Mari join..:)

Thursday, January 24, 2013

Saya dah buat silap.

Ingat lagi kerja pertama aku. Sharp Electronics. PQC. Tapi masa tu tak fikir panjang. Dapat Honda terus resign. 2minggu ja aku kat Sharp.

Masa nak resign. Kak Nurul pesan kat aku. Memang pesanan dia ni aku selalu ingat.

"Jadikan diri kita aset pada company tu"

Masa kat Honda. Dok Production. Assembly Frame. Section paling besar. Engineer pompuan ade 3orang je. Kira spesies yang unik la. Bila unik, orang perhati. Macam kata Cik Kiah Propa Galalsi tu, jaga jaga.Ada yang memerhati.

Tapi aku silap. Aku ingat ja pesanan tu. Tapi aku tak tau nak apply. Aku tak tau camna nak jadi macam tagline loreal tu. "kerana dirimu begitu berharga"

Sekarang. Aku sedar silap aku. Aku cuma buat kerja. Tapi aku tak berapa perhati sekeliling aku. Aku buat kerja tapi orang tak nampak. Aku tak buat kerja yang orang nampak. Kerja aku pulak bukan macam Quality team yang lebih menonjol.

Ya,aku silap. Silap sebab kurang beri perhatian pada sekeliling. Silap kerana tidak yakin pada diri. Silap sebab aku tak peka.

No comments:

Post a Comment