dalam mimpi tu, Gemok a.k.a Aril ni macam gaduh ape tah. Tapi macam penuh luka-luka badan dia. Luka pedang lak tu.Pfft.Pastu aku macam concerned gila. Dia macam penat sangat pastu tertidur sambil duduk. Aku pun pegi cari bantal untuk dia. Dok pilih pilih bantal, tetiba pusing dia dah hilang. Tetiba dia ada kat dapur tengah masak. Luka semua hilang. Dia kata dia gorengkan nasi goreng favourite untuk aku sebab takut aku tak sempat nak makan pegi kerja. Siap dah buh dalam tupperware jernih tu. Pastu dia leh suapkan aku. Owwww..So sweeet....


Suddenly, alarm clock bunyi. Ces. Sebab aku rasa bingit(aku letak enset jauh) maka aku terus bangun. Terus mesej Gemok nak cite.Dalam mamai lagi tu. Masa mesej tu konpius. Eh tadi aku mimpi dia ke Aril?



 
Stail rambut je sama. Haha.




Untuk pembaca WANITA sahaja.

Khas untuk pembaca yang kurang puas hati dengan aset sendiri. Menjadikan aset anda "fit".
RM10 sahaja untuk 2 biji. Mari cuba!

Mesej/whatsapp saya 017-5049769 or emel saya misshyda@gmail.com untuk details dan menempah..:)


 
Tanpa menjalani sebarang pembedahan, suntikan dan melibatkan kos yang mahal anda masih kelihatan anggun serta menawan dengan payudara yang menjadi idaman setiap wanita.
Berkesan dalam membantu melembabkan kulit payudara agar tidak menjadi kering ketika proses penegangan dan memejalkan struktur payudara.

Fungsi Sabun Tegangkan Payudara:
1. Menegangkan Payudara Yang Kendur Atau Jatuh.
2. Memejalkan Struktur Otot Payudara Yang Longgar.
3. Membesarkan Payudara Yang Kecil Dan Bermasalah - Membantu Tumbesaran.
4. Mencantikkan Struktur Payudara secara semulajadi, selamat & berkesan 
 
 
KEISTIMEWAAN LAIN SABUN PAYUDARA :

1. Berasaskan herba, suci dan selamat tanpa kesan sampingan.

2. Mampu mencegah kanser menerusi herba yang digunakan.

3. Memadatkan dan membentuk payudara agar lebih kemas.

4. Mencantikkan tekstur kulit payudara agar lebih bersih, halus dan lebih cerah.

5. Memberikan kesan maksimum dalam tempoh SEBULAN .
 
 
KANDUNGAN :

CAFFIENA TEA SALICYLATE PANTHENOL : kafein dr pokok teh yang tumbuh di kawasan tanah tinggi @ berbukit yang bersuhu sejuk.Ia bertindak sebagai agen menegangkan struktur payudara dengan berkesan secara semulajadi

PEGAGA : Tumbuhan yang hiduo di Asia yg didapati berkesan dalam bertindak sebagai agen memejal

GLYERIN : Bertindak sebagai agen memecahkan lemak yang tidak diperlukan atau berlebihan

MINYAK LANOLIN : Membantu melembutkan kulit payudara agar tidak kering ketika proses penegangan dan memejalkan stuktur payudara.
 
 
Cara Penggunaan :
 
1. Gunakan Semasa Mandi
1. Buat buih pekat (buihnya pekat creamy-type), urutlah sekitar payudara anda dengan urutan dari bawah ke atas, lakukan berulang kali
2. Biar seketika dalam 3 - 5 minit (tujuannya nak beri masa untuk herba meresap ke dlm kulit)
3. Bilas seperti biasa dan mandi.
4. Amalkan sekurang-kurangnya 2 x sehari
 
 

Monday, February 18, 2013

Orang nak kahwin cuba flirt.



Malam tadi hujan lebat. Aku off packet data sebab nak sep kuota lagipun memang takde line pulak.sebab hujan kot.

Pagi g keja bukak. Ada whatsapp mesej dari 3orang. Satu from Gemok. Satu from abe yang aku cuba matchmake kan dengan bestfriend ku Fizah. Satu lagi bakal pengantin ni.


Dah lama dia tak kontek aku. Haritu Fizah ada cite kat aku abang dia bagitau membe dia tu nak kawin. Aku tak kisah pun. Bagusla. Tak la aku rasa bersalah sangat.


Sekali pagi ni mesej camtuh. Wat happen?

Minum air kosong 2 liter sehari.

Dulu konon-konon aku bercita-cita nak rajin minum air kan. Nak minum 8 gelas sehari kononnya. Tapi tak jadi sebab 8 gelas minum air setiap setengah jam nak ke toilet. Penat sebab toilet jauh. Kalau tak sempat?Ish.


Beberapa hari ni kira macam musim hujan dah kot. Rasanya la. Sebab kat Perak or Penang, asal petang je hujan. Haritu aku gi intebiu tanah tu, ayah aku gi Seri Iskandar,mak aku pulak gi Kampung Gajah. Senang cite takde sape kat umah. Aku keluar dekat kol 12. Penyidai ada ja tengah laman tu. Tengok macam panas terik ja. Tapi berawan la jugak. Aku tengok jugak penyidai tu. Tapi ingatkan jap lagi mak or ayah aku nak balik dah so aku biarkan je.Lagipun tengah kalut kan.

Mak aku balik dalam 1.30 kot.Mak aku kata baju semua lenjun. Jiran aku Opah Lebor bising katanya napa tak teduhkan kain. Hoho. Tapi nak blame sapa pun. Sebab mak aku pulak ingat ayah aku balik awal sebab dia cakap dah yang dia nak balik awal.Sekali ambik ko.


Malam tadi. Hujan tersangat lebat. Ribut dah. Cepat cepat aku bawak lari kaktus jangan bagi kena hujan. Mati pulak nanti. Gemok kata Seberang Jaya pun ribut gila.


Asal aku cite pasal hujan ni?


Selalu bila hujan mesti sejuk gila kan. Tapi semalam aku rasa panas. Tengah ribut tu aku leh buang selimut. Pastu dok haus je. Terus masak air sebab bekalan air masak da habis. Tu lagi gila. Sebab tak pernah aku refill air masak lebih 2 kali sehari. Hoho. Disebabkan itu juga semalam cipta rekod minum air masak 2 liter. Terus masuk Udez World Book of Records.Haha.


Harini pun dok haus. Tak taula sampai rekod semalam tak. Ni start hujan dah pun.


Sunday, February 17, 2013

Hari buat baik sedunia.

Tajuk macam mengungkit or show off kan? Haha!

Pagi tadi sebelum kol 6 dah bangun. Membe dari Johor naik bas turun kat Juru. So aku tolong ambik hantar gi kolej dia. Agak gigih juga la sebab sebelum Subuh bangun dah. Nasib tak mandi ja. Kalau tak lagi la gigih. Huhu!

Dah ambik aku tunggu dia Subuh jap kami teruskan perjalanan. Sambil tu cari kedai makan sebab dia kata dah lapa. Tengok jam dah kol 7. Gila lama perjalanan. Huhu.

Alhamdulillah. Setelah 2 ke 3hari teringin dapat jugak aku makan murtabak. Pasar malam kat umah aku ni ada jual semalam tapi takde kuah kari. Aku nak kari. Kalau pekat sikit ok la. Sebab selalu jumpa ceroi sangat. Tolong jangan kedekut sangat eh para peniaga roti canai/murtabak. Haha. Membe aku boleh cakap. Aku tau ko teringin murtabak sebab tu aku ajak datang sini. Yolah. Nyamfes I.

Petang. Aku hantar stok kat akak customer first. Sekali dia beli 2. So terus bagi diskaun RM5. Sebelum ni ada gak orang beli 2 sekali tapi masa tu tak terfikir nak wat diskaun2. Sori kak eh.

Pastu Gemok pesan nasi goreng ayam. Dia sibuk jadi babysitter baby arnab yang baru lahir. Jap aku buh gambar. Dahla baby arnab tu macam sejuk ja. Aku suh dia selimutkan. Kita tengok berapa lama baby ni leh idop. Kalau sampai besar baru leh kawin ngan aku. Haha!

Dia ni mentang2 aku offer nak belikan. Siap mintak nak ayam gantung. Aku jenuh pikiaq tang mana ada juai ayam camtuh. Aku cakap siap2 la tak tau jadi nak beli yang biasa ja. Sekali kedai aku tuju tu tutup. So pegi kedai belakang 7e dekat rumah aku tu. Sekali ada dah. Tak penah perasan pun. Dalam dia sibuk cita pasal baby tu kat whatsapp aku send gambar kedai nasi ayam tu. Punya hepi dia. Memang rezeki dia la. Berkat baby tu jugak kot. Hehe.

Dah malas nak buat baik dah. Jadi jahat pulak. Len kali nak buli depa cukup2!hoho gelak jahat

Saturday, February 16, 2013

Perjalanan ke tempat kerja sangat menakutkan.

