Mari join..:)

Monday, January 14, 2013

Sokong anak-anak.

 
Lukisan adik. Kelakar pun ada. Tapi seronok bila nampak dia gembira ke sekolah.Dia memang suka berkawan..:)
 
 
Pagi tadi,aku ngah siap nak balik ke Penang. Tiba tiba adik aku muncul dari dalam bilik membawa seluar lain. Rupa rupanya dia terjaga sebab dah terkenc dalam seluar. Ingatkan dia terjaga sebab mak mandi. Dia memang semangat nak ke sekolah sekarang. Tiap tiap pagi bangun awal sebab nak sekolah. Pagi tadi dia terus mandi pukul 5.30 tu.Lepas mandi terus main sticker dalam kotak Koko Krunch yang baru beli semalam. Macam buang tebiat adikku ini.
 
 
Malam ni aku kena jumpa pakwe adikku dan kakaknya. Aku tak tau apa yang serius sangat untuk dibincangkan tu. Macam adik aku dah buat jenayah serius dengan dia. Jangan jangan nak marah sebab adik aku tinggalkan dia je. Entahla.Tapi aku tak rasa adik aku ada buat pape yang serius. Haih.Aku malas nak masuk campur sebenarnya.Tapi aku just tak nak lelaki yang poyo camni kacau adik aku.Dah orang tak nak tu tak nak la.Nak bising ape lagi.
 
 
Ada adik yang comel camni buat aku rasa nak balik kerja dekat rumah.Gaji pun lebih kurang je kalau dekat rumah.Jimat lagi ada. Tapi dah buat komitmen untuk tuisyen pulak.Berbelah bagi..+_+
 
 
 

No comments:

Post a Comment