Mari join..:)

Thursday, January 10, 2013

5 Matlamat yang ingin dicapai Januari 2013




1. Bawak Alif dan Azam pegi Cameron.



 
 
 
 

Tahun lepas diorang amik UPSR dan PMR. Sebelum PMR start, aku dah janji dengan diorang untuk bawak diorang pegi Cameron Highland lepas tamat PMR. Tapi haritu bulan 12, mak cakap jangan pegi lagi. Tunggu nak pegi sekali dengan Mak Teh.

Maka, haritu mak aku call aku dan bagitau yang kami akan pergi 27 hb Januari nanti. Bersama family Mak Teh. Dan tambahan, Pak Long dan Pak Uda juga pergi. Pak Su aku rasa wajib lah.Kalau dah Mak Teh ada dia mesti ada jugak. Pak Long dah book apartmen siap siap. Aku ingat nak balik hari je.Bukan jauh pun kan. Tapi takpela.Leh jalan jalan lama sikit. Yang tak bestnya,masa tu tak gaji lagi. Terpaksa la korbankan pendapatan tuisyen I..-.-

Yang penting, sampai sana aku nak cari kaktus warna cenggini.Rindu sangat ngan kaktus zaman Unimas dulu. Semangat!


2. Kurangkan peratusan lewat ke kerja-->40%.

Sekarang ni boleh kata hari hari aku late. Dulu keja Honda kalau kau late macam kau nak kena hukuman penjara. Sekarang ni late sukati je. Takde sape nak marah. Jadi peratusan yang aku target untuk bulan ni ialah 40% daripada 19 hari bekerja bulan ni. Huhu.


 
 

3. Habiskan stok VCOA Treenea.

Sekarang ada lagi 2 kotak dengan aku. Haraplah ada pembeli dalam minggu ni. Jadi minggu depan aku leh re-stock lagi. Nak bisnes memang semangat, tapi market aku tak cukup besar. Aku siap dah buat iklan tau kat blog Intan Nurulfateha.Semangat kan. Aku rasa kalau aku student dulu mungkin lebih mantap. Tapi takpe. Pegi Cameron nanti nak paksa pakcik makcik sepupu beli.Huhu.

 
 
Sila like.Hehe. Cover photo aku dah tukar.Tak senonoh sangat tunjuk hidung kembang.Hehe


4. Nak pergi buat rawatan rendaman kaki

Mak Gemok dok bercerita pasal rawatan rendaman kaki milik kawan Kak Ilah. Memang aku berminat sangat la. RM10 je. Kat Penaga. Tapi nak tunggu diorang pergi la baru leh join.Pegi sendiri memang tak la.Jalan Penaga bagi aku ialah menakutkan bila aku pergi sorang. Sebab mengelirukan.*dasar budak kerap sesat*Huhu


 


5. Habiskan baca buku yang aku beli kat Popular dulu.

Haritu aku ada beli 2 bijik buku kan.Yang aku kata nak review tu.Harap maaf la ye. Tak sempat nak habis baca pun. Baru page 105 kot. Baru buku pertama. Harini balik kerja nak terus balik rumah tak payahla pergi gerai. Bukan ape, dah berapa hari balik rumah lebih pukul 11 malam. Tu yang payah nak bangun pagi tu. Dahla tidur pun macam tak berapa lena. Esok sah sah balik lambat lagi sebab tuisyen. Maka,harini paling sesuai.Lehla baca Yassin ngan solat hajat sekali.Ye dak?Amboih baguihnya anak sapa la ni.*riak tak baik taw*

Ter-expose pulak buku nya. Buku satu lagi tungguuuu....


Sekian saja 5 matlamat yang aku rasa boleh capai kalau aku bersungguh-sungguh. Mood KPI sungguh harini.Maklumlah baru ja submit KPI kat boss.Ehehe. Kenapa 5 je?Ok la tu kan. Hari hari pun boleh nak wat matlamat. Tapi sendiri ingat la tak payah nak heboh sangat ye dak.Hihi.Selamat berjaya pada diri sendiri...:)


No comments:

Post a Comment