Teringat masa baru praktikal dulu.Awal 2009.

Mak teh aku tinggal kat Kampung Jawa,Klang. Pegi keja naik bas kilang.Setiap pagi bas sampai bus stop kami kol 6.30. Bayangkan. Aku yang jenis kuat tidur dulu boleh bangun seawal 5.50 pagi,mandi,cuci baju,dan 6.25 dah keluar rumah ke bus stop. Tak jauh pun.Selalu pakteh ulang alik anta kami naik moto je.

Masa baru tu,van je yang ada.kadang2 ada bas. Memang sempit la. Dah lama sikit baru la hari2 naik bas. Minah kilang habis. Nasib keja normal. Kalau syif tah kol bape kena bangun.3 syif lak tu.

Setiap pagi lalu KESAS. Setiap pagi jem. Balik keja pun sama. Kalau bawak kete memang scary kot. Sebab ada roundabout yang kecik tapi banyak cabang on the way tu.

Pagi tu biasa senyap je. Orang tak cakap sangat. Kalau petang riuh. Especially mak teh aku la. Haha! Tapi selalu gak dia tertido dalam bas. Sian dia. Balik keja nak masak lagi. Nasib anak 2orang je. Kalau mak aku.8 orang. Perghh. Jenuh.

Tiap pagi aku mengelamun ja. Biasala kalo ada perbualan pun makcik makcik jela yang leh join. Kang kata budak kuang ajo pulak. Anak sedara sape tu? Huhu.

Apa yang aku fikir setiap pagi ialah. Masa tunggu bas sampai,akan ada bas sekolah lalu. Penuh. Gile la 6 lebih da naik bas. Aku dulu 7.30 baru gi sekola. Ayah hantar dah besar sikit baru naik basikal. Penatnya diorang tuh.

Pastu pagi 6.30 jalan dah start jem. Tu baru Klang. Belum lagi KL yang lagi teruk jem dia. Dengan highway merata. Sorila aku memang tak konpiden langsung nak hidup KL. Biarla selamanya kampung pun. Huhu! Motip sangat. Macam Penang ni kampung. Tak tau ape yg takut sangat KL tu. Padahal orang KL sejati macam Zatil tu relak je. Bak kata dia,g shopping pakai tracksuit pun watpa nak kisah. Huhu.

Semua kereta nak laju. Tak main la bawak 40 km/j sejam kan(ade orang terase ker?haha!). Semua macam race. Suma feeling Schumacher. Terus rasa zaman pekerjaan adalah menakutkan. Nak pegi kerja pun macam apa dah. Belum cabaran bekerja lagi. Takutt takutt. Plus masa tu belum belajar memandu maka rasa takut juga la nak amik lesen dan akan tempuh race itu.

Life is scary. Agree?

Tetiba buh gambar keranda pelik.

Kesabaran seorang kekasih.

Member2 aku dulu ramai gak jenis bercinta awal. Jadi sebagai perempuan,sudah tentulah akan share perihal boifren bersama.

First time jumpa boifren diorang. Okey borak cam biasa. Dalam masa yang sama perati juga lelaki tu. Apa yang buat membe aku suka kat dia,apa yang buat dia suka membe aku. Aku rasa normal kan semua orang pun cenggituh.

Cuma. Ada satu persamaan. Setiap kali lepas jumpa,diorang akan tanya soalan ni.

"Ko rasa dia ok tak?"

Dan. Akan disusuli dengan jawapan membe tu.

"Dia selalu sabar dengan aku"

Kalau lelaki sabar dengan perempuan tu walaupun satu dunia keji sifat perempuan tu. Means he really loves her.


Thinking.

Gong Xi Fa Chai

Dah dekat Chap Goh Mei baru nak wish. Ape kes.Haha. Dapat hadiah ni from company semalam. Dapat angpow jugak. Jadi la...Hehe

Kau suka aku eh?

Zaman muda2 banyak warna warni kan. Macam kawan kite kapel orang ni,rungsing nak first date,crush kat orang ni. Macam2 kerenah. Huhu

Flashback. Aku dulu sentiasa ada mangsa untuk aku crush kan. kalau tak hidup rasa kosong.haha! Tapi ni nak cite orang lain yang crush kat aku.

Masa first year. Dari start kelas ada sorang budak Iban ni rajin kacau aku. Satu kelas la kami. Tapi nak kata dia suka,rasa tak mungkin pulak. Ke aku yang naif sangat tak perasan?ngeh ngeh ngeh.

Masa second year. Kelas software engineering. Lecturer pecahkan kami pada beberapa group. Setiap group kena wat soalan dan tanya pada mana2 group yang lain. Tak dapat jawab kena denda..-.-"

Kami group lain2. Sampai turn group dia. Dia berkata ngan lantang.

"Saya nak tanya soalan pada bini saya"

Okey fine. Takyah sebut pun tau sapa dia maksudkan.Satu kelas dah riuh.

Lecturer tu pulak over excited. Dengan muka penuh bercahaya dia terus tanya kami, kamu dua orang kapel ke? *pengsan*

Kadang2 kami kebetulan jalan sekali. Dia jumpa kawan yang lain. Selamba dia kenalkan kat kawan dia tu. " Tok lah gerek ku." Kadang2 cakap "tok lah bini ku" (Note: gerek means gf/bf, tok means ini)

Tapi serius,aku rasa dia melawak ja.sebab dia jenis tak serius. Lagipun aku takda feeling nak crush ka apa pun ngan dia.

One fine day. Third year dah masa ni. Nana membe kelas ku yang selalu kontek ngan budak Iban tu bagitau. Kita panggil budak Iban ni L.

"Haritu L ni mabuk mabuk dia kol aku cakap dia suka kat kau. Dia nak sangat kat kau" (dah ditranslate pada bahasa baku)

Cis sangat. Mabuk leh ingat aku.

Tak lama pastu dia sendiri mesej aku. Dia sembang benda biasa ja. Tapi agak menjurus ke arah itu. Aku pulak gi sengal tanya

"Kau suka aku kah?"

Dia jawab ape tau.

"Aok.kenak?" (Ye,kenapa?)

Gila. Aku gila. Dia pun gila. First gila sebab aku yang bertanya.Second,boleh dia jawab camtu?

Next sem kami praktikal. Aku ofcos balik praktikal semenanjung.Dia pulak praktikal kat sarawak je. Aku dengar dia dah kapel ngan member ku budak Bidayuh,budak fakulti ku jugak.Diorang praktikal tempat sama. Sedih? Takde maknenye.

Friday, February 15, 2013

Sabtu buntu.

Bila aku kena habiskan hujung minggu di Penang tanpa aktiviti benda pertama aku akan pastikan ada ialah MOBILE INTERNET. Sebab aku tau aku akan boring. Jadi lehla tulis blog. Hoho.

Harini produktif sikit. Dah tulis blog tu, kita juga membaca ya kawan2. Buku yang saya baca ialah ini.

Alhamdulillah memang bersyukur sangat jumpa buku ni. Nanti habis baca aku wat review okey. baru page 36. Huhu

Burger mini gergasi.

My dinner.Saja nak cuba try test.Sebenarnya dah lapo sangat dan ni benda terdekat dengan tempat tuisyen.Hihi.

Katanya burger gergasi. Okla besar la sikit dari yang biasa. Rasa? Tak pasti sebab baru nak makan. Sapa nak rasa lehla gi Taman Alma Jaya. Lorong berapa tak pasti. Huhu.

Senggugut makan VCOA Treenea-Sebuah testimoni

 
 
Agak promot di situ. Huhu.
 
 
Nak kongsi cerita ja sebenarnya. Masa first period sejak kenal VCOA Treenea dulu.
 
 
 Aku biasa senggugut first and second day. Biasanya second day lebih teruk la. Dulu memang tiap kali senggugut memang teruk. So tiap kali senggugut aku akan duduk je sebab bila jalan ke berdiri ke rasa nak membongkok tahan sakit. So selalu nampak cam malas je.Hurmm. First day angin ja teruk sakit boleh tahan lagi. First day tu aku kat kampung. Sebab pagi tu aku breakfast agak lambat, aku pun terlupa nak makan VCOA Treenea. So ada rasa sakit la perut tu. Malam tu aku tak ingat aku makan tak. Rasanya macam makan.Pastu esoknya Isnin aku kat opis. Aku makan VCOA Treenea cam biasa. Pastu aku takde rasa sakit perut apa. Tapi tak perasan sangat pun sebab VCOA Treenea tak sakit kan. Esoknya kot. Baca testimoni orang kat page Facebook Treenea Selangor (sila search) cakap senggugut dia ilang lepas makan VCOA Treenea barulah aku perasan. Oh! Patutla macam tak sakit.
 
