Mari join..:)

Tuesday, December 4, 2012

Udez dan kisah kenduri kahwin.

Semua orang ada facebook kan. Udez pun ada facebook sejak pertengahan 2009. Dan masa tu memang aktif dengan status, komen2, Farmville, Fishville dan Cafe World. Udez tak main banyak game sebab tak boleh nak bagi komitmen banyak2. Setia la katakan(ada kaitan ke?)


Sejak pakai handphone Android ni, lagi senang nak ber-Facebook.
 
 
 
Disebabkan life aku kat rumah sewa yang memang tak happening, TV pun takda.Laptop pun tarak jugak. Maka handphone ni memang peneman di kala sunyi dan sibuk.Antara app yang aku selalu guna mestila Facebook.
 
 
Seperti yang semua tahu, kat Facebook boleh buat notification alert. Dan kita boleh adjust setting alert ni ikut suka hati kita kan. Jadi yang aku wat alert ialah bila orang komen status, status close friends update dan event. EVENT. 
 
 
Kenduri kawen termasuk dalam kategori EVENT ya kawan2.
 
 
Satu hari di hari raya, aku pergi rumah best friend masa matrik dulu Cik Bella yang gorgeous itu. Kebetulan aku pegi Ipoh. Perbualan kami entah macam mana menyentuh pasal Facebook. Kemudiannya,
 
 
Bella: Aku sekarang banyak Instagram je.Facebook dah jarang.Boring..
Aku: Napa pulak?
Bella: Kalau bukak Facebook, profile pic semua nak buh gambar anak, gamba kawen.
Aku: Betul jugak kan. Aku pun dah boring tengok.
 
 

One not-so-fine day, Facebook alert dok kua kat handphone aku. Aku tengok la, apa la yang banyak sangat ni.Sekali berderet dalam waktu yang sama.
 
Girl invited you to her Walimatul Urus...
Woman invited you to Majlis Perkahwinan...
Girlfriend invited you to her event bla bla bla
 
 
Aku terus letak handphone jauh2.
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment