Mari join..:)

Tuesday, January 15, 2013

Teka teki JJCM Udez.

  
Petang Ahad tu ikut mak ayah hantar Saadah balik IKM lumut. Biasela.Orang tak reti naik bas. Kenala bapak mengantor kan kan. Best kuar ngan bapak aku sebab mesti ada sesi jalan jalan cari makan.
 
 
 
Biasa kami mesti gi kedai yang ada makanan melayu. Gerai tepi jalan je. Kengkadang je buang tebiat gi tempat best sikit. Contoh macam Rumah Rehat Tapah tu. Beria sangat high class. Tapi makanan tak sedap pun. Sukati je kan komplen sini.Kena saman baru tau.Huhu.
 
 
 
Tempat makan kami biasa pi ialah gerai makan yang berlambak di Kampung Bahagia Teluk Intan. Sebab dia memang tepi jalan so memang senang nak pilih. Sapa biasa lalu situ mesti tau punya lah. Bukan orang Perak pun biasa nampak aku rasa..
 
 
Eh panjang je intro.
 
 
Kali ni kami makan area Bota. Kedai ni kami tak biasa pergi lagi. First time. Sebab haritu kami ada pegi kedai dekat dekat situ pastu tak sedap langsung. Maka pangkah je tempat tu. Cuba tempat lain pulak.
 
 
Boleh tak aku lupa nama kedai dia??? Hisy tah pape.
 
 
 
 
 
 
Teka apa nama makanan di atas. Sapa berjaya aku bagi VCOA FREE. Hoho promot sangat.
 
 
 
Satu satunya hint untuk mengetahui kedai makan tersebut ialah ia bersebelahan kedai jual satay. Kedai satay ni aku ingat. Nama dia Two Dhia Satay.
 
 
Teka secucuk satay dia yang gedabak ni berapa? 8 kupang! Tapi worth it la harga tu. Serius aku tak larat nak makan satay tu sebab isi dia padat gila. Dahla kenyang makan nasi goreng di atas tu, pastu nak melantak satay gedabak pulak. Memang tak la. Kami bungkus je untuk orang orang di rumah.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ayah aku seperti biasa walaupun dah makan kat kedai dia balik balik rumah mesti selak sangai dan makan nasi. Untung mak aku. Dapat laki yang appreciate masakan dia.
 
 
 

2 comments:

  1. nasi goreng pataya..
    entah..
    saje la kan ..melayan..

    ReplyDelete
  2. cuba lagi k.nurul..hihi..
    nama dia xde kna mengena dgn makanan pun..hihi

    ReplyDelete