Mari join..:)

Tuesday, January 15, 2013

Barang panas.

 
 
Baru baru ni kampung aku mula buat nombor dan nama jalan untuk setiap rumah. Sebelum ni surat sampai kat wakil pos je. So boleh taruk alamat nama kampung je.Tak payah buh nama jalan ke apa.
 
 
Sekarang semua dah dikemaskini. Dah namanya bapak ketua kampung. Memang dia la kena hantar notis kat Pos Malaysia semua. Haih. Dari 2006 kot ayah aku jadi ketua kampung.Dan sejak itu lah ayah aku memang tak berapa lekat kat rumah. Sebab jawatan ketua kampung merangkumi pengerusi masjid, Ketua cawangan UMNO, kapten Rela(cawangan) dan pengerusi JKKK. Tu tak masuk jadi pengerusi PIBG. Dulu la. Sekarang tak dah kot. Sekolah agama ja kot dia pengerusi.
 
 
Disebabkan jawatan dia ni la,kami satu family sakit dulu. Masa tu aku menganggur. Semua orang yang dalam rumah tu kena. Ada orang tanam sesuatu di depan rumah. Katanya tak puas hati sebab ayah aku pengerusi masjid. Aku nak je pegi cakap kat orang tu. Ayah aku dah lama nak letak jawatan. Tapi dah kena lantik apa boleh buat. Baru baru ni dapat watikah lagi. Adoiyai..-.-
 
 
Jawatan bukan sesuatu yang patut direbut ok. Ia adalah tanggungjawab. Bila diamanahkan, tau tak berapa berat beban itu. Kalau tak buat elok elok nanti kena soal kat sana.
 
 
Cey,berceramah pulak ustazah Huda.
 
 
Aku sebenarnya ada masalah besar ni. Sekarang baru betul betul rasa berat tanggungjawab yang aku pikul sebagai anak sulung kepada 8 orang adik beradik. Bila adik buat hal, aku lah terpaksa selesaikan. Kalau semua buat hal serentak.Mampus.
 
Tolong la aku Ya Allah.Tunjukkan jalan yang benar pada hamba Mu ini. Kau saja lah yang Maha Mengetahui semua yang ada di dunia ni. Berilah aku petunjuk.Amin.
 
 

No comments:

Post a Comment