Mari join..:)

Thursday, December 20, 2012

memilih makan.

Sapa yang kenal rapat dengan aku, tak kenal rapat pun tapi pernah makan dengan aku mesti tau tabiat aku iaitu MEMILIH MAKAN. Banyak benda aku tak makan sebenarnya. Atas satu sebab je. SATU je.


Kalau makan benda tu aku akan muntahkan balik.
 
 
Contoh:
 
 
1. Udang.
 
Aku memang tak makan udang fresh. Maksud aku yang jelas nampak badan dia tu. Kalau belacan, hurmm favourite. Kopok udang pun hentam je. Aku tak suka sangat bau dia. Pastu bila termakan wajib rasa nak muntah. Sebab tu aku elakkan udang. Kalau makan cucur udang, aku akan buang udang kat tepi dan makan tepung dia ja. Raya haritu pegi umah Bella kat Tambun mak dia masak cucur udang. Semua udang aku letak tepi. Tak senonoh kan. Dahla rumah orang. Pasni sah Bella takkan jemput aku datang umah dia lagi. Huhu
 
 
Lagi satu sejak aku praktikal dulu, Canon kan ada banyak gerai kan dalam kafe dia. Ko nak western, mamak, Melayu, Cina suma ada. Tapi aku memang hari hari makan menu Melayu je. Kengkadang je makan mee sizzling kalau teringin. Tapi menunggu nak sampai Klang kebulur le.Aku kan wajib makan nasik tengahari. Kalau aku makan nasi, aku akan ambik sambal belacan. Kecuali sambal habis. Sebab malas nak tunggu. Orang kan ramai. Masa tu badan aku dok gatal gatal. Sampai dua tiga kali aku jumpa doktor pasal gegatal tu. Jadi pastu aku assume aku dah jadi alergik pulak pada udang. Tapi dok hentam jugak.huhu
 
 
Tapi kan, sekarang sudah agak berbeza. Kan aku kerap jugak datang gerai mak Gemok kan. Mak dia jual cucur udang. Sedap memang sedap la. Selain tu mak dia ada jual isi ketam goreng gak. Sebab tiap tiap kali datang mak dia akan potongkan untuk aku makan, maka sekarang aku dah boleh menerima udang dan ketam. Tapi kalau udang seketul seketul macam dalam char kuey tiau tu sori la eh. Confirm tak makan. Kalau pegi makan char key tiau aku akan order tanpa udang dan kerang. Maknanya? Char kuey tiau kosong le.huhu
 
 
Oh ye. Dulu aku tak pandai siang sotong dan udang. Pastu mak aku bising dia cakap "Kalau tak makan udang ngan sotong pun, takkan tak nak tau camna nak siang. Nanti nak masak kat laki camne." Jadi aku belajar. Tapi aku memang tak suka sesi tu. Sebab jejari aku kuku suma gegatal sangat.
 
 
 
2.Benda bercangkerang.
 
Dulu aku makan suma. Kerang yang aku rasa jijik tu pun aku makan. Napa jijik? Sebab orang cakap kerang tinggal kat tempat kotor. Maka kengkadang banyak benda asing yang masuk cengkerang dia dan boleh memudaratkan badan kita. Sama kes dengan siput sedut gak. Dulu aku suka gulai lemak siput sedut. Sekarang? Ambik kuah ja. (Sebenarnya kalau gulai lemak, apa pun isi dia aku tetap akan makan kuah dia dengan nasik.Hehe)
 
 
 Tapi ingat balik masa form 3 kat kampung, boleh kata hari hari aku adik adik ngan sepupu ratah kerang bakar. Hmm


 
3. Ikan
 
Aku suka makan ikan sebenarnya. Tapi yang tertentu ja. Aku tak suka ikan bawal dan ikan merah. Kecuali yang digoreng rangup. Aku memang suka benda yang rangup rangup. Telur dadar pun aku suka yang aku masak sendiri. Sebab garing sikit dan sedikit hangus. Mak aku bising kata tak pandai masak, tapi aku memang suka yang camtu dan biasanya aku goreng camtu kalau aku makan sorang. Kalau masak untuk orang lain aku goreng biasa je. Menu aku dari kecik ikan temenong goreng je. Yang tu pastu tambah kuah gulai lemak,ada sambal belacan sikit aku boleh tambah nasik 3 kali.Ngeh ngeh ngeh.
 
 


 
Masa dok umah mak angkat kat Kampung Semera Sarawak dulu diorang kan nelayan. Jadi lauk diorang memang fresh gila. Masa kami kat sana hari hari depa dok hidang ikan bawal dengan udang. Terpaksa gak telan.Biasa aku makan paling kurang pun nasi penuh satu pinggan. Masa tu aku makan setengah pinggan tak sampai. Balik unimas berat aku turun 2 kg.
 
 
 
4. Kuih Melayu yang manis.
 
Contoh macam kueh ketayap, buah melaka, kuih koci, pau inti kelapa (eh ni bukan kueh Cina ke?) dan sewaktu dengannya aku tak berapa suka. Makan boleh, tapi aku elakkan sebab tekak rasa geli (tak tau nak sebut camna). Tapi tapi tapi aku sangat suka kueh limas. Kueh limas bukan kueh tepung pelita tau.
 
 
Limas.
 
Tepung pelita.
 
Beza antara kueh limas dan tepung pelita ialah tepung yang digunakan.
 
 
 
5. Ayam
 
Aku tak suka sangat KFC. Pernah sekali membe ajak makan kat lua. Dia ingat makan kat mcD tapi last last jadi KFC. Jenuh dia pujuk aku. Siannnn dia.Tak pasal pasal je. Gemok cukup tak berkenan dengan cara aku makan ayam goreng. Sebab aku akan makan satu part je.
 
 
 
kulit yang rerangup tu!hehe
 
 
 
Kengkawan serumah dan sebilik dari sekolah, matrik dan Unimas semua tau tabiat pemakanan aku ni. Diorang cakap untung laki aku sebab nanti tak susah beli makan memahal untuk aku (untung ke?). Oh ye, satu lagi jeruk. Waktu sekolah rendah aku suka asam jeruk ni. Ada kedai runcit sebelah sekolah tu jual asam jeruk. Boleh kata tiap hari makan jeruk. Aku suka makan jeruk betik dan satu asam warna merah ni. Tapi tak tau apa.
 
 
 
 
 
Tapi sekarang memang tak boleh dah. Aku teringat haritu masa lepak umah Gemok pakcik dia dari Parit Buntaq mai bawak jeruk. Pakcik dia offer aku jeruk tu. Jeruk pelam. Aku cakap aku tak suka sangat jeruk. Pastu mak Gemok hidang seafood. Aku cakap aku tak makan seafood.Gatal. Pastu dia cakap "habis tu apa yang hang makan?" Adoi. Kena sebijik.
 
 
 
Orang cakap kalau memilih bab makan, maksudnya semua benda pun dia cerewet. Aku tak pasti pulak. Mungkin ye mungkin tak. Tapi Gemok cakap ye. Ish ish ish. Harapla anak aku nanti tak macam tu. Tak elok bebenor rupenye.
 

No comments:

Post a Comment