Mari join..:)

Tuesday, December 18, 2012

masalah pendiam.

Masa Form 5 kat Taayah dulu, guru kelas aku ialah Cikgu Ain. Beliau ni ajar Add Math,one of my favourite subjects. Ya,one of my favourite sebab yang paling suka ialah Modern Math pastu aku suka Arab.IT pun suke gak.Jadi guna istilah one of.Bagaimanapun result aku biase saje jangan tanye orait.


Satu hari, hari mengambil report card di mana ibu bapa akan datang sekolah berjumpa guru kelas dan guru kelas akan menceritakan segala perihal anak kepada ibu bapa tersebut. Termasuk dengan aku sekali la kan.


Mak aku memang memahami aku sangat. Dia tahu yang akan cikgu sampaikan memang bukan excellent punya jadi dia dah bersedia. Ayah aku atas pagar.kot. Sebab dia tak pernah bebel suh aku berubah ke apa.Dia bagi kepercayaan kat anak dia yang anak dia akan belajar rajin dan perangai elok.


Jadi apa yang Cikgu Ain bagitau mak ayah aku?


(Sambil tunjuk report card) Dia ni belajar ok, tapi pendiam sikit.


Mak aku:Haa dia ni memang camtu.Kat umah pun kalau tanya sepatah sepatah je jawabnye. Susah beno nak bercerita.
(masa tu aku memang ada masalah nak bercerita ngan mak aku.Sebab dia suka cita macam macam pasal aku dengan jiran ngan sedara mara.Sampai aku kengkadang tak suka bila orang datang umah)

Habis perjumpaan aku cakap dengan mak ayah aku, "memangla pendiam.Dalam kelas dia Huda tidoooo je."


Huhu ni la yang kengkawan aku heran dengan aku.Budak ni memang akan sentiasa tido masa Add Math,tapi tak pernah fail pun.Aku tak kate aku genius eh.Pastu balik dari Dewan Makan tengahari tido.Balik prep petang pun kengkadang tido.Malam tido awal. Memang jarang nampak tekun belajar. Masalahnya masa aku tekun belajar je diorang tak tengok aku pun.Camne nak nak nampak.Huhu


Masuk alam pekerjaan,aku memang pendiam dengan bos. Dari Canon praktikal sampai sekarang. Masa kat Honda ja boleh sikit. Itupun sebab bos tu suka datang tempat kami dan merapu bersama membe2 aku.Pastu suka sakat aku sebab Gemok.Mentang2 la Gemok tu ada hubungan sedara mara dengan bini no.2 dia.Heh sebenarnya aku rasa dia tak tau pun.huhu.Tapi masalah ni memang buat bos ingat aku tak tau pape dan tak nak bertanya. Bukan aku tak tanya.Aku lebih banyak bertanya ngan orang yang aku selesa untuk bertanya ja. Dengan bos takkan nak kacau selalu ingat dia takde keja lain nak hadap aku ja.Tapi orang tak paham..Dan aku tak tau camna nak buat orang paham.Sebab PENDIAM kan.Tu belum baca blog aku ni. Sah bukan pendiam.Haha
 
 
 
Masalah ni memang buat aku rasa stres. Sebab boleh effect kedudukan aku sebagai pekerja.Aku kan pekerja maka kena la puaskan hati orang.Kalau keja sendiri lantak aku la kan. Jadi sekarang apa yang harus aku buat??????
 
 
 





 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment