Mari join..:)

Thursday, January 31, 2013

Thoughtful Thursday.

Great minds discuss ideas,
Average minds discuss events,
Small minds discuss people.

- Eleanor Roosevelt

Ringan-ringan dengan lori.

 
 
 
Balik dari Cameron Higland ikot Tapah. Ni la hasilnya. Tahniah pada diri sendiri.
 
 
 

Wednesday, January 30, 2013

Witch mode.

Dalam panggung nak tengok Hansel Gretel. Bakal start dalam 5minit. Huhu.

Nak tolong ke tidak?

Tadi tengahari aku pegi hantar barang kat customer kat Perda. Baru pasan tayar depan kereta lembik. Maka berniat untuk mengisi angin. Pegi isi minyak kat Petronas tapi menangguhkan hasrat dulu. On the way ke kilang balik, aku rasa aku patut isi angin sekarang. Sebab dah rasa lain macam. Jalan pun tak berapa elok pulak.


Maka singgah Petronas Taman Pauh.

Rosak!Cis.


Takpe. Option lain: Caltex Seberang Jaya.

Tak dapat dikesan. Cis lagi.


Pilihan terakhir: Petronas Seberang Jaya.


Line clear.Bagus. Ada 2 pam. Sebagai warganegara yang berhemah,aku amik yang belah kiri. Sebab nanti sian orang lain tak leh masuk belah kiri tu(sempit)

Aku tengok pam tu.Macam pelik. Sebab tekan button takde perubahan apa. Bila aku pam, tayar kempis terus. OMG. Aku dah gabra. Dahla dah dekat pukul 2.Kang lambat pulak punch kad. Pagi tadi dah late.Hehe

Masa aku dok gabra tu, sorang kak datang naik moto. Dia cakap dengan aku dengan muka yang bermasalah.Bukan masalah jerawat. Muka orang serabut nak nanges.Paham?

Kak tu cakap dengan aku.


Kak: Dik,akak nak mintak tolong boleh dak?

Aku fikir akak ni nak tanya jalan. So aku jawab, "apa dia?"

Kak: Mak akak sakit kat kampung. Tapi akak takde duit nak balik. Bla bla bla. (Bukan aku nak kurang ajar buat buat tak dengar,tapi aku kalau tengah berfikir. Memang orang cakap apa pun aku tak dengar. Kalau orang dok kalut tetiba masa tu nak benda tu benda ni.Tak berapa urgent pulak tu.Mau nak ngamuk kalau tak bersabar.Perangai huduh.)

Aku:(Masih kalut dengan pam dan berfikir jalan penyelesaian kalau tayar tak elok jugak)

Kak: Takpela dik. Terima kasih. (Sambil wat muka sedih ya amat)

Aku: (Speechless)


Pastu, aku try pam sebelah. Tengok ok dah tayar aku. Aku pun cari cari la akak tadi. Sebab aku dok dengar bunyi motor lagi.Kot kot la dia mintak tolong orang dekat2 situ jugak. Tapi dah ghaib. Eh?



Hurmmm. Ni kes penipuan ke memang kes terdesak?




Monday, January 28, 2013

Bajet hot at Cameron Highland.

Sabtu lepas. Aku dok bermalasan kat rumah sewa. Dok memikirkan adakah aku patut balik kampung tak. Rasa rugi pula kalau tak balik sebab dah beria ambik cuti Selasa tu. Dah approve lak tu.

Akhirnya. 1.30 aku gerak juga.

Sampai Bagan Serai ayah aku kol. Tanya aku katna. Ok fine.

Sampai Sungai Siput ayah kol lagi. Aik takkan tak sabar sangat tunggu kepulangan aku.

Rupanya diorang ngah siap nak gi Cameron dah. Aik,aku ingatkan nak pegi Ahad? Terus pecut.

Sampai Petronas yang on the way Cameron tu. Dalam kol 5 lebih. Ayah tak sampai lagi. Dekat kol 6 sampai.Aku sempat beli jajan.Habiskan sebungkus besar double decker perisa ayam.

Sampai Tringkap kot.Jem ya amat. Dengan jalan yang berbukit.Adus sakitnya kaki tahan clutch.Rasa nak tercabut dah. Sampai Equatorial keta tak bergerak langsung.Ada dalam setengah jam kot. Alip sempat gi kencing.Sempat pegi beli jagung.Sempat kami turun kete pegi kat ayah.

Last last.Dekat kol 12 malam baru sampai.Pak cik mak cik yang dari Selangor suma dah sampai petang lagi. diorang bertolak pagi. pun jem juga.Yang kononnya dekat ni(kami la) dah tengah malam baru nampak muka. Diorang dah syok tido pun. Opah makteh ngan pakteh je jaga lagi. Hoi rasa taknak nek Cameron dah kalo camni. Dahla aku drive dari Penang dari kol 1.30.lebih 10jam bawak keta. Penat taw.

Jadi hari pertama dah terbuang begitu saja.

Bersambung di next entri.Huhu

Saturday, January 26, 2013

Primadonna versi gadis solo.


Dah lama kot tak jadi ahli panel Kisah Gadis ni. Kalau tak cite syok sendiri,cite bisnes dan Gemok. Harini mari on mode ahli panel sikit. Tetiba teringat Muaz Gen Y. Hihi hai awak..I like your spec..*yellow*

Wanita(dah berkahwin)-si merah
Gadis(belum berkahwin)-si pink

Orang kata, perempuan kalau nak bahagia kena cari lelaki yang sayang dia,bukan dia yang sayang laki tu saja. Okey,berapa ramai perempuan yang dah berkahwin setuju dengan pernyataan ni? Sila angkat tangan anda sekarang.

Berapa ramai pulak gadis yang belum berkahwin setuju dengan pernyataan itu? Sila angkat tangan sekarang.

Hurmm. Walaupun tangan tangan yang aku nampak diangkat tu cuma imaginary sahaja, tapi aku boleh kira.

Warna merah lagi banyak dari pink.

Sifat semulajadi manusia. Mahukan benda yang susah nak dapat dan tak hargai benda yang sudah ada pada kita. Ini lah antara sebabnya ada orang yang sudah pun mempunyai pasangan yang sempurna tetapi tetap berlaku curang. Banyak kes,isteri pertama cukup sempurna tetapi suami tetap cari yang kedua. Dan yang kedua tu perangai Nauzubillah. Bila susah,yang pertama juga dicari. Yang pertama juga yang menolong. Suami hargai kebaikan isteri pertama,tapi setakat itu saja. Dia masih balik pada isteri kedua bila senang semula. Banyak kan kita jumpa? Dalam Kosmo yang kisah sebenar tu ada. Dalam drama pun ada.

Sekarang balik pada si pink. Tadi tu pasal si merah. Kenapa sikit je pink yang angkat tangan.

Sebab si merah dah merasa. Dah tau pernyataan tu betul. Mungkin ada yang rasa menyesal pun sebab tak ikut macam dalam pernyataan tu. Mereka dulu macam si pink yang tak angkat tangan tu. Sebab walaupun rasa ia betul,tapi tetap tak nak bersetuju sebab dalam hati ada taman. Taman nya taman larangan.

