Mari join..:)

Saturday, January 5, 2013

Kecantikan beg sekolah adik.

Dah lama tak tulis pasal adik bongsu aku.Entri lama memang banyak pasal dia.

Dia sekarang dah 5 tahun.Dah start masuk pra-sekolah dah pun.

Haritu nak sangat beg sekolah. Mak aku cakap "beli rm2 ke rm3 ke jadila, sekolah dia tak payah bawak beg pun.alat tulis pun tak payah"

Maka haritu aku bawak dia pegi Ten Ten. Tak la murah pun. RM14 jugak yang ada angry bird tu. Takpela asal dia suka. Nanti mesti sonok nak sekolah.

Pastu singgah Pasaraya Ku pulak. Beli bekas pensel kononnya.Padahal Alip kata tak perlu pun. Muncung adik boleh sangkut 5 hanger masa tu. Beli jugak.2-3 hari pastu lingkup.

Sampai umah habis semua mainan, buku,kasut sekolah dia taruk dalam tu. Dia dari kecik memang rajin pindah bebarang dia dalam mana2 beg pastu seret kulu kilir.

Pastu macam biase la. Mak sedara datang.Opah datang. Dia pun keluarkan kasut sekolah nak pakai.Aku rasa semua budak pun camtu.Aku pun. Hihi

Pagi tadi mak aku call. Dia citer pasal plan kami nak ke Cameron. Dari 2 keluarga.Last last semua adik beradik mak yang 5 orang tu nak pegi.Pak long dah book apartmen pun.Huhu siap jela duit.

Pastu mak cite.Harini adik bangun tanpa dikejut.Dia bangun amik baju sekolah,seluar dan stokin. Kira get ready la. Sonok la kan semua mak bila tak susah nak menggerakkan anak.

Tapi.

Harini Sabtu.

Mana ada negeri yang sekolah hari Sabtu.Pra sekolah pulak tu.

Huhu.

Selamat hari Sabtu! Nak sambung megholoh.Semalam tidur lambat tengok Hellraiser.

No comments:

Post a Comment