 
Second time period. Aku nye period tak fix macam setengah orang. Asalkan cukup kitaran minimum period tu kira period la. Memang takde nak awal bulan ke,akhir bulan ke. Semua merasa.Hoho. So haritu tak expect aku nak period. Cuma rasa badan penuh angin je. Tapi ingatkan angin sebab lambat breakfast. Pastu sampai malam pun rasa pening pening. Rupanya malam tu period. Tah pape je PMS sendiri pun tak berapa kenal lagi.Haha.Kebetulan dah makan malam. Terus capai je VCOA Treenea dari dalam beg.
 
 
Alhamdulillah memang lancar je. Takde sakit ape. Harini dah hari ketiga pun tak de rasa apa. Dulu macam banyak ketul ketul. Sekarang macam okey je takde pun tengok. Pastu kuar pun tak rasa. Tengok tengok banyak gila.Geli nak sebut sebenarnya ni.Hehe. Tapi haritu ada customer ni cakap dia selalu senggugut teruk. So nak bagitau kat dia la ni and sape sape yang nak tau. Sebab aku tengok kat nuffnang keywords yang orang guna untuk jumpa blog aku ialah testimoni vcoa treenea je. Maka nya,untuk puaskan hati orang saya buat entri ni. Hihi.
 
 
 
 

Jumaat Jiwang #2

 
 
When you give more,you gain more.







Fikirkanlah.

Kena ketuk kat traffic light.


Malam tadi balik dari tuisyen dalam kol 10. Keta tak banyak sangat 2 harini.Sebab suma orang balik kampung kot.Gi tuisyen yang biasanya dekat sejam baru sampai sebab jem teruk tiba-tiba jadi 20minit je. Balik tu aku cam biasa la pemandu yang sopan santun. Slow aje pun. Dah tua kot.Kalau dulu memanjang je Schumacher.


 
Pastu sampai traffic light area kilang Bukit Tengah, aku benti line tengah. Sebelah aku ada satu line lagi. Benti benti tu, aku dok usya Schenker tu. Tak taula apa yang menarik sangat masa tu.
 
 
Tetiba. Ada orang ketuk keta aku dari sebelah kiri.Aku dah terpikir adakah aku bentikan keta aku lebih garisan yang sepatutnya dan keta sebelah takleh lalu. Ataupun samseng jalan raya. Keta sebelah tu betul betul rapat dengan aku. Habislah aku.Dalam beberapa mili saat tu segala benda yang buruk ada dalam fikiran aku.
 
 
 
 
Aku toleh ke muka pemandu.
 
 
Traffic lite hijau. Mesej sampai.
 
 
"U comel tadi."
 
 
I hate Gemok.
 

Thursday, February 14, 2013

Tudung indon or tudung lilit.

Tudung indon or tudung ekspres kan trend. Tengok macam Ariani,Fareeda tu harga dia amboimak..
Aku memang dari start trend tu,tak berminat pun ngan tudung ekspres ni.Sebab macam minah Indon je bila aku pakai. Aku ni tah pape la. Masa kat Sarawak orang kata muka macam orang Sarawak. Bila pakai tudung ekspres muka macam Indon.Kalau pakai sari or cheongsam,ada macam cina or india kot?


Aku suka tudung bawal ja dari dulu. Pastu sejak 4th year aku rasa macam best je lilit lilit. Walaupun stail lilit aku same je. sampai sekarang pun rajin lilit. Bukan susah pun. Tak tengok cermin pun boleh.
Tapi. Gemok la suka komplen. Dia cakap kalau nak dating pakai tudung 4 segi takpe. Jangan lilit. Tiap kali nak dating tu la dia pesan. Mencik. Kuar siap dok bawak gi kedai jual tudung. Tapi asyik tak berkenan last2 tak beli pun.


One fine night. Baru pas raya. Masa nak raya tu beli la satu tudung ekspres. Kaler merah. Tak taula nape asyik merah ja aku sekarang. Gemok kol ajak gi umah terbuka kak dia. Tapi aku gi sendiri la.Sebab dia dah ada sana pun. So pakai la for the first time.


Amboi. Tengok tak berkelip konon. Siap cakap jatuh cinta pandang ke 45 tengok. Nyamfes. Laki kalau mulut manis no.1. Siap cakap dengan mak dia yang dia dari dulu suh aku pakai tudung tu. Kakak2 dia ngan mak dia suma pakai tudung jenis serlum tu je. Ada aku kisah.Huhu.
Tapi dok belek gak la. Perbezaan aku pakai tudung ekspres ngan tudung loncat loncat ni. Apa yang elok sangat tah dia tengok tu.


Ofismate aku cakap dia suka tengok aku pakai selendang lagi. Dia kata tudung indon tak sesuai ngan aku. Entahla labu.