Mari join..:)

Thursday, January 3, 2013

Movie Review:Jack Reacher

 
 
Cak! Hehe..Nampak tak?Nampak tak?Huhu
 
 
Dalam entri semalam aku ada cakap nak pegi tengok wayang tapi tak tau nak tengok cite ape. Pastu tengok showtime kat laman web TGV katanya citer tu coming soon.Bila bukak GSC sunway carnival showtime, ada pulak.Heran.
 
 
 
 
Nampak kan?COMING SOON.
 
 
Semalam balik dari Tesco, konon konon tak jadi tengok wayang maka pergi la Tesco.Tapi balik dari Tesco keinginan membara pulak nak tengok jugak. Maka redha je pergi walaupun jam dah 7.40p.m...Aku dah decide. Nak tengok Hobbit or CZ12 or Jack ni.
 
 
Tengok showtime kat screen tu. Jack kol 9. CZ lambat sesangat. Tak sanggup tunggu. Takpela. Hobbit awal, tapi macam tak best.
 
 
Ok.Start review.
 
 
 
Aku dah tengok thriller dia masa tengok cite ape tah. Strawberi Cinta kot.Macam best. Mungkin sebab tengok Tom Cruise yang Ghost Protocol kot. Terus macam minat Tom Cruise berlakon. Minat sikit jela.
 
 
Mula dia agak slow. Bagi aku la. Sebab tetiba tunjuk gambar kereta kat CCTV, tunjuk bangunan bangunan.Aku tak paham. Pastu tetiba ada orang kuar rifle.Terus main tembak tembak orang. 5 orang sekali kena bunuh di tempat yang sama.
 
Polis datang pastu.
 
Terus dapat cap jari apa.Terus dapat alamat.Terus tangkap pesalah. Aku dah macam, eh apa hal ni cite macam ni macam tah pape.Kalau senang sangat baik tak payah buat jenayah kan. Senang la nak settle semua kes.
 
Tapi tapi tapi.
 
Suspek sebut satu nama. Jack Reacher.Suruh cari mamat ni.
 
Polis ngan pendakwa raya tu pun dok berbincang mana nak cari Jack tu. Pastu siap dah selidik macam macam tapi susah nak jumpa rekod dia. Cuma tau dia polis askar pencen.Rekod jenayah bersih.Pencen dapat tiap bulan.Tiap bulan dia kuar duit. Tu je.
 
Then pendakwa raya tu tanya, "habis tu camna nak cari mamat ni?"
 
Polis: "Melainkan dia nak dijumpai, kita akan jumpa dia"
 
Tetiba setiausaha depa datang. Katanya Jack Reacher nak jumpa. Hah,tak ke macam magik tu. Panjaaaaaang umo dia.
 
 
Lepas tu Jack Reacher nak pegi jumpa pembunuh tu. James Barr nama dia. Tapi masa James Barr tu dalam van polis,banduan lain dah belasah dia.Jadi dia koma.Masa tu la heroin muncul.
 
 
Heroin ni nama sebenar Rosamund Pike. Dalam citer ni namanya Helen Rodin.
 
 
Setelah itu, mereka bekerja sama menyiasat kisah sebenar di sebalik kes ini. Pergi jumpa keluarga orang yang kena bunuh, siasat James Barr macam macam.
 
 
Tapi ada satu adegan melibatkan Tom Cruise mendrive keta ni:
 
 
Polis dok kejar dia sebab dia tetiba muncul kat tempat kejadian pembunuhan. Mangsa bunuh tu sebenarnya Tom Cruise kenal.Jadi berlaku la kejar mengejar.
 
 
Last sekali, dia slowkan kereta tu, dia keluar dari kereta, tak tarik handbrake ke apa dan biarkan kereta tu bergerak sendiri. Dia bergerak ke arah orang ramai yang berkumpul kat tepi jalan, act like he is one of them from the beginning.
 
 
Bagi aku itu lawak.
 
 
Ok ni bukan review tapi macam bercerita tapi tak best.Huhu aku memang bukan a good storyteller.
 
 
Tapi kan, Jack Reacher ni macam ada instinct. Dia takde bukti ke apa, tapi dia macam dapat visi pastu betul lak tu. Dia dapat rasa James Barr tak bersalah dalam kes ni. Dia tau James Barr tu ada sebab untuk sebut nama dia pada polis.
 
 
 
Ni James Barr yang baru bangkit dari koma. Dia ingat dia bersalah. Dia tak ingat langsung peristiwa yang berlaku. Tapi waktu tu Helen dah tau pun sapa pembunuh sebenar, motif dan sebagainya.
 
 
Ok la. Memang review ni tak berapa best. Tak berapa membantu.Jadi aku bagi pendapat keseluruhan la eh.Tu pun kalau ada orang sanggup baca sampai habis.
 
 
Cite ni based on  novel "One Shot".Tak pasti sapa penulis dia. Tom Cruise yang produce cita ni. Sebab tu kot dia hero.Huhu. Masa starting aku agak boring sebenarnya. Tapi ada dah nak akhir tu aku faham. Jack Reacher is special. Dia ada otak yang tajam. Dia dapat visi. Dia tak kisah pasal undang-undang. Cuma kisah pasal kebenaran sahaja. Jadi dia buat ikut sukahati dia yang penting dia tahu dia betul.
 
 
Ok la. Tapi aku tetap suka Skyfall. Aku bagi bintang 3.5 kot.
 
 
Sekarang ni aku excited nak tengok Hansel and Gretel. Juga MAMA. Tapi MAMA tu tak pasti lagi. Kalau tengok sorang memang tak la. Kalau ada Gemok leh main peluk peluk.Haha tak dela.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment