Mari join..:)

Monday, December 10, 2012

mak mertua cerewet.

Seperti biasa kalau aku balik kampung hujung minggu, aku akan bertolak balik Penang dalam pukul 5 pagi camtu. Sebab aku rasa rugi masa di kampung kalau balik malam Ahad. Masa mula beli kereta, aku rajin juga balik petang Ahad. Tapi jem teruk! Memang tak suke.Pagi dahla sejuk. Pastu tak banyak kete boleh bawak laju laju.Huhuhu...


Jadinye, malam haruslah tidur awal supaya tidak malas bangun keesokan paginya. Kunci jam siap siap pukul 3 dan akan diset semula ke pukul 4 selepas dikejutkan oleh alarm pukul 3 pagi.Hehehe.. Sudah jadi kebiasaan kan. Maka samalah pagi tadi begitu juga keadaannya.


Aku tidur lepas bebas di depan tv (buruk benor) seperti biasa dan terjaga beberapa kali sebelum benar-benar bangun. Dan waktu itulah ya waktu itulah aku bermimpi. Aku bermimpi aku sudah berkahwin dan memiliki mak mertua yang cerewet!HomaiGod~ tidak!!! Sebelum ni aku, mak dan mak teh pernah berbicara mengenai Gemok. Gemok kan orang Penang. Mak teh ku ni pula suaminya orang Aloq Setaq. Jadi dia cakap dengan aku: "Haa, mak mertua orang Penang ni cerewet sikit. Kena pandai masak tau" Lepas tu mak aku cerita la yang aku ni dah kerap sangat ke rumah Gemok. Muka tak malu..tsk. Tapi mak Gemok memang sangat baik. Lagipun anak perempuan dia pun tak pandai memasak sangat sebelum kawin. Maka mungkin lah,mungkin dia tak kisah menantu pun camtu. Ekeke confident je. Macamla die nak wat aku menantu..sobsss





Yang pelik nya pasal mimpi tadi, aku macam tidur tidur ayam je. Sekejap jaga,sekejap tidur. Dan mimpi itu bersambung sambung. Buatkan jantung aku masa tu memang degup laju. Siap buat mind reminder nak tulis benda ni kat status Facebook. Mujurlah tak jadi. Buat malu je. Citer kat blog takde orang baca sangat. hehe.
 
 
Sebenarnya, dari sekolah ke matrik aku dok dapat mimpi di mana aku tidur dan esok paginya aku jaga, ada ahli keluarga ku cakap dengan aku "today is your wedding day" ataupun aku sedar je, aku teringat yang tu adalah wedding day aku.. Banyak kali tau. Dan lelaki dalam mimpi tersebut bukanlah dalam list orang yang aku pernah angaukan. Pernah sekali aku mimpi kena kawen dengan pelakon indon yang aku tak suka. Memang meronta-ronta la jiwaku masa itu. Aku ingat lagi, dalam tu aku dah nak menangis dah tapi tak kuar air mata pun.

dia ni la.
 
Pernah juga, mimpi berkawen dengan seorang kawanku yang memang tak terlintas langsung boleh masuk mimpi. Yang aku herannya, lelaki yang aku suka memang masuk mimpi aku, tapi selalunya dalam tu diorang memang dingin habis ataupun kami bergaduh. Apakah?
 
 
 
Mimpi aku dari dulu memang membingungkan. Lepas kawen kot baru hilang.

No comments:

Post a Comment