Mari join..:)

Thursday, January 17, 2013

Movie Review: The Tower

Korea is not just about KPOP. They have one more products that they can proudly show us. THE TOWER.
 
 
 
 
 
 
 
Hero: Kim Sang-Kyeong as Lee Dae-Ho
 
Son Ye-jin as Seo Yoon-Hee. Awek cun sebagai heroin.
 
Hero yang terkorban. Seol Kyeong-gu as Kapten bomba Kang Yeong-gi.
 
 
Anak hero yang comel. Jo Min-ah as Lee Ha-Na
 
Nak buh semua pelakon ke ni?hehe
 
 
The Tower yang dimaksudkan dalam cite ni ialah Tower Sky. Sebuah bangunan kediaman yang aku tak pasti berapa tingkat. Kalau tak silap ada 120 tingkat. Dan Tower Sky ni ada 2 puncak dan ada jambatan penghubung macam Twin Tower kita.Hehe. Puncak yang menghadap sungai dipanggil River View dan puncak yang menghadap bandar dipanggil City View. Kira macam kediaman tercanggih abad ini lah.
 
 
Lee Da-ho ni Ketua Penyelenggaraan dan Operasi untuk Tower Sky ni. Dia duda yang mempunyai seorang anak pompuan, Ha-na yang comel. Sebab esok Krismas, dan Seoul pulak tak bersalji. Ayah dia cakap dengan Ha-na ni suh pegi Tower Sky lepas habis sekolah. Malam tu Christmas Eve dan ada parti kat Tower Sky.
 
 
Pastu dia tunjukkan yang Lee Dae-ho ni macam berkenan dengan heroin. Tapi jenis tak reti nak mengorat. Pastu ada bab bab kelakar. Dalam kata lain filem ni permulaannya nampak tenang. Tak macam bakal berlaku musibah pun. (Sebab ni la orang kate kalau nak tengok filem pape jangan bagi ada spoiler so nanti tak delah tontonan kita jadi boring.Padahal aku lah spoiler terbesar.Haha)
 
 
Sampai sana, ayah dia sibuk pulak. Sebab ada kebakaran kecil di dapur dan perenjis bermasalah sebab tak keluar air. Maka Lee Dae-ho pergi menyiasat. Oh ya, Seo Yoon-hee tu pengurus bahagian dapur. Ada hubungan di situ. Maka setelah menyiasat, dia dapati air yang sepatutnya akan keluar ikut perenjis tu dah membeku. Jadi dia sibuk cakap dengan ketua dia pasal masalah ni. Dan sebagai penyelesaian dia cadangkan tambahan pemadam api. Ketua dia bising sebab diorang sibuk dengan persiapan untuk parti besar-besaran dan katanya masalah perenjis tak penting. Haa, masa ni kita boleh agak kan masalah dia akan datang dari perenjis tu.
 
 
Tak lama pastu, ada masalah. Tower Sky tak dapat kelulusan apa tah untuk parti tu. Katanya ada problem dengan angin lintang. Jadi Presiden tu pegi kaw-tim dengan Komisioner supaya parti tetap leh jalan. Presiden ni sebagai orang yang selfish dalam cite ni.
 
 
Parti pun bermula. Siap ada helikopter 10-12, siap ada macam bidadari khayalan berterbangan (hologram kot nama dia) pastu ada salji.Memang semua kagum la.
 
 
Tiba-tiba. Pemandu helikopter dok kalut. Katanya helikopter tak dapat dikawal sebab angin lintang. Dia cakap dengan menara kawalan dia bakal langgar Tower Sky. Haa,sinilah musibah bermula.
 
 
Dahla kot. Nak cite sampai ending ke?Hehe.
 
 
Yang penting, memang tak boleh blah tau cite ni. Tengah tengah bab serius, boleh tetiba ada part lawak. Geram tau. Dalam serius tu kami sempat gelak lagi. Cesss sangat. Pastu kan, aku sampai rasa rugi kalau kelip mata sebab macam termiss benda pentingggg sangat. Kalau dah sampai tahap camtu memang best la kan. Caye la cakap aku.
 
 
 
Aku memang recommend sapa yang nak tengok cita ni. Tengok la weeiiii. Tak rugi wa cakap lu. 9.89/10 la aku bagi. Sebab nak bagi 10/10 tak logik kan.Hehe
 
 
 
Aku amik seat hujung belakang sekali. Again.
 
 

No comments:

Post a Comment