Sebenarnya,saya (ehem saya) pun antara si pink yang tak angkat tangan tu. Kalau angkat pun separuh jalan je.

Kenapa?

Sebab si pink masih dalam proses mencari. Dan dalam proses tu,mungkin kita dah jumpa pun. Kita cuma nampak dan perhati pintu yang tertutup. Tapi pintu yang terbuka luas tu kita biarkan.

Si pink pasti sedar keadaan ini,termasuk saya juga. Tapi berapa ramai pun yang redha dan melupakan pintu yang tertutup tu. Mungkin yang benar celik sahaja yang begitu. Yang tak mahu celik lebih ramai. Termasuk saya juga(ape daa ahli panel camni). Kita tau teori,tapi kita tak buat praktikalnya(hmm tersebut praktikal la pulak:[ ).

Jadi,apa yang si pink perlu buat?

Tunggu jadi si merah dan menyesal.

Oh ya.Ada satu isu lagi di sini.

Napa si merah ngan si pink?

Aku kan puteri UMNO. Pink la. Wanita UMNO kan merah. Haha

Friday, January 25, 2013

Cara mengelak daripada orang gila.


I'll keep calling u until u answer 0r reply my msg., i juz want 2 kn0w m0re b0ut urself, 2 b a friend 0f u., actualy i want 2 d0 s0 since u r here, but the time was running t00 fast., is it 0k., 



Bajet retis la konon. Ade psycho kacau dah nak heboh satu dunia. But please, aku seram nih. Macam dok bayang dia nak calit minyak dagu ke bomohkan ke. Hoi aku yang cenggini pun ko leh teringin sangat nape. Kalau orang dah tak layan tu sendiri paham le. Adakah semua perempuan kat dunia ni dah mati? Ergghh.


Penyelesaian sementara.
 
 
Cara #1


 
 
Description
 
Winner of awards from MIT TECHNOLOGY REVIEW, Nokia, Proto, NASSCOM & many others, this unique & ORIGINAL smsBlocker app gives you many powerful options to block unwanted text messages. Now it also gives you option to block calls.
 
With its unique logic, it protects you from harmful - malicious phishing text messages.


Mesej from Maxis, mesej iklan berbayar/tidak berbayar seperti 39888(contoh) dan mesej yang dianggap spam akan diblock.


Dia akan bagi notification jugak ada mesej baru yang diblock. Takdela sampai tak masuk langsung. Tapi kira ok la sebab dia takde alert tone apa kan.Macam kau tengok tengok henfon je tetibe eh ada blocked sms baru. Tak sedar pun?Ha camtu.
 
 
 
Cara #2
 
 
 
 
Ni aku baru download je petang tadi. App yang atas tu boleh gak buat. Tapi saje je aku nak try memacam. Lagipun macam cool je interface dia. Macam Blogger pulak siap ada Dashboard.
 
 
Pastu kan. Aku baca review orang.
 
 
 
Terus aku uninstall. Ada caj tersembunyi pulak.

 
 
Macam entri takde motip je. Biarlah. 
 
 

Tanya soalan bodoh.

Aku ni kengkadang selalu blur melampau. Sampai aku rasa orang sekeliling aku dok sabaaaaaarrrrr jelaaaaahhhh kan aku.


Situasi #1

Menolong di dapur. Kat rumah opah. Makcik ku suruh cedok makanan dalam kuali buh dalam pinggan untuk dihidang. Dia masak pakai sudip yang ada lubang-lubang. Sudip tu terbiar di situ. Dia pegi tempat lain. Aku pegi cedok pakai sudip tu.


Situasi #2

Adik aku cakap tayar depan aku dah nak botak. Dia suruh aku tukar. Aku tanya Gemok. "Kalau nak tukar tayar kat Perodua ke kat kedai tayar?"


Situasi #3

Member aku cakap.

Member:Aku nak masuk wataniah sini. Semester ni aku takleh apply loan. 7500 tu nak bayar yuran.
Aku: Join wataniah dapat 7500?



Ni bukan tahap blur ni. Ni macam dah tahap bengap.

I am Belieber.

 
Miss u Justin Bieber!

Thursday, January 24, 2013

Saya dah buat silap.

Ingat lagi kerja pertama aku. Sharp Electronics. PQC. Tapi masa tu tak fikir panjang. Dapat Honda terus resign. 2minggu ja aku kat Sharp.

Masa nak resign. Kak Nurul pesan kat aku. Memang pesanan dia ni aku selalu ingat.

"Jadikan diri kita aset pada company tu"

Masa kat Honda. Dok Production. Assembly Frame. Section paling besar. Engineer pompuan ade 3orang je. Kira spesies yang unik la. Bila unik, orang perhati. Macam kata Cik Kiah Propa Galalsi tu, jaga jaga.Ada yang memerhati.

Tapi aku silap. Aku ingat ja pesanan tu. Tapi aku tak tau nak apply. Aku tak tau camna nak jadi macam tagline loreal tu. "kerana dirimu begitu berharga"

Sekarang. Aku sedar silap aku. Aku cuma buat kerja. Tapi aku tak berapa perhati sekeliling aku. Aku buat kerja tapi orang tak nampak. Aku tak buat kerja yang orang nampak. Kerja aku pulak bukan macam Quality team yang lebih menonjol.

Ya,aku silap. Silap sebab kurang beri perhatian pada sekeliling. Silap kerana tidak yakin pada diri. Silap sebab aku tak peka.

Malam berinai.

Malam tadi tuisyen math dengan Apit dan Haris. Apit ni adik Gemok.Depa dua dua Form 3.

Masa ngah tuisyen tu,dalam kol 10.40 gak kot. Mak teh satu family datang. Diorang bukak cite Hindustan.Amir Khan ngan Manisha Koirala. Perghh boleh ingat plak nama pompuan tu.

Habis tuisyen aku join la depa depan TV. Makan pulak lagi padahal sebelum tuisyen tu dah makan nasi 3 pinggan. Anak dara apa la camni.huhu

Dalam kol 12kot. Makcik bawak ranting-ranting inai. Dia amik kat sapa tak pasti pulak. Tapi banyak gak la. Makcik memang suka berinai dari kecik. Teringat aku kat arwah Onyang yang meninggal masa aku 5tahun. Dia suka cium tangan dia yang berinai.

Makcik ngan Ayong dok asing daun inai dari ranting tu aku dok layan Hindustan. Banyak melayan dari menolong. Hehe. Tapi bila tengok daun yang menimbun tu,perghh. Aku rasa 20 orang pun leh pakai tu. Banyak sungguh. Macam nak kenduri inai.

Dah blend tu. Satu mangkuk besar penuh tersedia. Leh kata mini besen gak la. Oh semalam bateri low tak leh nak capture.

Pastu Ayong nak balik dia bawak satu tupperware kecik inai. Siap tambah serbuk inai dari Mekah sikit bagi lagi pekat.

Oh. Pastu minah yang dok layan Hindustan tu tadi. Tak malu betul. Dia yang rasmi pakai inai dulu. Hoho. Tapi buh kat kuku je. Sebab kalau pakai penuh jatuhla saham I kan. Hehe

Dah pakai inai leh baring baring kat sofa pulak sambil tengok TV. Sampai terlelap. Pastu makcik bawak tilam ngan bantal. Dia suh tido je sini sebab harini kan tak keje. Takkan dengan inai tak kering nak bawak kete pulak. Nanti melekat inai kat clutch ngan stereng.

Pagi tu kami bangun banding inai kami. Makcik pakai penuh. Dia cakap aku tidur habis inai bertabur merata. Hoho segan. Dahla masa aku dalam bilik air cuci inai tu dia yang sapu inai kering bertaburan tu. Hoi tetamu tak sedar diri.

Semalam macam tidur 2-3 jam ja. Sebab sejuk pastu tangan masing masing berinai takleh nak ambik selimut.kalau tup kipas nyamuk pulak datang. Sedih sungguh. Gemok balik je dia pegi spray mortein ngan selimutkan. So sweet.

Komitmen.

Memang payah bila ada komitmen. Sebab komitmen bermaksud tanggungjawab. Tak tunaikan tanggungjawab bererti berdosa lah kite. Nak tunaikan tanggungjawab pun bukannya senang.Pasti ada halangan sebagai ujian untuk kita. Redha itu penting. Tabah juga penting. Marilah memikirkan semua komitmen yang kita ada. Pastikan tiada yang tercicir. Pastikan tiada yang tersisih. Tanggungjawab akan ditanya di akhirat. Senang cakap.Kalau rasa tak mampu bertanggungjawab,jangan buat komitmen.

Wednesday, January 23, 2013

Apa itu VCO?

Aku dok VCO sangat kan. Asyik suruh orang beli je.Sampai orang pun menyamfes nak baca blog aku.Dahla memang tak ramai pengunjung.Lagi nak suruh orang pergi.Huhuhu...
 
 
Tapi kan. Ade orang tanya aku ape tu VCO. Sebenarnya aku nak bercerita pun tak reti sangat. Maklumlah aku ni bukan jenis fact fact sangat ni.Aku kan tak gemor biologi.Cey tetibe.
 
 
 
Meh sini saya copy paste sikit.
 
 
"Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

"Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasitsemulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit
" Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

"Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan
" Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


PERSOALAN DAN JAWAPAN MENGENAI PRODUK :)

http://www.treenea2u.com/search/label/Awak%20Tanya%20Eazy%20Jawab

TESTIMONI CUSTOMER DI SINI :
 
 
 
 
Ok. Ni aku copy paste dari blog owner Treenea sendiri. Kalau nak tau betul-betul, boleh pergi blog dia ni.
 
 
 
 
Haa camne Zatil? Berminat ke? Berminat beli kat aku tau.Hehe

Aku Pelat

 
 
Aku pelat
Tak bisa bicara seperti kamu
Lidahku panjang berpintal-pintal
Bicara ku melulu selalu terburu
Lidah ku tebal bagai kepala di bantal

Aku pelat
Pelat bertepuk tangan tiada bunyi
Lidah terikat dia menyembunyi diri
Bertanya ditahan pendebatan ditelankan

Pada pokok diri daun kata berguguran
Tertutup banyak telah dipagarkan
Dari jari ke alat tulis semua mereka tepis
Siapakah mereka tepuk dada hey! tanyalah selera

Kita bangsa negara harus pandai berbahasa
Bertanya mengapa siapa bagaimana?
Punya akal fikiran tahu arah tujuan
Menyeluk pekasam biar sampai pangkal lengan

Masa depan bekalan diisi jika tahu manipulasi
Kata tiada disalah erti jangan sampai tergadai diri
Takut merana diri nanti
Dia pelat bertepuk tangan tiada bunyi

Aku pelat
Pon di rhythm mi a come
Pon di rhythm mi a boss
Ragamuffin mi a root mi a come back again ah

Human fi wicked dem a style a mi nah sinner
Anna dem selecta minah wicked dem
Im man fi wayan wicked dem zion
Anna dem selecta nah wicked dem a wayan
A mi ma rastafari mi a number one fi real
A mi nah wicked man a dem a talk about me

Aku pelat
Perbahasan jiwa jangan diendahkan
Jika malu bertanya kelak sesat jalan
Jangan dipegang sekatan yang dihidang
Rasa takut harus dibuang

Mari berfikir di luar kotak
Jangan menempurung bersama katak
Hebat seperti Jebat mereka lupa tuk berjabat
Dia si pelat sudah terlepas

Ulang Korus

Aku pelat
Tak bisa bicara agama seperti kamu
Tak bisa bicara cinta seperti kamu
Tak bisa bicara ekonomi seperti kamu
Tak bisa bicara politik seperti kamu

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku lawan walau rasanya kelat

Aku pelat
Aku tahu lidah ku dipelat
Namun tetap ku tawan walau jajahannya hebat



Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/11/lirik-lagu-aku-pelat-salammusik-ft.html#ixzz2Imwczjvq
 
 
 
Macam stail je lagu ni. Walaupun Fizah cakap pelik. I'm a fan!

Mimpi mencerminkan kerisauan diri kita.

Dah berapa kali dah Gemok mesej benda yang sama kat aku bila dia bangun tidur.
 
 
"Mimpi motor hilang"
 
"Mimpi pegi kerja lambat"
 
 
2 benda ni dah banyak kali dia bagitau. MIMPI.
 
 
Aku cakap kat dia.
 
 
"Sebab risau sangat la yang boleh masuk dalam mimpi tu."
 
 
 
First, dia memang sangat risaukan motor dia tu. Biaselah,motor 125ZR kan dah tak keluar dah. Kat Penang ni je berapa banyak kes kecurian motor tu.Siap kena samun lagi. Rumah dia rumah kampung kan.Cam rumah aku gak la. Tapi setakat ni kat kampung aku tak penah dengar lagi motor kena curi.Moto 125 pun macam takde je kat kampung tu.Entah,tak perasan pun motor orang ni. Dia memang tak pernah letak motor tu kat luar rumah dia. Sentiasa letak dalam rumah. Kalau dia nak keluar dalam tempoh yang lama dan kena parking, memang dia takkan bawak motor tu.
 
 
Second,pegi kerja lambat. Honda kan tak bagi orang datang lambat. Masa aku keja sana dulu, aku penah sesat jalan tau. Masa tu baru pindah rumah sewa baru.So tak sure jalan lagi. Padahal memang dekat ya amat rumah sewa aku tu ngan Honda. Kalau tak sebab traffic light roundabout Seberang Jaya tu, tak sampai 5 minit pun sampai dah. Tapi sebab aku sesat, bayangkan ye. Aku keluar rumah awal gila. 6.55 pagi. Pastu aku boleh sesat sampai la 8.15 pagi baru sampai Honda. Bayangkan ye. 5 minit leh jadi sampai sejam lebih sebab sesat. Gila.
 
