Mari join..:)

Monday, January 14, 2013

Sejarah Sudoku.

Sape baca Kosmo! harini ada artikel pasal Sudoku ni. Macam yang suma orang tau,Sudoku berasal dari Jepun. Dan artikel ni menjelaskan lebih lanjut pasal orang yang mencipta permainan ini dan peristiwa yang berkaitan dengan penciptaan permainan ini. Copy paste sikiiiit.


Sejarah panjang cipta Sudoku

BERMAIN teka-teki yang memerlukan seseorang meneka angka dalam grid kotak, Sudoku, seolah-olah menjadi trend dalam kalangan orang ramai tanpa mengira usia dan latar belakang.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permainan itu perlahan-lahan mengambil tempat menerusi paparan di akhbar, majalah mahupun buku-buku yang secara meluas dijual di pasaran.

Kehebatan teka-teki yang menduga akal pemainnya dalam mencari kaitan nombor antara petak-petak kecil itu mempunyai sejarah tersendiri.

Pada mulanya, ada seorang lelaki yang percaya bahawa permainan teka-teki seperti silang kata akan menjadi popular sekurang-kurangnya sekali setiap lima tahun selepas diperkenalkan. Siapa sangka, permainan yang diperkenalkan kurang 30 tahun dahulu, mula mendapat perhatian dan menjadi antara permainan atas kertas atau skrin telefon mudah alih yang paling digemari.

Kepekaan lelaki Jepun bernama Maki Kaji apabila melihat teka-teki bernombor, Number Place, di sebuah akhbar di Amerika Syarikat pada tahun 1984 menjadi titik tolak dalam penghasilan Sudoku dan disusuli pelbagai teka-teki lain di bawah syarikat beliau, Nikoli Co. Ltd. (Nikoli).


Artikel Penuh: Klik sini.


Poyo je copy paste tang tu je.Huhu.


Sekarang nak cite sejarah aku dengan Sudoku yang dalam hp pulak. Aku rasa aku penah wat entri pasal ni dulu.Sape rajin bolehla cari eh..:)


Aku memang gila sudoku sejak beli Galaxy Y ni. Boleh kata setiap masa terluang je aku main sudoku.Sampai sekarang handset aku dah dekat 9 bulan ni, aku still main. Dalam henset aku je ada 3 apps Sudoku.Tapi aku main 1 je.Yang 2 tu macam tak berapa menarik.Aku cite dah kat entri dulu.


Kekhusyukan aku dengan Sudoku sampai mesej orang ke, orang kol ke aku anggap mengganggu. Hoho.Dasat. Aku penah ajar Gemok dulu.Masa tu aku pakai buku je.Boleh tak,gi dating bawak buku Sudoku bersama.Huhu.Tapi dia tak minat. Dia cakap tak paham.Alah sebenarnya dia lapar masa tu so dia malas nak dengar aku membebel.Kejam..-.-"


Pastu satu hari tu. Dia cakap dia ada try main Sudoku. Pastu dia kata tak best.Sambil wat simbol mengejek.Haih.T_T

1 comment: