Mari join..:)

Tuesday, January 1, 2013

Kenapa saya tak jadi cikgu.

Dok cite pasal cikgu ngan kelas je berapa harini. Lantak la kan.huhu

Dalam family aku ramai jugak pendidik ni. Mak aku juga seorang guru. Tapi dia tak pernah suruh aku jadi cikgu jugak.

Kat belah mak aku merupakan cucu sulung.Jadi keputusan PMR ke SPM ke.Sepupu sepupu,adik beradik mak,tok sedara pun memang bagi perhatian. Maksud bagi perhatian ialah,bila keputusan kuar diorang memang akan call mak aku tanya.Pastu bila dapat banyak ni ada orang akan bagi hadiah.

Nak dijadikan cite,dulu habis SPM aku pernah mintak pendapat sepupu mak aku yang aku panggil ayah we. Dia ni ada dalam entri Udez is Undertaker.Yang minat wrestling tu.Hehe.

Semangat ja aku mintak pendapat. Tapi sebenarnya mak aku la yang galakkan sangat.

Pastu ayah we aku cadangkan aku jadi cikgu.

Ayah we aku kan lecturer kan. Ada PhD lak tu.

Dia cakap kalau aku jadi cikgu, berlaku la perang ke ape ke,aku tetap akan ada kerja.Tu la kelebihan cikgu ni.

Aku cuma mengangguk.

Jadi masa isi borang UPU,aku letak pendidikan kat pilihan ke-6. First aku buh UTM,telekomunikasi.second Unimas.Telekom jugak.

Nape aku tak buh first choice?

Takut dapat.

Tak sanggup kena posting.Semata mata.

Pastu dah belajar kan,ayah we tak cakap ape la. Dia okey okey je.

Habis belajar.Masa raya.

Aku pegi Gedangsa beraya kat umah Opah Yang. Lepas tu pegi rumah Tok Wo kat sebelahnya. Tok Wo ni ayah pada Ayah We tadi la.Abang opah aku yang sulung.

Dia tanya aku dah kerja belum. Pastu aku cakap,belum."kalau tak dapat jugak nak sambung master la"

Tok Wo terus cadangkan aku rujuk pada Ayah We. Dia cakap nanti dia bagitau kat anaknya tu.

Berapa hari lepas tu, aku diarahkan cey diarahkan ikut diorang balik Bangi sebaik habis kenduri kat Parit.

Bermula zaman nak amik master.

Mak aku cakap Ayah We nak aku ikot jejak langkah dia la. Amik master,PhD.Mak We aku pun lecturer gak.

Jadi bila diorang g UPM aku ikot sekali.Sempat jumpa lecturer pasal nak ambik bidang ape kan. Masa tu aku pegi fakulti IT. Pastu aku dok blur nak amik pasal ape.Dah tu rasa macam tak sanggup nak wat tesis lagi.

Last last,konvo.

Balik konvo aku terus tak jadi amik master.

Cari kerja.

Maka tamatlah cita cita nak jadi cikgu/lecturer.Tamatlah 2010 dengan menganggur semata.

Bulan march 2011.baru kerja.

No comments:

Post a Comment