Mari join..:)

Friday, December 14, 2012

Perasantan.

Aku tetibe teringat kisah masa first year kat unimas dulu. Masa tu aku naik bas nak pegi kelas kat kampus timur dengan seorang kawan. Tak ingat samada Dewi atau Intan. Sampai perhentian seterusnya, sorang mamat yang kategori kacak naik dan dok depan aku. Aku dok belah kanan bas tapi bukan tepi tingkap(paham tak?). jangan risau,dia kacak tapi bukan taste aku. lagipun tengok sekali pun tau dia chinese atau bumiputera sabah sarawak. yang penting bukan Islam. Sampai perhentian kolej Bunga Raya, mamat yg aku usya dari orientasi naik dan dok sebelah dia. Nak dijadikan cita, kerusi dia dok tu agak kebelakang sikit berbanding kerusi sebelah dia, maka aku bole nampak muka dia. aku nampak mamat pertama tadi bisik sesuatu kepada mamat kedua(bole nampak sebab masing2 tinggi area 180cm). Dan mamat kedua toleh ke arah aku (kantoi aku ngah tengok dia). pastu dia tengok depan balik.Tau apa mamat kedua cakap?

"Biase je"

dengan suara yang boleh aku dengar dan nada yang tak berapa best.

Dan yang menimbulkan suspicious, mamat pertama balas balik,

"takde la..aku rasa boleh tahan la.."

dengan nada mempertahankan diri.

paham tak situasi ni?


No comments:

Post a Comment