Mari join..:)

Tuesday, December 11, 2012

Round satu Pulau Pinang.

 
 
Ni gambar yang sempat aku capture masa traffic jem semalam. Maklumlah,aku yang memandu, sorang pulak tu maka tak bolehla over sangat jadi pelancong nye kan. Takla macam adik aku Dila masa kami pegi Pahang haritu. Syok sangat nak tangkap gambar signboard Chenor 50 km semata mata nak show off kat pakwenye orang Chenor yang bekerja di Sarawak.
 
 
Aku sebenarnya nak capture signboard yang bertulis Muzium Perang ataupun War Museum tu. Sebab ada gak dengar orang sebut pasal muzium ni tapi tak pernah jumpa lagi. Ni first time pulak aku lalu jalan ni. Saja nak test driving skill aku ikut jalan lama pegi Balik Pulau (padahal aku tak tau pun ada jalan lama,jalan baru. Mak Su yang bagitau pastu hehe) Aku saje ikut jalan Bayan Lepas nak pegi Balik Pulau sebab haritu aku ikut jalan Paya Terubong dari umah Ayah Andak aku terus ke umah Mak Su. Life must not be too boring kan..Ekeke
 


 
 
 
Yang sebenarnya aku menempuh perjalanan ni semalam semata mata sebab nak hantar cempedak dari kampung untuk Mak Su dan Ayah Andak.Gigih sungguh kan?Hehe. Mak aku suruh aku hanta pegi umah Ayah Andak je sebab Balik Pulau kan jauh sikit. Tapi sebab aku kesian kat Pak Su kena pegi ambik pulak, lagipun dah lama tak jumpa Mak Su dan sepupu sepupu aku maka aku pegi la sendiri. Dan lepas tu sebab rumah Ayah Andak lebih dekat, maka pergi rumah yang jauh dulu dan ikut jalan yang tak memerlukan aku untuk patah balik. Haa begitulah ceritanya kenapa aku boleh lalu jalan tu. Macam ada orang kisah.
 
Kalau korang nak tau, jalan Balik Pulau memang scary ok.. Nak nak kalau drive malam. Bagi yang rabun malam dan baru lepas eksiden kat selekoh bulan lepas ni, aku memang kena jadi extra extra extra careful memandu. Lebih kurang jalan Cameron gak. Tapi ada tempat yang lagi curam dari Cameron tu. Dan adik aku cakap, berhantu. Mungkin sebab orang eksiden banyak kot. 3 kali aku lalu jalan ni, semua malam. Dan semuanya berseorangan. Dok berdoa je la aku sepanjang perjalanan.


 
 
Sepanjang dekat 2 tahun aku di Penang ni, aku cuba menempuh jalan yang pelbagai. Selalu juga aku balik kampung ikut jalan lama. Kengkadang ikut Beruas (sekarang dah serik sebab eksiden teruk haritu), pernah ikot Jelapang dan ikut highway Ipoh-Lumut, ikut Kuala Kangsar/Parit, ikot Malim Nawar, ikot Tapah. Dan lagi satu, aku selalu sesat maka secara tak sengaja dah teroka tempat tu. selalu dulu Gemok rajin bawak aku jalan2 yang aku tak biase pi.. kengkadang aku cakap kat dia "orang dah penah lalu sini la" huhu.. Ada kebaikan jugak sesat. Tapi aku belum pernah sesat di KL lagi. Kat Subang, Klang dan Shah Alam pernah dah. Kalau kat KL sesat aku habis duit bayar tol la jawabnye.Huhuhu
 
 
 
Anyway, aku rasa cam dah hampir pusing satu Penang. Sebab Mak su aku tanya semalam, Teluk Bahang dah sampai ke belum?Kalau dah sampai memang dah pusing Penang habis la. Tapi malangnya walaupun dah pegi Batu Ferringhi lebih 5 kali tapi aku tak pasti dah sampai Teluk Bahang belum. Jadi aku Google nak tau.
 
 
 
 
Nampak tak Perkataan Pantai Kerachut tu? I was there camping dengan budak2 Honda dulu! Tapi tak ingat exact date. Rasanya tahun lepas. Yeay!!Mission completed! Huhu. Dah pusing satu Penang bolehla kawin orang Penang.Lalala
 
 
 

No comments:

Post a Comment