Mari join..:)

Wednesday, January 30, 2013

Nak tolong ke tidak?

Tadi tengahari aku pegi hantar barang kat customer kat Perda. Baru pasan tayar depan kereta lembik. Maka berniat untuk mengisi angin. Pegi isi minyak kat Petronas tapi menangguhkan hasrat dulu. On the way ke kilang balik, aku rasa aku patut isi angin sekarang. Sebab dah rasa lain macam. Jalan pun tak berapa elok pulak.


Maka singgah Petronas Taman Pauh.

Rosak!Cis.


Takpe. Option lain: Caltex Seberang Jaya.

Tak dapat dikesan. Cis lagi.


Pilihan terakhir: Petronas Seberang Jaya.


Line clear.Bagus. Ada 2 pam. Sebagai warganegara yang berhemah,aku amik yang belah kiri. Sebab nanti sian orang lain tak leh masuk belah kiri tu(sempit)

Aku tengok pam tu.Macam pelik. Sebab tekan button takde perubahan apa. Bila aku pam, tayar kempis terus. OMG. Aku dah gabra. Dahla dah dekat pukul 2.Kang lambat pulak punch kad. Pagi tadi dah late.Hehe

Masa aku dok gabra tu, sorang kak datang naik moto. Dia cakap dengan aku dengan muka yang bermasalah.Bukan masalah jerawat. Muka orang serabut nak nanges.Paham?

Kak tu cakap dengan aku.


Kak: Dik,akak nak mintak tolong boleh dak?

Aku fikir akak ni nak tanya jalan. So aku jawab, "apa dia?"

Kak: Mak akak sakit kat kampung. Tapi akak takde duit nak balik. Bla bla bla. (Bukan aku nak kurang ajar buat buat tak dengar,tapi aku kalau tengah berfikir. Memang orang cakap apa pun aku tak dengar. Kalau orang dok kalut tetiba masa tu nak benda tu benda ni.Tak berapa urgent pulak tu.Mau nak ngamuk kalau tak bersabar.Perangai huduh.)

Aku:(Masih kalut dengan pam dan berfikir jalan penyelesaian kalau tayar tak elok jugak)

Kak: Takpela dik. Terima kasih. (Sambil wat muka sedih ya amat)

Aku: (Speechless)


Pastu, aku try pam sebelah. Tengok ok dah tayar aku. Aku pun cari cari la akak tadi. Sebab aku dok dengar bunyi motor lagi.Kot kot la dia mintak tolong orang dekat2 situ jugak. Tapi dah ghaib. Eh?



Hurmmm. Ni kes penipuan ke memang kes terdesak?




No comments:

Post a Comment