Mari join..:)

Tuesday, January 22, 2013

Kisah final Maharaja Lawak Mega 2012

 
 
Malam tadi singgah umah mak angkat lagi. Lepas habis kemas gerai makcik ajak singgah rumah. Aku on jelah. Tuisyen pun dah tukar hari lain.Alhamdulillah. Baru nak pikir pasal kelas ganti sebab cuti Thaipusam nak gi Cameron kan. Aku dah mintak cuti Selasa tu. Takkanlah nak balik Penang awal sebab tuisyen je kan. Rugi la amik cuti.Hehe
 
 
Pastu macam biasa gi sana mesti kena hidang nasi. Aku sebenarnya kalau kat umah sewa memang jarang makan nasik malam.Kecuali kalau masa lunch tak makan nasik.Kebulur la kisahnye. So bila pegi umah makcik kena makanla. Sebab kalau tak nak makan makcik buh jugak nasik dalam pinggan pastu biar je sampai aku makan. Tak elok la buat peel camtu kan.Ingat ko sape?Huhu
 
 
Malam tadi makcik buat sambal belacan.Perghh pedas. Ayong balik. Dia tanya, "aik, ada pulak sambal ni?" Makcik kata "Huda suka sambal belacan aku buatla"Perghh lagi sekali. Terharu siot.Hehe.So malam tadi aku leh makan satu setengah ekor ikan temenong goreng Bagi aku temenong goreng. 5 ekor pun aku leh makan sekali hadap. Ada kuah gulai lemak pulak.Lagi la laju. Kicap pun ok dah sebenarnya. Tapi rumah orang kan.Ingat orang kemudian ok.
 
 
Pastu kami dok tengok cita Spy M dan cita apatah. Fauzi Nawawi dengan wife dia berlakon. Tak perasan tajuk. Tapi sampai kol 12 gak la mengadap TV. Ayong seperti biasa tertido depan TV.Makcik pulak sibuk memotong lidi untuk niaga. Aku tolong tengok je.Pastu tolong susun lidi dalam bekas sambil baring baring. Dah memang mata dah berat. Tertido jugak aku akhirnya. Padahal aku ni susah nak tido kat tempat orang. Sebab tu dulu aku boleh stay up kat KL sentral sementara tunggu tren pagi nak balik kampung. Takuuuttttt nak tido.Sampai la sekali tu, aku leh make friend pulak dengan sorang mamat Sabah ni. Budak UiTM Shah alam. Bukan menggatal yek.Dia yang tegur.Harap maklum.*peace*
 
 
Intro panjang sekali lagi.Huhu
 
 
Dah tertido tu. Tak ingat pulak ye Gemok keje malam. Dia sampai rumah dalam 12.25a.m camtu kot. Tak lama pas dia sampai aku sedar. Bangun terus tengok jam kat henfon pastu bangun. Gemok pulak leh dok minum ngadap kedudukan aku tu. Segan I nok.
 
 
Dia terus on Maharaja Lawak. Final episod tu. Haritu Jumaat masa dia tengok dia ada mesej bagitau. Siap ajak datang rumah dia kalau nak tengok.Tapi wrong timing la.Aku ngah mamai mamai driving masa tu kat Manong on the way nak balik rumah. Semuanya sebab orang nak daftar kolej vokasional tu pastu tinggal segala borang dalam bonet kete aku. Nak pos pun dah petang Jumaat.Bile mase pulak nak sampai kan. Ces. Lari bajet I. Dahla takde customer lagi minggu ni..-.-"
 
 
Ok back to Maharaja Lawak. Masa bukak tu time Jozan persembahan pertama. Tapi dah lepas time Zizan masuk tu. Sebab kata Gemok masa Zizan masuk tu semua orang dah gelak dah. Miss..-.-"
 
 
So continue watching. Part tak lawak pun aku gelak gelak. Gemok dok heran aku gelak masa yang tak sepatutnya. Masa Haniff ngan Ray dok tebiu peserta tu aku gelak gelak. Padahal aku dok teringat lawak diorang kat Pagi ERA pagi tadi. Pastu tengok muka Ray terus teringat balik la. Sebab tu aku gelak.Pastu dia leh mesej aku cakap aku tak betul.Napa aku gelak.Dia ingat aku gelakkan rambut baru dia. Memang la agak kelakar jugak.Sebab kononnya nak buat rambut K-pop pastu tak boleh sebab orang tu kata rambut lembut sangat.Takleh nak naik.Haha
 
 
Kononnya nak buat camni.Tapi kaler itam la.Nasib tak jadi.Kalau tak mesti kena bahan kat honda.
 
 
Yang aku tak puas hatinya, aku dok depan dia ja. Boleh pulak nak mesej mesej. Kalau nak cover depan mak dia pun, nak cover ape. Bukan cakap bukan bukan pun.Pelik.Gemok pelik.
 
 
 
Pastu Gemok cakap.
 
Jozan menang dapat setengah juta.
 
Masa tu baru pas tunjuk hadiah RM50 000. Aku tak caye la dia cakap tu. Pastu dia cakap, ala tu tempat keberapa punya hadiah. Yelah,camna nak fokus dah dia mesej time tu kan. Pastu ringtone sah sah memang lagu Baby Justin Bieber.Memang dia la kan punya onar.Grrrr.
 
 
Selepas percaya hadiah banyak tu.Aku cakap kat dia. Tulah dulu orang ajak masuk Raja Lawak tak nak. Kalau tak lehla dapat banyak tu. Dia cakap aku tak lawak. Hampeh. Ramai gak tau orang suggest aku masuk Raja Lawak. Hmmpph.
 
 
 
Pastu dia amik handphone aku dok snap snap gambar dia. Konon comel habis. Nyampah nyampah. Terus teringat topik kat RedFm petang tu. "Do you prefer your partner less attractive or more attractive than you?"
 
 
 
Ya, attractive la dia tu kiranya. Nyamfes I.
 
 
 
Pastu, seperti biasa suka buat onar kat handphone aku.
 
 
 
Dia buh wallpaper handphone aku gambar dia dengan muka cenggini:
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment