Mari join..:)

Tuesday, December 11, 2012

Sleeping Ugly.

 
 
Macam dalam entri lepas aku pernah cakap yang aku jenis tidur bersepah. Di bawah ni ialah tempat tidur kegemaran aku.

 
Mak aku memang bising sungguh part tempat tidur ni. Katanya macamla rumah ni takde bilik. Memang macam memalukan diri sendiri bila bagitau satu dunia aku jenis tidur bersepah maklumla aku kan anak dara. Kalau tidur elok tak pela. Cuba kalau gaya tidur yang tak enak dipandang? ish ish ish.Tapi seingat aku, tak pernah la tidur terselak kain ke apa. Sebab aku bukan jenis tidur lasak pun. Kalau tidur atas sofa tak pernah jatuh maksudnya tak lasak la kan?Ekeke
 
 
Satu lagi kegemaran tempat tidur aku ialah
 
 
atau
 
 
 
 
 
Dalam kata lain, di mana mana saja. Yang ni boleh tanya pak cik mak cik sepupu sepapat ku. Kalau petang raya, dalam pukul 2-3 petang camtu diorang akan nampak aku tidur sebegini dan kengkadang tanpa bantal tapi boleh tidur dengan nyenyak sekali. Aku seorang yang boleh hidup tanpa bantal sebab kengkadang bila malam yang aku susah nak tidur aku akan campak bantal ke mana saja dan selepas itu aku boleh tidur sampai pagi. Maksudnya, aku lebih nyenyak tidur tanpa bantal. Entah apa apa.
 
 
 
 
 
Ini pulak, contoh selimut kegemaran aku. Bukan ni la, yang ni aku Google je. Arwah Mak Yang aku dulu rajin jahit ni. Selimut ni lagi sedap dari selimut Hello Kitty aku.
 
 
 
Sebenarnya sekarang aku dok pikiaq, apa motip aku taip entri ni. Bukankah memalukan ni? Aku sebenarnya musykil, orang yang tidur camni berkeperibadian apa?Huhu.
 
 
 
 
 
GAYA BAYI
Majoriti wanita tidur dengan gaya ni. Orang ini dikatakan lebih tahan lasak, tapi agak sensistif dan ada kalanya pemalu. Golongan ini juga dikatakan mudah dipujuk.
 
 
GAYA TIDUR MATI
Jika tidur dengan posisi mengiring dengan kedua belah tangan tetap di sisi badan bermakna orang ini adalah seorang yang bersosial dan mudah bergaul dengan rakan-rakan yang mudah dipercayai.
 
 
GAYA TIDUR MENGIRING
Gaya tidurnya mengiring sama ada ke kiri atau ke kanan dengan kedua-dua belah tangan di depan badan. Siapa yang tidur dengan gaya ini dikatakan seorang yang berfikiran terbuka tapi pada masa yang sama suka bersikap sinis, jenis yang syak wasangka & degil tanpa mahu mendengar kepada keputusan yang telah dibuat.
 
 
GAYA TENTERA
Gaya ini lazimnya tidur terlentang dengan gaya tangan seperti berpeluk tubuh. Golongan ini dikatakan suka menyendiri, agak pendiam, tidak cerewet dan memandang tinggi pada diri sendiri & orang lain. Golongan ini berpontensi untuk mengalami dengkuran kerana posisi belakang badan yang rata. Mungkin cara tidur seperti ini membuatkan mereka kerap bangun malam tetapi cara tidur seperti ini sebenarnya bukanlah begitu merehatkan.
 
 
GAYA TIDUR BEBAS
Golongan ini suka tidur menyiarap dengan tangan di bawah bantal/ tangan diselubungi bantal & kepala mengiring ke kiri atau kanan adalah dikatakan orang yang kurang suka menerima kritikan. Golongan ini juga dikatakan sukakan aktiviti luar & agak tergopoh gapah dalam tugasan harian mereka.
 
 
GAYA TAPAK SULAIMAN
Gaya tidurnya terlentang sambil tangan/ lengan diletakkan di atas kepala/ dahi dikenali sebagai orang yang prihatin & suka mendengar. Golongan ini juga gemar membantu & tidak suka jika segala perbuatan mereka diberi penghargaan. Boleh dikatakan golongan ini menghadapi masalah dengkur & tidur yang tidak lena setiap malam.
 
 
*credit to ohsyok.com
 
 
 
Haha, aku pun pening mana satu. Takpelah, janji aku bahagia kan..peace!
 
 
 
 





No comments:

Post a Comment