 
Sebab aku takut nak masuk Honda kan. Datang lambat ni macam kesalahan besar gila tau kat situ. Biasa kena tolak gaji or kena balik lambat la kan. Ni,kalau kau tak confirm lagi memang takde chance la nak confirm. Pastu performance walaupun lewat seminit pun terus merudum jatuh. Dahla tu, sampai kilang kena tukar uniform pulak. Kalau ko bawak moto/kete selain dari brand Honda.Kau kena parking belakang. Paling laju pun 5 minit gak la berjalan tu. Perghh. Pastu sepanjang kau jalan tu, habis la kena bahan dengan orang Store ngan Logistic.Maintenance pun sama(Zairi terasa tak?Haha)
 
 
Okey, balik cerita aku lambat tu. Masa aku tengah kalut cari jalan tu, Gemok mesej aku cakap dia bangun lambat. Masa tu dia keja pagi. Dia mesej aku 7 suku camtu cakap dia lambat bangun. Aku tak bagitau dia lagi aku sesat. Segan. Haha. Lagi satu, dia baru ja tunjuk jalan kat aku malam sebelum tu. Mau kena bebel pastu.Haha. Pastu dia cakap dia kol leader.Bagitau moto rosak. So pegi kilang isi borang cuti je.Ok dia lepas. Pastu dah dekat kol 8 aku kol dia. Bagitau aku sesat. Aku cakap nak pegi klinik konon-konon nak amik MC.
 
 
Dia tak setuju pasal nak amik MC tu. Sebab dia kata Honda kalau amik MC pun tak elok.Tapi dah aku nak sangat kan. Dia jugak la yang bawak pegi klinik tu. Sekali, MC tak approve. Padan muka aku. Ok tak nak citer dah pasal tu. Cuma nak bagitau bos BHL, aku tak confirm sebab datang lambat kerja.Sekali.
 
 
Oh,dan nak bagitau orang orang yang wat spekulasi hina dulu. Sesuka je kata kami ada buat ape ape sebab cuti sekali.Siap kata pegi nikah Siam.Nanges.+_______________+
 
 
 
Few years ago back. Masa masih menuntut di Unimas. Aku setiap kali balik Perak mesti naik Air Asia kan. Tak pernah naik MAS. Tau kan pasal diorang punya policy yang kena checkin paling lambat 45 minit sebelum masa berlepas. Eh, 45 minit ke 50 minit?Heheh tak ingat pulak. Tapi yang penting,ko lambat sikit walaupun sesaat. Ko kena beli tiket lain. Member aku dah merasa. Sedih beb.Ko dah beria tempah tiket awal,dapat tiket paling murah.Sekali kena beli tiket lain.Mahal lak tu. RM200 lebih. Mahal la kan.
 

 
Aku ni kan memang sengkek sejak azali. Aku selalu ada duit cukup cukup je dalam poket.Macam kalau aku nak balik kan, dah tempah tiket paling lewat pun sebulan sebelum.Dapatla murah sikit kan.Pastu time hari nak balik tu.Duit dalam poket aku cukup la nak buat tambang ke airport,tambang naik bas gi KL sentral. Tiket train pun dah beli awal. Yang RM11 punye. Haa,bajet sungguh kan. So bayangkan kalau terpaksa beli tiket lain. Mana nak cekau duit..+_________________+
 
 
 
Dah tu, memang sampai sekarang pun dok mimpi lambat pegi airport. Macam dalam mimpi tu kan. Aku terbangun tengok tengok jam dah pukul 11. Flight kol 2.Aku kat Perak lagi.Sempat ke nak sampai LCCT. Haa macam tu.Sampai sekarang weh. Gile ke ape. Aku dah 2 tahun meninggalkan Unimas.Boleh mimpi lagi pasal naik flight lambat.Padahal lepas konvo Oktober 2010 memang tak pernah nek flight dah.
 
 
 
So kesimpulannya, kalau kita risau sesuatu memang akan masuk mimpi. Paham tak sekarang?
 
 
 
 
Takleh nak upload gambar langsung.Terus not responding. Cisssss sangat.
 
 
 
 
 
 

Wordless Wednesday

 
 
 
Tandus idea. Life aku sekarang cuma kerja, Rabu tengok wayang, tuisyen Math, pegi gerai,lepak umah Gemok. So takde benda sangat nak story.Harini mungkin tak tengok wayang. Tunggu miracle je baru nak pi tengok wayang. Huhu. That's all. Bye!
 
 
 

Tuesday, January 22, 2013

Perak vs Selangor.Ayah vs Mak.

Dari kecik lagi.Kalau Perak lawam Selangor je. Kami akan cakap ayah lawan mak. Mak ayah aku bukanlah peminat bola sepak sangat. Tapi kalau dua team ni bertembung je. Memang ni la perumpamaannya.

Dulu masa kecik Selangor kuat gila.Aku siap rajin nyanyi lagu dia. Merah Kuning Lambang Kebanggaan..tu je aku ingat.Haha

Perak pun kuat jugak.Masa aku sekolah menengah dulu kami selalu dapat cuti.Sekolah dekat ngan stadium lak tu.Berapa gol yang Perak sumbat pun kami leh kira dari sekolah.Tak payah tengok pun.hihi

Dulu aku siap leh sebut nama semua pemain Perak.Khalid Jamlus.Indraputra. Keita Mandjou.Sekarang ni.Aku ingat Farizal Marlias je.pastu import ada Karim apetah tu.Teruk dah pengetahuan bola aku.Dah lama tak tengok.

Oh ye.Fadhli Shas,awak tak nak masuk team Perak?

Testimoni VCOA aku.

Seperti dijanjikan.Aku nak buat testimoni sendiri.

Dalam 1-2 bulan lepas.Aku selalu pening pening. Masa tu aku gi Cameron pulak. Ayah yang drive.Aku dok belakang. Aku muntah sampai 3 kali.Aku perasan bila aku bergerak banyak,bila aku duduk, aku pening.

Aku syak aku ada tekanan darah rendah.Sebab aku selalu pucat. Tapi tiap kali check,blood pressure aku normal. Pastu,masa aku nak derma darah.Doktor kata aku tak leh derma sebab aku kurang hemoglobin. Sebab tu kot pucat.Kena makan banyak zat besi je.

Tapi kalini,aku bertekad nak jumpa doktor.Sebab mana taw low blood pressure kan. Aku jumpa doktor panel. Aku cakap aku pening pening muka dia dah lain. Dia tanya aku ada muntah tak.Aku cakap ada(yang gi cameron tu la). Pastu dia tanya period ok tak.Aku dah rasa lain.Doktor ni syak aku preg ape.Hamfes.Aku ngah period masa tu.Pastu dia check blood pressure aku.Katanya normal. Tapi aku ada satu masalah.

Peredaran darah tak lancar.

Ingat tak aku pegi rendam kaki 2 minggu lepas?Kak tu cakap benda yang sama.

Sekarang.Aku takde pening pening dah.Aku fikir. Mungkin sebab makan VCOA kot?


Minggu yang dahsyat.

Pageviews minggu ni. First time.

Minggu yang dahsyat.

Pageviews minggu ni. First time.

Kisah final Maharaja Lawak Mega 2012

 
 
Malam tadi singgah umah mak angkat lagi. Lepas habis kemas gerai makcik ajak singgah rumah. Aku on jelah. Tuisyen pun dah tukar hari lain.Alhamdulillah. Baru nak pikir pasal kelas ganti sebab cuti Thaipusam nak gi Cameron kan. Aku dah mintak cuti Selasa tu. Takkanlah nak balik Penang awal sebab tuisyen je kan. Rugi la amik cuti.Hehe
 
 
Pastu macam biasa gi sana mesti kena hidang nasi. Aku sebenarnya kalau kat umah sewa memang jarang makan nasik malam.Kecuali kalau masa lunch tak makan nasik.Kebulur la kisahnye. So bila pegi umah makcik kena makanla. Sebab kalau tak nak makan makcik buh jugak nasik dalam pinggan pastu biar je sampai aku makan. Tak elok la buat peel camtu kan.Ingat ko sape?Huhu
 
 
Malam tadi makcik buat sambal belacan.Perghh pedas. Ayong balik. Dia tanya, "aik, ada pulak sambal ni?" Makcik kata "Huda suka sambal belacan aku buatla"Perghh lagi sekali. Terharu siot.Hehe.So malam tadi aku leh makan satu setengah ekor ikan temenong goreng Bagi aku temenong goreng. 5 ekor pun aku leh makan sekali hadap. Ada kuah gulai lemak pulak.Lagi la laju. Kicap pun ok dah sebenarnya. Tapi rumah orang kan.Ingat orang kemudian ok.
 
 
Pastu kami dok tengok cita Spy M dan cita apatah. Fauzi Nawawi dengan wife dia berlakon. Tak perasan tajuk. Tapi sampai kol 12 gak la mengadap TV. Ayong seperti biasa tertido depan TV.Makcik pulak sibuk memotong lidi untuk niaga. Aku tolong tengok je.Pastu tolong susun lidi dalam bekas sambil baring baring. Dah memang mata dah berat. Tertido jugak aku akhirnya. Padahal aku ni susah nak tido kat tempat orang. Sebab tu dulu aku boleh stay up kat KL sentral sementara tunggu tren pagi nak balik kampung. Takuuuttttt nak tido.Sampai la sekali tu, aku leh make friend pulak dengan sorang mamat Sabah ni. Budak UiTM Shah alam. Bukan menggatal yek.Dia yang tegur.Harap maklum.*peace*
 
 
Intro panjang sekali lagi.Huhu
 
 
Dah tertido tu. Tak ingat pulak ye Gemok keje malam. Dia sampai rumah dalam 12.25a.m camtu kot. Tak lama pas dia sampai aku sedar. Bangun terus tengok jam kat henfon pastu bangun. Gemok pulak leh dok minum ngadap kedudukan aku tu. Segan I nok.
 
 
Dia terus on Maharaja Lawak. Final episod tu. Haritu Jumaat masa dia tengok dia ada mesej bagitau. Siap ajak datang rumah dia kalau nak tengok.Tapi wrong timing la.Aku ngah mamai mamai driving masa tu kat Manong on the way nak balik rumah. Semuanya sebab orang nak daftar kolej vokasional tu pastu tinggal segala borang dalam bonet kete aku. Nak pos pun dah petang Jumaat.Bile mase pulak nak sampai kan. Ces. Lari bajet I. Dahla takde customer lagi minggu ni..-.-"
 
 
Ok back to Maharaja Lawak. Masa bukak tu time Jozan persembahan pertama. Tapi dah lepas time Zizan masuk tu. Sebab kata Gemok masa Zizan masuk tu semua orang dah gelak dah. Miss..-.-"
 
 
So continue watching. Part tak lawak pun aku gelak gelak. Gemok dok heran aku gelak masa yang tak sepatutnya. Masa Haniff ngan Ray dok tebiu peserta tu aku gelak gelak. Padahal aku dok teringat lawak diorang kat Pagi ERA pagi tadi. Pastu tengok muka Ray terus teringat balik la. Sebab tu aku gelak.Pastu dia leh mesej aku cakap aku tak betul.Napa aku gelak.Dia ingat aku gelakkan rambut baru dia. Memang la agak kelakar jugak.Sebab kononnya nak buat rambut K-pop pastu tak boleh sebab orang tu kata rambut lembut sangat.Takleh nak naik.Haha
 
 
Kononnya nak buat camni.Tapi kaler itam la.Nasib tak jadi.Kalau tak mesti kena bahan kat honda.
 
 
Yang aku tak puas hatinya, aku dok depan dia ja. Boleh pulak nak mesej mesej. Kalau nak cover depan mak dia pun, nak cover ape. Bukan cakap bukan bukan pun.Pelik.Gemok pelik.
 
 
 
Pastu Gemok cakap.
 
Jozan menang dapat setengah juta.
 
Masa tu baru pas tunjuk hadiah RM50 000. Aku tak caye la dia cakap tu. Pastu dia cakap, ala tu tempat keberapa punya hadiah. Yelah,camna nak fokus dah dia mesej time tu kan. Pastu ringtone sah sah memang lagu Baby Justin Bieber.Memang dia la kan punya onar.Grrrr.
 
 
Selepas percaya hadiah banyak tu.Aku cakap kat dia. Tulah dulu orang ajak masuk Raja Lawak tak nak. Kalau tak lehla dapat banyak tu. Dia cakap aku tak lawak. Hampeh. Ramai gak tau orang suggest aku masuk Raja Lawak. Hmmpph.
 
 
 
Pastu dia amik handphone aku dok snap snap gambar dia. Konon comel habis. Nyampah nyampah. Terus teringat topik kat RedFm petang tu. "Do you prefer your partner less attractive or more attractive than you?"
 
 
 
Ya, attractive la dia tu kiranya. Nyamfes I.
 
 
 
Pastu, seperti biasa suka buat onar kat handphone aku.
 
 
 
Dia buh wallpaper handphone aku gambar dia dengan muka cenggini:
 
 
 
 
 
 
 
 

Monday, January 21, 2013

Kolej vokasional untuk kita.

 
Harini adik aku Azam daftar kat Kolej Vokasional Seri Iskandar. Kolej tau.Bukan sekolah teknik. Silap la haritu.huhu. Dia amik Teknologi Elektronik. Nak sangat tiru yong dia ni. Taulah aku tauladan paling hebat. Wahaha.
 
 
Ape beza kolej vokasional ni dengan sekolah teknik?
 
 
Sebab pengajian dia 4 tahun di mana di akhir pengajian, pelajar akan mendapat diploma. Bukan SPM semata-mata. Waduh. Jimat setahun. Kalau biasanya amik SPM, pastu terus sambung diploma paling kurang pun 5 tahun kan. Tu pun belum tentu lagi dapat sambung diploma. Setengah orang kena ambik sijil pulak dulu kan.
 
 
Tahun 1 dan 2 ialah pra-diploma. Pastu kena dapat CGPA 2.5 ke atas baru leh sambung diploma (tahun 3 dan 4).Student yang lulus pra-diploma akan dapat Diploma Vokasional Malaysia, Sijil Kemahiran Malaysia tahap 3 dan mana-mana sijil industri yang terlibat (bergantung pada course yang diambik). Kiranya adik aku nanti sama grad dengan kakak dia yang belajar IKM tu la. Jeles la kak dia tu nanti.Huhu
 
 
Kalau gagal dapat 2.5 CGPA, dapat sijil SKM tahap 2.Pastu boleh sambung SKM tahap 3 pulak di latihan kemahiran. Kira tetap dapat sijil la. Tapi bagus la kalau dapat diploma kan. Chaiyok!
 
 
Ada OJT (On Job Training). Kalau sekolah mana ada OJT kan. Dah nama pun amik diploma. Ok la 3 bulan pengalaman. InsyaAllah senang nak dapat kerja nanti.
 
 
Aku nak citer banyak pun tak tau sangat. Ni yang basic la nih yang aku rasa aku patut tahu. Kakak mithali kata kan. Borang dia pun aku isi. Surat tawaran pun aku yang print. Bagus tak?Hoho.
 
 
 
 
 
Gambar masa dia sekolah rendah. Malas letak gambar terbaru sebab dia ni perasan kacak. Kang ramai pulak nak jadi adik ipar I. Huhu.
 
 
 
Aku cuma nak doakan terbaik untuk dia ni. Harapla dia tak main-main nanti. Tau jelah budak lelaki ni. Malas lebih. Ni pun dia sibuk kata tak nak belajar Add Math. Tang tu tak nak follow aku pulak. Aku je dalam keluarga ni yang suka Math. Dah macam spesies terancam pulak.Huhu
 
 
 
Maklumat lanjut boleh rujuk sini.
 
 
 
 
 

Kertas tajam.

 
 
Nampak tak? Yang agak merah sikit itu. Sori lighting tak berapa nak cun. Aku tak taulah kenapa dengan kertas kertas kat ofis aku harini. Mentang mentangla aku half day Jumaat petang tu. Harini dia bantai kat tangan aku 4 kali. Kanan dan kiri! Pedih pedih. Sapa kata kerja cam aku tak perlu SOCSO sangat?
 
 
 
 

Tempat lepak paling best untuk budak 5 tahun.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
Seronok main angry bird kat handset cik Udez.

Saturday, January 19, 2013

Artis aku minat zaman kecik.

Masa kecik dulu aku ada minat beberapa orang artis ni.Agak fanatik juga. Lets check it out.

1.Amy Mastura

Aku ada cite kot dulu aku gila gila minat Amy.Lagu dia dulu top kot.Macam dalam carta Muzik Muzik tu,dari nombor 1-10, 3 lagu dia ja.

Sampai aku buh nama Amy Mastura kat ruangan nama kat buku tulis sekolah KAFA.Pastu hantar kat Ustazah Kamariah. Pastu Fauzi yang kena passkan buku kat semua orang pergi tanya Ustazah. Pastu Ustazah tanya sapa punya buku tulis Amy Mastura ni? Segannya..-.-

Aku ingat lagi.Masa tu gigi tak berapa penuh.Pastu mak aku ejek aku Amy Mastura rongak.Sobs..+_+

2.Feminin.

Aku rasa diorang ni fenomena kot dulu.Sapa tak minat memang pelik la rasanya.Tapi tak la fanatik sangat sebenarnya.

3.Rock Kapak

Haa yang ni memang tak dapat disangkal lagi.Aku layan je sume lagu rock kapak. Nak kata tau sume lagu tak la. Tapi kalau lagu yang femes femes tu aku leh je nyanyi.

Dulu sekolah menengah. Aku suka buat gaya main drum.Entah nape memang minat buat camtu.Member aku Ulfa kate muka aku memang sesuai buat camtu.Muka ganas kot..=.="

Kalau sape penah gi karaoke dengan aku diorang taw la aku selalu nyanyi lagu apa.Lagu wajib aku lagu Nurani nyanyian Kristal. Pastu lagu Stings,Wings pun ada gak.Tapi gi karok xbestla rock sangat ye dak. So nyanyi lagu Siti Nurhaliza la..hehe..

To be continued.Ada sape sape nak share story?

VCOA untuk orang Teluk Intan/Kampar


Aku ada di kampung di daerah Perak Tengah/Kinta Selatan ni. Jadi aku nak menawarkan perkhidmatan special untuk orang belah Teluk Intan/Kampar/Ipoh/Tapah dan sekitarnya.

Sesiapa yang nak amik stok VCOA kat aku hari ni dan esok bolehla sms aku eh.

017-5049769.

Minggu depan pun aku ada di kampung gak dari Jumaat malam sampai Selasa. Lai lai moh beli ngan teman. RM40 aje..:)

Friday, January 18, 2013

Resipi Telur Dadar Udez.

Telur dadar je pun.Huhu.
 
 
Aku tak lah masak telur dadar harini.Memang dah lama tak bawak bekal gi opis. Bukan sebab dah kaya.Tapi sebab penat melampau setiap kali balik rumah. Balik rumah terus baring je. Bangun pagi pulak memang on time aje. So matlamat 40% aku memang failed.Haha
 
 
 
Dulu aku rajin masak telur dadar. Sebab memang aku suka pun. Telur goreng ke telur rebus ke aku tak suka. Telur dadar je. Tiap kali aku buat, bau dia memang sedap. Adik adik aku pun akan tanya (setiap kali aku masak tu) "yong masak ape?" Haa penangan bau telur dadar tu.
 
 
 
Selalu orang buat telur dadar buh la ape pun. Tapi standard orang buh bawang, cabai burung ke cabai besar ke.Garam. Betul kan? Tapi resipi aku paling simple sekali. Aku buh cili boh je dengan telur. Garam ke cabai ke bawang ke memang tak buh la. Itu sahaja. Tapi bau?Pergh menangkap.
 
 
Konon terer la tu.Haha.Aku ingat lagi dulu masa unimas aku citer pasal ni dengan Amsal dan Intan. Jenuh aku kena menganjing dengan diorang. Sedih tau. I cite the truth ni. Sebab bila I masak benda lain takde pun orang nak tanye tanye.Huhu.
 
 
 
Oh ye. Haritu aku ada buat teka-teki JJCM kan. Ala yang macam nasi goreng pattaya tapi ada lauk paprik tu. Nak tau dak nama dia??Nak tau tak?
 
 
Jawapan dia: NASI GORENG BANTAL PELUK.
 
 
Haa unik kan nama dia. Dia combination nasi goreng pataya (tapi takde lauk atau sayur,nasi semata-mata di dalam telur bungkus itu) pastu ada lauk paprik ayam di sekelilingnya (leh mintak asingkan) dan tambahan beberapa ekor udang di atasnya. Wah kalau restoran tu tetiba femes nanti lehla kami satu family dapat voucher makan malam setahun kan.Hehe
 
 
 

Thursday, January 17, 2013

Lagu tema drama Ruby.by Drama. (Cerita Dia)

Sempurna..
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah dihatinya..
Bahasaku
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...
Relaku tunggu jawapanmu..
Masihkah aku ada di hatimu..
Saat ini...
Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku tak bernyawa lagi..
Sampai nanti..
 
 
 
Aku dah lama layan lagu ni. Dulu kan ada X fm kan. Dia mainkan lagu lagu indie ni.Kira agak fresh la lagu ni masa tu. Sekarang radio tu dah takde dah.Sedih..+_+
 
 
 
Aku ingat lagi aku dok nyanyi lagu tu kat opis.siap ajar yazid lirik ngan rentak dia.Maklumla yazid ni lenggok nasyid sikit.Lagu rock leh jadi macam lagu nasyid kalau dia yang nyanyi.Pastu suka wat lirik sendiri.Awek dia yang dah jadi bini dia sekarang ni pun stress.Siap suh dia masuk rancangan Sila Lupa Lirik.Haha.
 
 
Lagu ni kalau tak silap aku masuk separuh akhir Juara Lagu kan.Pergh terbaik.Sekarang pulak jadi lagu tema drama TV3.Memang masyuk la sekarang.Gemok yang selalu bolayan masa aku dok pasang lagu ni dulu pun sekarang dah mula layan.Eleh lambatlah you..;p
 
 
Merenung liriknya.Adakah penantian akan berakhir dengan kebahagiaan?Kita tunggu.
 
 
 
 

Movie Review: The Tower

Korea is not just about KPOP. They have one more products that they can proudly show us. THE TOWER.
 
 
 
 
 
 
 
Hero: Kim Sang-Kyeong as Lee Dae-Ho
 
Son Ye-jin as Seo Yoon-Hee. Awek cun sebagai heroin.
 
Hero yang terkorban. Seol Kyeong-gu as Kapten bomba Kang Yeong-gi.
 
 
Anak hero yang comel. Jo Min-ah as Lee Ha-Na
 
Nak buh semua pelakon ke ni?hehe
 
 
The Tower yang dimaksudkan dalam cite ni ialah Tower Sky. Sebuah bangunan kediaman yang aku tak pasti berapa tingkat. Kalau tak silap ada 120 tingkat. Dan Tower Sky ni ada 2 puncak dan ada jambatan penghubung macam Twin Tower kita.Hehe. Puncak yang menghadap sungai dipanggil River View dan puncak yang menghadap bandar dipanggil City View. Kira macam kediaman tercanggih abad ini lah.
 
 
Lee Da-ho ni Ketua Penyelenggaraan dan Operasi untuk Tower Sky ni. Dia duda yang mempunyai seorang anak pompuan, Ha-na yang comel. Sebab esok Krismas, dan Seoul pulak tak bersalji. Ayah dia cakap dengan Ha-na ni suh pegi Tower Sky lepas habis sekolah. Malam tu Christmas Eve dan ada parti kat Tower Sky.
 
 
Pastu dia tunjukkan yang Lee Dae-ho ni macam berkenan dengan heroin. Tapi jenis tak reti nak mengorat. Pastu ada bab bab kelakar. Dalam kata lain filem ni permulaannya nampak tenang. Tak macam bakal berlaku musibah pun. (Sebab ni la orang kate kalau nak tengok filem pape jangan bagi ada spoiler so nanti tak delah tontonan kita jadi boring.Padahal aku lah spoiler terbesar.Haha)
 
 
Sampai sana, ayah dia sibuk pulak. Sebab ada kebakaran kecil di dapur dan perenjis bermasalah sebab tak keluar air. Maka Lee Dae-ho pergi menyiasat. Oh ya, Seo Yoon-hee tu pengurus bahagian dapur. Ada hubungan di situ. Maka setelah menyiasat, dia dapati air yang sepatutnya akan keluar ikut perenjis tu dah membeku. Jadi dia sibuk cakap dengan ketua dia pasal masalah ni. Dan sebagai penyelesaian dia cadangkan tambahan pemadam api. Ketua dia bising sebab diorang sibuk dengan persiapan untuk parti besar-besaran dan katanya masalah perenjis tak penting. Haa, masa ni kita boleh agak kan masalah dia akan datang dari perenjis tu.
 
 
Tak lama pastu, ada masalah. Tower Sky tak dapat kelulusan apa tah untuk parti tu. Katanya ada problem dengan angin lintang. Jadi Presiden tu pegi kaw-tim dengan Komisioner supaya parti tetap leh jalan. Presiden ni sebagai orang yang selfish dalam cite ni.
 
 
Parti pun bermula. Siap ada helikopter 10-12, siap ada macam bidadari khayalan berterbangan (hologram kot nama dia) pastu ada salji.Memang semua kagum la.
 
 
Tiba-tiba. Pemandu helikopter dok kalut. Katanya helikopter tak dapat dikawal sebab angin lintang. Dia cakap dengan menara kawalan dia bakal langgar Tower Sky. Haa,sinilah musibah bermula.
 
 
Dahla kot. Nak cite sampai ending ke?Hehe.
 
 
Yang penting, memang tak boleh blah tau cite ni. Tengah tengah bab serius, boleh tetiba ada part lawak. Geram tau. Dalam serius tu kami sempat gelak lagi. Cesss sangat. Pastu kan, aku sampai rasa rugi kalau kelip mata sebab macam termiss benda pentingggg sangat. Kalau dah sampai tahap camtu memang best la kan. Caye la cakap aku.
 
 
 
Aku memang recommend sapa yang nak tengok cita ni. Tengok la weeiiii. Tak rugi wa cakap lu. 9.89/10 la aku bagi. Sebab nak bagi 10/10 tak logik kan.Hehe
 
 
 
Aku amik seat hujung belakang sekali. Again.
 
 

Kembali.

Lihatlah nasi yang menggunung itu. Huhu.Memang makanan harian aku camni. Kat rumah je kadang kadang takde sayur.Sebab mak aku selalu masak sayur yang aku tak makan.-.-"
 
 
Actually berapa hari dah aku tak makan properly. Susah hati sebab adik. Now I'm trying to be my old self again. Buat pe nak susah hati untuk orang yang tak peduli perasaan kita kan.
 
 
Burpp.Kenyanggggg..Kalau dapat mengoloh mesti lena sungguh ni.
 
 

24 follower?!

Busy sangat ye cik Jenab harini.Tak sempat nak update.Huhu.
 
 
Bukak bukak. Terkejut Cik Jenab. Setelah bertahun 22 follower je tetiba sudah ada penambahan. Blog yang sungguh tak seberapa ini ada perubahan.hoho.
 
 
Thanks pada follower. Tu ja nak update.Nak sambung buat kerja.Hoho. *Lapoooo*

Wednesday, January 16, 2013

Tanjat gegirl.

Baru jap tadi pi antar VCO kat customer. Semalam dia dah amik satu. Sebab dia nak 2 tapi kat aku ada 1 ja so aku cakap dengan dia aku akan bagi lagi satu harini.Stok baru order semalam dan sampai ofis 11 lebih tadi.

Sampai sana.Aku park tepi jalan dulu.Seberang ja dengan rumah dia.Sempat pakai meiko.Sebab aku kan nak pi jusco pastu.Paatu bukak bungkusan pos laju lagi. Aku take quite a time lah sebab aku janji dengan dia sebelum kol 7.Dan aku tak mesej dia pun kata on the way ke apa.Aku ingat nak kol dia ja bila dah sampai.

Aku masuk ja lorong tu aku dok cari la myvi hitam.Kak tu ada tunjuk semalam.Sebab semalam kami jumpa kat bus stop depan rumah dia ja. Jadi bila masuk lorong tu aku dahblur.Dasar budak buta arah.haha

Dok cari sambil toleh kiri kanan tengok rumah mana yang betul betul depan bus stop tetiba kak tu muncul kat sebelah kiri sambil pegang anak.Pastu dia tanya aku n
napa lama sangat dok seberang jalan tu.kantoi.

belajar menjahit part 1.

Hoho. Ofis aku kan banyak makcik makcik kan. Habis la kalau diorang baca ni.Tapi masalahnya bos aku sendiri yang cakap diorang ni makcik makcik.Nak salahkan sape?Huhu.


Sorang tu pandai menjahit.Cakap je nak apa.Semua pun boleh.Jahit orang ja takleh kot. Memang terer la. Dah tu siap boleh buat bisnes. Kat kilang ni sapa nak order beg ke purse ke order kat die je. Dan disebabkan itu, orang lain dalam ofis ni pun rajin jugak belajar jahit. Termasuk orang sebelah.


Aku ni jenis tak bergaul sangat ngan diorang. Kalau diorang sembang beramai-ramai, tengok baju baru ke seluar baru ke aku tengok camtu camtu ja. Pastu ngadap komputer. Atau buat kerja yang ada. Bukan jenis nak menyombong. Tapi aku rasa awkward nak join sekali. Lebih lebih lagi kalau ada orang sebelah.


Ok takyahla intro sangat.


Haritu aku tetiba dapat idea nak mengait. You know mengait. Yang nenek nenek selalu buat dok atas kerusi orang tua pakai spek ada tali sambung tu. Huhu perumpamaan sangat

 
Kengkadang aku tetiba ja dapat ilham nak buat sesuatu. Contoh macam nak mengait ni la. Suddenly terfikir, aku nak mengait la. Kalau depan komputer terus je google cara mengait, bahan-bahan diperlukan. Pastu harga jarum kait,jenis jarum kait.
 
 
Pastu kan, aku cakap dengan Gemok. Balik kerja aku nak singgah A tu Z beli barang. Pastu dia tanya, "Nak kawen dah ke pegi A tu Z?"
 
Pada sesapa yang tak tau, A tu Z tu nama penuhnya A tu Z Wedding House. Jadi paham kan maksud soalan dia tu.
 
Tapi aku tak bagitau dia aku nak beli barang mengait. Sebab aku ni kengkadang (macam selalu ja?) suka bagitau dia nak wat ini nak wat itu pastu tiba tiba senyap tak jadi. Aku rasa dia pun dah fed-up ngan perangai aku ni.Huhu. So bila dah jadi, atau sekurang-kurangnya nampak hasil sikit baru aku bagitau dia. Macam jual VCO gak. Lepas dah kompem aku memang akan jual baru aku bagitau dia. Huhu
 
 

Sibuk je Gemok ni dalam entri aku kan. Tetiba teringat malam tadi dia sibuk nak pakai mask. Pastu aku bagi dia ni. Sebab ada dalam beg aku. Motip taruk dalam beg?Haha
 
 
Dia semangat no nak pakai. Siap pakai snowcap sebab nak tahan rambut dia jangan bagi kena mask.Pastu suh aku tangkap gambo dia. Masa tu mak dia sibuk kat luar rumah. Mak dia masuk je dia pegi kejar mak dia pastu tunjuk muka dia yang tengah cantik tu. Sah sah la mak dia terkejut. Siap cakap Setan.Haha. Pastu mak dia kata ada macam muka babun. Padan muka..wek..
 
 
Yang lagi best, aku balik rumah tu dia tak bukak lagi mask dia. Dah lewat sangat. Pastu masa bukak dia cakap dengan aku.
 
 
Gila pedih kot tarik mask td.paling pedih kat misai, bulu kening dgn janggut.xmau pakai dh!.xkua putih2 pn.
 
 
Haha.Aku gelak sorang sorang. Aku pun rasa benda yang sama masa first time pakai aritu.Jadi nak dia rasa sama.Hoho.Jahat jahat.
 
 
Balik pada menjahit. Jauh benor melencong.Aku memang nak pegi dah A tu Z pastu aku teringat yang dulu mak aku memang ada mengait. Jadi baik aku pakai je barang barang dia ye tak. Buat pe nak beli baru kalau aku pun baru nak belajar kan. Kalau tiba tiba malas nanti tak membazir.Hihi.
 
 
So guess what?
 
 
Sampai sekarang pun tak start apa mengait tu.
 
 
 
Bersambung.

Saya gadis promoter.

 
 
 
 
Bila tengok promoter kat supermarket, aku teringat kenangan dulu.
 
 
 Aku pernah jadi promoter kat Giant Teluk Intan. Produk yang aku promot ialah di bawah:
 
 
 
 
F&N Fruit Tree Twin Pack. See? Harga dia RM8.88 je instead of lebih kurang RM10 for 2 bottles.
 
 
Aku ni memang kaku di depan kamera. Lebih lebih lagi di tempat ramai orang boleh tengok. Jadi pose skema sebegini jelah mampu dibuat.
 
 
Teka how much I get for one day?
 
 
RM80.
 
 
Tapi penat woo berdiri dari kol 9 pagi sampai 9 malam. Eh yeke 9 pagi.Ke 11 pagi. Entahla. Tak ingat. Hehe
 
 
Perasan tak tulisan Fruit Tree kat atas tu macam senget? Haha.Salahkan tiang yang menyokong tu sebab tak leh nak jadi sama panjang. Sebab satu tu ada penyenggat satu lagi takde. So satu tu kena sumbat dengan kertas supaya dia tak terjerumus terus ke dalam lubang.Terjerumus.-.-"
 
 
 Yang lawaknya masa aku jaga gerai ni. Junior Taayah lalu kat situ. Pastu dia boleh datang tegur. Eh,ni kak Huda kan? Pastu kami borak la sikit sikit. Dia cakap dia bakal doktor. Pergh. Dasat. Aku sebagai senior pulak promoter je?! Sian.
 
 
Yang bestnya malam Ahad tu. Ayah aku datang. Dia jadi one of my customer. Padahal memang ayah aku tak pernah beli kot air camni.
 
 
 
 
Aik?Tukar orang pulak?Huhu.
 
Kerja ni aku harus selesaikan untuk 2 minggu. Tapi minggu ke 2 aku tak dapat pegi sebab keja Sabtu. Maka aku suruh adik aku ni ganti.Huhu
 
Yang baju biru ialah adik aku yang lain iaitu Alip. Hoho. Gambar ni kena hantar kat boss. Adik aku ni manja sangat okey. Dia suruh aku tunggu dia. Kena tolong dia berkemas semua. Aku buat sorang je takpe. Hoho konon berdikari sangatla Huda tu. Sukati ja kata orang.
 
 
 It was a good experience actually. Sebab aku ni pemalas tak la rajin sangat. Segan bergaul dengan orang ramai. Tak berapa peramah. Jadi bolehla boost sikit confidence nak bercakap dengan orang tu.Hehe kononnya lah.


Teringin nak buat aktiviti camni lagi. Sapa ada vacancy mana-mana bolehla panggil aku.Huhu