Mari join..:)

Monday, December 3, 2012

Udez masak memasak: Chocolate Chip Cookies



Jumaat malam aku balik kampung. Seperti biasa,bila balik kampung aku akan mencuba resepi2 yang aku dapat dari sumber2 seperti Internet, magazine atau Kak Ilah.

Jadi hari Sabtu petang tu selepas balik dari kenduri di Manjung, aku dan 2 bodyguards aku singgah di Tesco Manjung. Uit, Udez ada bodyguard? Biasalah,kalau pegi mana2 aku akan bawak adik bongsu dan Alif adik aku bersama. Kalau tak bawak diorang rasa sunyi pulak.Hehe


Singgah di Tesco beli belah barang nak buat biskut chocolate chip. Suka Chipsmore Hazelnut sangat kan. So kena belajar la buat sendiri. Macam kes mee hailam jugak. Alamak, teringin la pulak.Sebut lagi.


Ni saja nak tunjuk tangan orang yang tolong aku buh chocolate chip. Adik aku yang paling rajin dia ni lah. Kalau dapat bakal suami macam dia ni memang bahagia la. Mana nak cari..-.-



Tengok pakai tudung periuk je. Buat bentuk comel2 je sebab bila dah  masuk oven dia jadi gemok sangat.




Nila hasilnya. Huhu.Saje je kan. Tunjuk orang yang buat dengan hasil je. Resipi tak nak buh pun.Huhu


Bukan tak nak bagi resipi, sebenarnya aku dapat resipi dari Remaja. Pastu tak de penimbang kan so main agak2 je pastu xberapa nak jadi so last2 mak tambah itu tambah ini so sukatan dah lari. Aku buh bahan2 jela k.

Tepung Gandum (dalam 1 cawan kot)
Butter (3/4 dari 250 g haha amik ko kena kira)
Telur sebijik
Gula perang dalam 150g camtu
Gula kastor pun dalam 150 g jugak
Chocolate chip (buh agak2 je dalam adunan nanti dah buat doh kena buh lagi kat atasnya)
Esen vanila dalam 1 sudu kecik

Haa tengok suma main agak2 je.

Cara nak buat:
Masukkan butter dan gula perang juga gula kastor. Gaul hingga sebati.
Masukkan telur.
Masuk tepung dan kacau.
Masuk badam cincang.
Masuk chocolate chip.
Buat doh
Lepas siap bubuh chocolate chip ikut suka kat atas nya.
Bakar dalam oven 180 C lebih kurang 20 minit (baik tengok selalu sebab takut hangus.hehe)


Sekian resipi daripada orang yang tak pandai masak.Hehe


Badam Cincang

No comments:

Post a Comment