Mari join..:)

Thursday, January 3, 2013

Tips Rumah Tangga.



Masa lepak rumah Fizah minggu lepas, nak majlis bacaan Yassin tu, kami ada aktiviti bersembang di dapur seperti biasa. Topik hangat kat umah Fizah ialah jodoh. Abang dia umur dah 28 tahun ni tapi belum ada calon. Katanya pompuan asyik ingat dia playboy. Mungkin sebab dia suka bergambar ngan gadis payung kot pastu letak pulak gambar tu kat profile picture Facebook.Huhu


Mak abah Fizah ni aku kagum sikit. Sebab ayah dia jenis tak romantik. Fizah sendiri cakap tau. Tak taulah kalau diorang berdua je camne kan. Dan mak Fizah ni punya lah sabar. Lembut aje. Pastu cekap memasak. Memang kagum di situ. Mak aku pulak ayah aku yang sabar. Mak aku cakap lepas sikit.Huhu.


Masa dok potong piza sedap tu, sembangla pasal calon pilihan yang macam mana kan. Fizah ni ada sorang ex. Lelaki ni memang baik gila. Tapi ada la kelemahan dia yang Fizah tak leh terima. Jadi diorang dah putus. Pastu makcik cakap kat kitorang, kalau kita dapat lelaki yang baik pun, belum tentu lagi bahagia. Kita rasa kita dah buat pilihan terbaik, tapi tak semestinya kesudahan dia terbaik. Perkahwinan macam perjudian.


 
Apa yang penting....
 
 
 
SABAR.
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment