Mari join..:)

Monday, January 28, 2013

Bajet hot at Cameron Highland.

Sabtu lepas. Aku dok bermalasan kat rumah sewa. Dok memikirkan adakah aku patut balik kampung tak. Rasa rugi pula kalau tak balik sebab dah beria ambik cuti Selasa tu. Dah approve lak tu.

Akhirnya. 1.30 aku gerak juga.

Sampai Bagan Serai ayah aku kol. Tanya aku katna. Ok fine.

Sampai Sungai Siput ayah kol lagi. Aik takkan tak sabar sangat tunggu kepulangan aku.

Rupanya diorang ngah siap nak gi Cameron dah. Aik,aku ingatkan nak pegi Ahad? Terus pecut.

Sampai Petronas yang on the way Cameron tu. Dalam kol 5 lebih. Ayah tak sampai lagi. Dekat kol 6 sampai.Aku sempat beli jajan.Habiskan sebungkus besar double decker perisa ayam.

Sampai Tringkap kot.Jem ya amat. Dengan jalan yang berbukit.Adus sakitnya kaki tahan clutch.Rasa nak tercabut dah. Sampai Equatorial keta tak bergerak langsung.Ada dalam setengah jam kot. Alip sempat gi kencing.Sempat pegi beli jagung.Sempat kami turun kete pegi kat ayah.

Last last.Dekat kol 12 malam baru sampai.Pak cik mak cik yang dari Selangor suma dah sampai petang lagi. diorang bertolak pagi. pun jem juga.Yang kononnya dekat ni(kami la) dah tengah malam baru nampak muka. Diorang dah syok tido pun. Opah makteh ngan pakteh je jaga lagi. Hoi rasa taknak nek Cameron dah kalo camni. Dahla aku drive dari Penang dari kol 1.30.lebih 10jam bawak keta. Penat taw.

Jadi hari pertama dah terbuang begitu saja.

Bersambung di next entri.Huhu

No comments:

Post a Comment