Mari join..:)

Wednesday, December 19, 2012

Lelah seorang guru.

Start dari bulan April haritu, aku jadi home tutor di Penang. Maksudnya aku akan pergi rumah student untuk mengajar.Sorang je student aku pun. Dia calon PMR tahun ni. Perempuan.Nama dia Ina. Ayah dia kontraktor.Mak dia ada company sendiri. Dia anak sulung. Subjek yang aku ajar Math sahaja. Kelas kami setiap hari Rabu dan Jumaat jam 8-9 malam. Bayaran? Rahsia.
 
 
 
Dia ni manja sikit. Adik beradik kan 3 orang ja.Dia mintak apa suma dapat. Jadi bila part belajar pun susah sikit. Tak nak buat latihan banyak sikit. Kadang kadang tu dia cakap dengan aku jangan datang. Waktu tu mood tak baik la tu. Aku balik keja memang terus pegi sana. Sebab kan kena lalu Jambatan Pulau Pinang kan. So dari kilang aku lagi dekat. Kalau balik rumah sewa dulu kira macam membazir minyak je sebab dah macam patah balik. Jauh juga nak g Penang kan. Dalam 30 minit sebab aku slalu bawak ilek ilek je.
 
 
 
Kenapa mak dia amik guru tuisyen untuk anak dia adalah sebab anak dia dapat D untuk exam awal tahun. Jadi dia risau. Dan tugas aku ialah bagi dia dapat A. Ya, I tried my best. Aku cuba inspire dia dari kisah benar aku dan sebenarnya agak sukar juga sebab dia tak minat langsung. Yang hairannya, dia minat Sejarah!
 
 
 
Tapi masa PMR dah makin dekat, kelas-kelas terakhir kami. Dia cakap dia nak jadi doktor. Dan bila dah jadi doktor nanti, dia nak hantar kad setiap tahun bertulis "You are my best teacher". Dia siap tunjuk sign yang dia akan guna nanti. Hurmm aku hampir menangis terharu masa tu. Dan dia jugak cakap kalau dapat A dia nak belanja aku KFC. Tapi aku tak nak. Aku cakap nak Old Town.Haha
 
 
 
Harini mak dia mesej aku. Mak dia cakap dia tak dapat A.Dapat B ja. Mak dia cakap terima kasih ajar anak dia. Mak dia jugak cakap "Harap results ni boleh bagi kesedaran untuk dia berfikir rentang nilai kehidupan" Aku happy juga. Sebab aku tau saat akhir nak exam, dia memang struggle. Aku rasa lelahku sedikit terbayar dengan kejayaan dia. Old Town takde kot.Hehe.Tapi aku gembira sebab ini first student aku. Semoga dia berjaya di masa depan. Amin.
 
 
 
Takde gambar.
 
 
 

No comments:

Post a Comment