Mari join..:)

Tuesday, December 4, 2012

Mana nak cari idea?

Haa, macam penulis je nak cari idea. Padahal kerja aku sekarang memang takde nak kena wat proposal ke ape. Dulu yelah, asyik tulis report eksideeeeen je.Pastu tengok aurat lelaki (part kena eksiden) tu sebab nak kena tunjuk kecederaan dialami pada Big Boss. Setiap kali buat report kena buat countermeasure tu yang pening tu orang ingat keja aku senang ke.ish ish ish.Takpelah, cerita lama.


Aku sebenarnya bercita-cita untuk menjadi penulis. Sebab aku memang suka tulis. Dulu masa sekolah menengah aku boleh rajin gila salin buku rujukan. Buku rujukan Sains lak tu. Sampai kawan aku tanya, kenapa buat nota camni? Huhu bukan nota ringkas dah tu.


Pastu, ingat lagi cikgu Sejarah masa Form 2, Cikgu Suhaimi. Dia suruh kami buat nota ringkas yang mengandungi isi-isi penting yang wajib hafal untuk pekse yang dia sebut kat tepi buku tulis.


Lipat camni.
 
 
*Kredit to Google Image.
 
Haa,aku memang selalu miss apa yang cikgu sebut jadi selalu tinggalkan ruang sikit pastu masa prep petang ke prep malam ke salin balik kat kawan2 yang sempat tulis semua. Kalau tak silap aku,mangsa masa tu ialah Norli. Kesian la kat dia ni. Dulu kalau tak siap keja sekolah pun copy dia. Aku ni biaselah, titikberatkan kerja sekolah Math je. Subjek lain jadi anak tiri. Jadi bila cikgu mintak barulah teringat ada kerja sekolah rupanya. Rasanya Cikgu Rosanita Cikgu BM lah selalu jadi mangsa penganaktirian aku dulu masa form 3.mesti dia benci aku masa tu.-.-
 
 
 
Selain dari tu, kalau aku sedih atau tak puas hati atau ada benda yang dok dalam fikiran aku tapi aku takleh cerita kat orang, aku akan cari buku dan tulis semuanya. Jadi bila ada kawan jahat yang curi buku tu, memang memalukan..=.='
 
Sebab ni la, aku ada 7 buah buku nota pelbagai fungsi. Hehe
 
 
Sekarang ni, aku bercita-cita ingin menulis untuk kegunaan orang yang membaca. Macam tagline aku tu: "Gadis biasa yang ingin membuat jasa.." Haa, aku tau aku ni bukanlah berguna sangat. Tapi aku taknak orang lain jadi macam aku.Hihi
 
 
Masalahnya tu lah, mana nak cari idea?Nak tulis apa?
 

 

 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment