Mari join..:)

Saturday, January 26, 2013

Primadonna versi gadis solo.


Dah lama kot tak jadi ahli panel Kisah Gadis ni. Kalau tak cite syok sendiri,cite bisnes dan Gemok. Harini mari on mode ahli panel sikit. Tetiba teringat Muaz Gen Y. Hihi hai awak..I like your spec..*yellow*

Wanita(dah berkahwin)-si merah
Gadis(belum berkahwin)-si pink

Orang kata, perempuan kalau nak bahagia kena cari lelaki yang sayang dia,bukan dia yang sayang laki tu saja. Okey,berapa ramai perempuan yang dah berkahwin setuju dengan pernyataan ni? Sila angkat tangan anda sekarang.

Berapa ramai pulak gadis yang belum berkahwin setuju dengan pernyataan itu? Sila angkat tangan sekarang.

Hurmm. Walaupun tangan tangan yang aku nampak diangkat tu cuma imaginary sahaja, tapi aku boleh kira.

Warna merah lagi banyak dari pink.

Sifat semulajadi manusia. Mahukan benda yang susah nak dapat dan tak hargai benda yang sudah ada pada kita. Ini lah antara sebabnya ada orang yang sudah pun mempunyai pasangan yang sempurna tetapi tetap berlaku curang. Banyak kes,isteri pertama cukup sempurna tetapi suami tetap cari yang kedua. Dan yang kedua tu perangai Nauzubillah. Bila susah,yang pertama juga dicari. Yang pertama juga yang menolong. Suami hargai kebaikan isteri pertama,tapi setakat itu saja. Dia masih balik pada isteri kedua bila senang semula. Banyak kan kita jumpa? Dalam Kosmo yang kisah sebenar tu ada. Dalam drama pun ada.

Sekarang balik pada si pink. Tadi tu pasal si merah. Kenapa sikit je pink yang angkat tangan.

Sebab si merah dah merasa. Dah tau pernyataan tu betul. Mungkin ada yang rasa menyesal pun sebab tak ikut macam dalam pernyataan tu. Mereka dulu macam si pink yang tak angkat tangan tu. Sebab walaupun rasa ia betul,tapi tetap tak nak bersetuju sebab dalam hati ada taman. Taman nya taman larangan.

Sebenarnya,saya (ehem saya) pun antara si pink yang tak angkat tangan tu. Kalau angkat pun separuh jalan je.

Kenapa?

Sebab si pink masih dalam proses mencari. Dan dalam proses tu,mungkin kita dah jumpa pun. Kita cuma nampak dan perhati pintu yang tertutup. Tapi pintu yang terbuka luas tu kita biarkan.

Si pink pasti sedar keadaan ini,termasuk saya juga. Tapi berapa ramai pun yang redha dan melupakan pintu yang tertutup tu. Mungkin yang benar celik sahaja yang begitu. Yang tak mahu celik lebih ramai. Termasuk saya juga(ape daa ahli panel camni). Kita tau teori,tapi kita tak buat praktikalnya(hmm tersebut praktikal la pulak:[ ).

Jadi,apa yang si pink perlu buat?

Tunggu jadi si merah dan menyesal.

Oh ya.Ada satu isu lagi di sini.

Napa si merah ngan si pink?

Aku kan puteri UMNO. Pink la. Wanita UMNO kan merah. Haha

No comments:

Post a Comment