Mari join..:)

Thursday, January 3, 2013

Pojaan Hatiku.

 
 
 
Aku pernah cite kot aku ni gila buku. Aku tak rambang mata bila masuk kedai baju atau kasut.Ataupun kedai emas. Tapi bila masuk book store, OMG. Kalau aku jutawan satu kedai aku borong.
 
Dulu masa kecik aku suka buku nota atau buku latihan yang kecik kecik tapi comel tu. Besar sikit, aku gila buku latihan. 
 
 
 
 
 
 
Sebenarnya kalau masuk rumah aku, kat laluan utama tu ada satu rak buku. Boleh kata setengah dari rak 4 tingkat tu buku aku je.
 
 
Rak tu besar sikit dari ni. Tapi dia 4 tingkat dan ada 3 column. (Credit:Google)
 
 
Dulu aku banyak komik tapi aku ramai adik kan. So dah kena koyak sana sini pastu kena campak sana sini mak aku rimas dan pergi bakar. Sedih aku.
 
 
Masuk U, aku suka komik lagi.Tapi aku dah start beli novel gak. Ada la sikit koleksi aku. Tak leh celen mak long aku(adik ayah aku yang bongsu) la. Dia lagi banyak novel. Aku menurun dari dia kot. Dulu masa kecik ada jugak dia bagi buku cerita kat aku. Macam novel penyiasatan kanak kanak tu. Novel pertama aku baca pun dia punya.
 
 
Buku camni la. Siri Salma (Nancy Drew), Anak Hadi, 3 penyiasat.
 
 
Pastu dia ada gak buku zaman belajar dulu. Dia dulu amik sains komputer kat USM maka buku komputer la yang ada.Yang tu aku tak baca.
 
 
Sekarang ni, zaman bekerja memang aku tak bukak dahla buku engineering.Memang baca untuk exam jela dulu. Aku sekarang suka pergi bahagian ini:
 
 
 
Tak la cari buku politik. Tapi cari buku yang boleh membuka minda. Rasa macam tak rugi bayo mahe pun janji buku tu sedap. Sedap macam kuih limas. Hisy kan dah teringin.
 
 
Semalam sementara tunggu pukul 9 nak tengok Jack Reacher aku singgah Popular. Dok cari buku best best. Maka semalam aku terbeli 2. Nanti aku review dalam entri lain. Tak sempat lagi nak bukak plastik dia pun.
 
 
 

No comments:

Post a Comment