Mari join..:)

Sunday, December 2, 2012

Perempuan wajib make-up atau tidak?

Pagi tadi aku baca Metro. Ada satu segmen sebut pasal topik ni. Dia cakap,perempuan camna pun mesti ada bedak kompak dan gincu punya.
What about natural beauty? Ya,semua orang nak nampak ada natural beauty so takdela orang kate, dia ni cantik kalau pakai make-up je.kalo tak pakai,masyaAllah!
Diorang jugak cakap, lelaki yang kata tak suka perempuan suka make-up maksudnya dia tipu. Semua lelaki suka perempuan make-up dan bergaya. Rupa kadang2 jatuh nombor dua.
Benarkah?
Situasi #1
Dulu masa praktikal,aku selalu pakai eye shadow. Benda lain tak pakai. Sekali tu aku pakai gincu. Kaler bright pink. Aku yang tak biasa pakai,mestila orang nampak kan. Pastu lelaki2 tu kata aku nampak lebih elok tanpa make-up.
Situasi #2
Aku dari sekolah tak pandai berbedak. Lepas masuk U,aku belajar pakai bedak kompak. Then room mateku,cik Angela yang sudah tentu lah nampak muka ku lebih kerap dan biasa nampak muka bangun tido aku cakap, "huda, muka ko lagi cantik bila tak pakai bedak"
Situasi #3
Gemok bagitau kak dia dok pakai krim Meiko. Memang bila search kat Google pun orang dok cerita pasal ni foundation terbaik diorang penah pakai. Jadi dia suruh aku pakai.
Tak lama lepas tu,aku pegi interview. Benda pertama dia pesan, "pakai Meiko". Dan bila aku cerita pasal aku failed interview banyak kali sepanjang 2010/2011, dia cakap "sebab huda dulu tak pakai Meiko"
Baiklah,sekarang aku konpius. Perempuan wajib make-up atau tidak?

No comments:

Post a Comment