Mari join..:)

Thursday, January 24, 2013

Malam berinai.

Malam tadi tuisyen math dengan Apit dan Haris. Apit ni adik Gemok.Depa dua dua Form 3.

Masa ngah tuisyen tu,dalam kol 10.40 gak kot. Mak teh satu family datang. Diorang bukak cite Hindustan.Amir Khan ngan Manisha Koirala. Perghh boleh ingat plak nama pompuan tu.

Habis tuisyen aku join la depa depan TV. Makan pulak lagi padahal sebelum tuisyen tu dah makan nasi 3 pinggan. Anak dara apa la camni.huhu

Dalam kol 12kot. Makcik bawak ranting-ranting inai. Dia amik kat sapa tak pasti pulak. Tapi banyak gak la. Makcik memang suka berinai dari kecik. Teringat aku kat arwah Onyang yang meninggal masa aku 5tahun. Dia suka cium tangan dia yang berinai.

Makcik ngan Ayong dok asing daun inai dari ranting tu aku dok layan Hindustan. Banyak melayan dari menolong. Hehe. Tapi bila tengok daun yang menimbun tu,perghh. Aku rasa 20 orang pun leh pakai tu. Banyak sungguh. Macam nak kenduri inai.

Dah blend tu. Satu mangkuk besar penuh tersedia. Leh kata mini besen gak la. Oh semalam bateri low tak leh nak capture.

Pastu Ayong nak balik dia bawak satu tupperware kecik inai. Siap tambah serbuk inai dari Mekah sikit bagi lagi pekat.

Oh. Pastu minah yang dok layan Hindustan tu tadi. Tak malu betul. Dia yang rasmi pakai inai dulu. Hoho. Tapi buh kat kuku je. Sebab kalau pakai penuh jatuhla saham I kan. Hehe

Dah pakai inai leh baring baring kat sofa pulak sambil tengok TV. Sampai terlelap. Pastu makcik bawak tilam ngan bantal. Dia suh tido je sini sebab harini kan tak keje. Takkan dengan inai tak kering nak bawak kete pulak. Nanti melekat inai kat clutch ngan stereng.

Pagi tu kami bangun banding inai kami. Makcik pakai penuh. Dia cakap aku tidur habis inai bertabur merata. Hoho segan. Dahla masa aku dalam bilik air cuci inai tu dia yang sapu inai kering bertaburan tu. Hoi tetamu tak sedar diri.

Semalam macam tidur 2-3 jam ja. Sebab sejuk pastu tangan masing masing berinai takleh nak ambik selimut.kalau tup kipas nyamuk pulak datang. Sedih sungguh. Gemok balik je dia pegi spray mortein ngan selimutkan. So sweet.

No comments:

Post a Comment