Mari join..:)

Wednesday, January 23, 2013

Mimpi mencerminkan kerisauan diri kita.

Dah berapa kali dah Gemok mesej benda yang sama kat aku bila dia bangun tidur.
 
 
"Mimpi motor hilang"
 
"Mimpi pegi kerja lambat"
 
 
2 benda ni dah banyak kali dia bagitau. MIMPI.
 
 
Aku cakap kat dia.
 
 
"Sebab risau sangat la yang boleh masuk dalam mimpi tu."
 
 
 
First, dia memang sangat risaukan motor dia tu. Biaselah,motor 125ZR kan dah tak keluar dah. Kat Penang ni je berapa banyak kes kecurian motor tu.Siap kena samun lagi. Rumah dia rumah kampung kan.Cam rumah aku gak la. Tapi setakat ni kat kampung aku tak penah dengar lagi motor kena curi.Moto 125 pun macam takde je kat kampung tu.Entah,tak perasan pun motor orang ni. Dia memang tak pernah letak motor tu kat luar rumah dia. Sentiasa letak dalam rumah. Kalau dia nak keluar dalam tempoh yang lama dan kena parking, memang dia takkan bawak motor tu.
 
 
Second,pegi kerja lambat. Honda kan tak bagi orang datang lambat. Masa aku keja sana dulu, aku penah sesat jalan tau. Masa tu baru pindah rumah sewa baru.So tak sure jalan lagi. Padahal memang dekat ya amat rumah sewa aku tu ngan Honda. Kalau tak sebab traffic light roundabout Seberang Jaya tu, tak sampai 5 minit pun sampai dah. Tapi sebab aku sesat, bayangkan ye. Aku keluar rumah awal gila. 6.55 pagi. Pastu aku boleh sesat sampai la 8.15 pagi baru sampai Honda. Bayangkan ye. 5 minit leh jadi sampai sejam lebih sebab sesat. Gila.
 
 
Sebab aku takut nak masuk Honda kan. Datang lambat ni macam kesalahan besar gila tau kat situ. Biasa kena tolak gaji or kena balik lambat la kan. Ni,kalau kau tak confirm lagi memang takde chance la nak confirm. Pastu performance walaupun lewat seminit pun terus merudum jatuh. Dahla tu, sampai kilang kena tukar uniform pulak. Kalau ko bawak moto/kete selain dari brand Honda.Kau kena parking belakang. Paling laju pun 5 minit gak la berjalan tu. Perghh. Pastu sepanjang kau jalan tu, habis la kena bahan dengan orang Store ngan Logistic.Maintenance pun sama(Zairi terasa tak?Haha)
 
 
Okey, balik cerita aku lambat tu. Masa aku tengah kalut cari jalan tu, Gemok mesej aku cakap dia bangun lambat. Masa tu dia keja pagi. Dia mesej aku 7 suku camtu cakap dia lambat bangun. Aku tak bagitau dia lagi aku sesat. Segan. Haha. Lagi satu, dia baru ja tunjuk jalan kat aku malam sebelum tu. Mau kena bebel pastu.Haha. Pastu dia cakap dia kol leader.Bagitau moto rosak. So pegi kilang isi borang cuti je.Ok dia lepas. Pastu dah dekat kol 8 aku kol dia. Bagitau aku sesat. Aku cakap nak pegi klinik konon-konon nak amik MC.
 
 
Dia tak setuju pasal nak amik MC tu. Sebab dia kata Honda kalau amik MC pun tak elok.Tapi dah aku nak sangat kan. Dia jugak la yang bawak pegi klinik tu. Sekali, MC tak approve. Padan muka aku. Ok tak nak citer dah pasal tu. Cuma nak bagitau bos BHL, aku tak confirm sebab datang lambat kerja.Sekali.
 
 
Oh,dan nak bagitau orang orang yang wat spekulasi hina dulu. Sesuka je kata kami ada buat ape ape sebab cuti sekali.Siap kata pegi nikah Siam.Nanges.+_______________+
 
 
 
Few years ago back. Masa masih menuntut di Unimas. Aku setiap kali balik Perak mesti naik Air Asia kan. Tak pernah naik MAS. Tau kan pasal diorang punya policy yang kena checkin paling lambat 45 minit sebelum masa berlepas. Eh, 45 minit ke 50 minit?Heheh tak ingat pulak. Tapi yang penting,ko lambat sikit walaupun sesaat. Ko kena beli tiket lain. Member aku dah merasa. Sedih beb.Ko dah beria tempah tiket awal,dapat tiket paling murah.Sekali kena beli tiket lain.Mahal lak tu. RM200 lebih. Mahal la kan.
 

 
Aku ni kan memang sengkek sejak azali. Aku selalu ada duit cukup cukup je dalam poket.Macam kalau aku nak balik kan, dah tempah tiket paling lewat pun sebulan sebelum.Dapatla murah sikit kan.Pastu time hari nak balik tu.Duit dalam poket aku cukup la nak buat tambang ke airport,tambang naik bas gi KL sentral. Tiket train pun dah beli awal. Yang RM11 punye. Haa,bajet sungguh kan. So bayangkan kalau terpaksa beli tiket lain. Mana nak cekau duit..+_________________+
 
 
 
Dah tu, memang sampai sekarang pun dok mimpi lambat pegi airport. Macam dalam mimpi tu kan. Aku terbangun tengok tengok jam dah pukul 11. Flight kol 2.Aku kat Perak lagi.Sempat ke nak sampai LCCT. Haa macam tu.Sampai sekarang weh. Gile ke ape. Aku dah 2 tahun meninggalkan Unimas.Boleh mimpi lagi pasal naik flight lambat.Padahal lepas konvo Oktober 2010 memang tak pernah nek flight dah.
 
 
 
So kesimpulannya, kalau kita risau sesuatu memang akan masuk mimpi. Paham tak sekarang?
 
 
 
 
Takleh nak upload gambar langsung.Terus not responding. Cisssss sangat.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment