Mari join..:)

Monday, January 7, 2013

Adik perempuan hot.

 
Adik aku yang bawah aku ni perempuan. Beza umur dengan aku 2 tahun je.Maksudnya tahun ni 23 la umur dia. Dia sekarang kerja nurse kat Hospital Sentosa di Klang. Aku panggil dia Dila.
 
 
Dia ni lain dari aku. Sebab dia lebih keperempuanan dari aku. Dia suka make-up.Dia suka bergaya. Dia rajin buat kerja rumah(aku pun rajin jugak tapi rajin cuci pinggan ngan lipat baju je).Dan dia amik course keperempuanan sangat. Nurse kan.Jarang lelaki amik nurse. Terbalik dengan aku.


Dia ni dulu sekolah campur.Aku pulak sekolah semua perempuan. Jadi logikla dia ada pakwe dari sekolah kan. Nama pakwe dia dulu (yang aku tau) namanya Ayien.Nama sebenar kurang pasti. Ayien ni mak bapaknya orang K.L tapi opah dia orang Kg. Gajah maka dia sekolah kat Kg Gajah dengan adik aku tu. Aku tak tau sangat cite, tapi yang pasti Ayien ni macam gantung adik aku tak bertali. Aku tau pun secara tak sengaja.


Pastu memang ramai pakwe adik aku ni.Lepas sorang,sorang. Sampai aku pun dah tak tau nama. Tapi satu ja persamaan diorang ni. Semua nak add aku kat facebook.

Aku sekarang pening. Pakwe adik aku yang terakhir tetiba mintak tolong aku pasal hubungan diorang.Helo?Aku kenal kau pun tak. Baru tau je kewujudan kau ni.Dahla dok dekat aku je.Kat bukit mertajam.Takleh jauh lagi ke? Patutla haritu beria cakap dengan aku suh abang iparnya carikan calon orang Penang untuk dia.Rupanya memang dah ada pun. Eh cop.Bila pulak aku dah kawin sampai adik aku dah ada abang ipar ni?Hisy.



Bertambah pening. Nasib adik aku takde yang playboy.Kalau tak..hurmmmm
 

No comments:

Post a Comment