Mari join..:)

Wednesday, January 2, 2013

Aku seorang tong sampah.

Macam karangan darjah 5 kan.Hehe


Semalam aku di Sungai Petani lagi. Yelah,sementara kawan baik ada di kampung,keraplah aku ke sana. Bila dia takde nanti, memang susah la nak gi. Kecuali dijemput.Hehe


Semalam dalam 12.40p.m aku gerak dah. Singgah jap Maklom membeli samosa dan keledek goreng. Tak breakfast lagi kan. Bangun pun dah pukul 10. Pastu nak membasuh tangan baju satu baldi. Habis semua tenaga yang tersisa. Sempat jugak la nak ngap ngap sambil mendrive.Hihi


Sampai sana. Ada bihun goreng menanti. Padahal Fizah dah bagitau siap siap kat whatsapp yang mak dia ada masak bihun.


Habis makan. Dia, mama (Makcik Fuziah),abang(Hafidz) dan adik lelaki(Bai) nya (adik beradik dia 3 orang je) sedang mengemas rumah. Kan ayah dia dah masuk hospital. Ayah dia lebih kurang ayah aku,suka simpan barang-barang tak perlu dalam rumah. Maka, ada 2 bilik yang dipenuhi bebarang seperti itu. Maka, diorang merancang menjalankan operasi sementara ayah mereka tiada di rumah dan kemungkinan besar tak akan ingat barang-barang yang akan dibuang itu.


Aku? Takkan dok saja kan.

Tolong sekali la apa yang patut.Tapi sikit sikit je. Hehe

Fizah cakap:"Hang selalu menyerah diri je kan Huda.Huhu"


Bayangkan segala surat khabar lama, buku lama, botol-botol plastik dan memacam lagi disumbat dalam van pastu dijual pada peraih dan mendapat pulangan RM47. Bayangkan berapa banyak barang itu.


Sampai lewat petang mengemas.Dalam pukul 5 camtu aku dah bukak TV tengok Aku Bukan Tomboy kat astro.


Pastu dalam pukul 6.30, diorang nak bersiap ke hospital pulak. Pastu nak gi makan. Maka diajak join sekali.


Pergi hospital, melawat. Aku rasa macam ayah dia tak ingat aku pun. Sebab dia tak tegur kan. Lagipun kata Fizah ayah dia dah tak berapa ingat. Haritu solat pun dah lupa sampai baca Fatihah 3 kali, pastu solat Subuh tapi dia bantai solat Jumaat. Maka takkanlah dia boleh ingat aku pulak kan.


Sambil sambil menunggu di luar wad (ayah dia dok CCU) aku dengan Fizah makan yong tau fu sedap dibeli kat Taman Sejati sebelum tu.Kata lapar sangat kan. Mak dia suh makan dulu.


Dekat pukul 9 baru kami bertolak ke kedai makan. Amboih panjangnya cite ni.


Kami makan kat Restoran Mesra Jaya yang tak berapa sempoi sebenarnya,tapi sebab dah sampai dan lapar sangat.Maka redha je. Kami order siakap 3 rasa, kailan ikan masin,tomyam campur,kerabu mangga,udang goreng tepung.Nasi 5 orang makan la.


Bagi yang biasa nampak aku makan, diorang tau aku jenis kuat makan nasik. Aku tak malu mengaku sebab aku tak mampu berpura-pura mengenai ini.Aku kuat makan nasik masa tengahari je.Malam tak makan nasik takpe.Tapi semalam, aku makan 1 pinggan jela.


Pastu, lepas Bai cedok nasik for round 2. Diorang suh aku habiskan nasi. Apakah? Katanya aku tetamu maka aku kena makan paling banyak.


Sambil mencedok nasi dengan menahan segan, aku cakap "Biasanya lelaki yang jadi tong sampah. Ni terbalik pulak."


Begitulah ceritaku seorang tong sampah.Haha cerita takde motip.






No comments:

Post a Comment