Mari join..:)

Monday, January 21, 2013

Kolej vokasional untuk kita.

 
Harini adik aku Azam daftar kat Kolej Vokasional Seri Iskandar. Kolej tau.Bukan sekolah teknik. Silap la haritu.huhu. Dia amik Teknologi Elektronik. Nak sangat tiru yong dia ni. Taulah aku tauladan paling hebat. Wahaha.
 
 
Ape beza kolej vokasional ni dengan sekolah teknik?
 
 
Sebab pengajian dia 4 tahun di mana di akhir pengajian, pelajar akan mendapat diploma. Bukan SPM semata-mata. Waduh. Jimat setahun. Kalau biasanya amik SPM, pastu terus sambung diploma paling kurang pun 5 tahun kan. Tu pun belum tentu lagi dapat sambung diploma. Setengah orang kena ambik sijil pulak dulu kan.
 
 
Tahun 1 dan 2 ialah pra-diploma. Pastu kena dapat CGPA 2.5 ke atas baru leh sambung diploma (tahun 3 dan 4).Student yang lulus pra-diploma akan dapat Diploma Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 dan mana-mana sijil industri yang terlibat (bergantung pada course yang diambik). Kiranya adik aku nanti sama grad dengan kakak dia yang belajar IKM tu la. Jeles la kak dia tu nanti.Huhu
 
 
Kalau gagal dapat 2.5 CGPA, dapat sijil SKM tahap 2.Pastu boleh sambung SKM tahap 3 pulak di latihan kemahiran. Kira tetap dapat sijil la. Tapi bagus la kalau dapat diploma kan. Chaiyok!
 
 
Ada OJT (On Job Training). Kalau sekolah mana ada OJT kan. Dah nama pun amik diploma. Ok la 3 bulan pengalaman. InsyaAllah senang nak dapat kerja nanti.
 
 
Aku nak citer banyak pun tak tau sangat. Ni yang basic la nih yang aku rasa aku patut tahu. Kakak mithali kata kan. Borang dia pun aku isi. Surat tawaran pun aku yang print. Bagus tak?Hoho.
 
 
 
 
 
Gambar masa dia sekolah rendah. Malas letak gambar terbaru sebab dia ni perasan kacak. Kang ramai pulak nak jadi adik ipar I. Huhu.
 
 
 
Aku cuma nak doakan terbaik untuk dia ni. Harapla dia tak main-main nanti. Tau jelah budak lelaki ni. Malas lebih. Ni pun dia sibuk kata tak nak belajar Add Math. Tang tu tak nak follow aku pulak. Aku je dalam keluarga ni yang suka Math. Dah macam spesies terancam pulak.Huhu
 
 
 
Maklumat lanjut boleh rujuk sini.
 
 
 
 
 

1 comment: