Mari join..:)

Thursday, December 6, 2012

Lagenda Budak Setan 2: Katerina Movie Review

Macam aku cite dalam entri sebelum ni, aku nak tengok movie ni sengsorang. Sekali lagi jadi orang sedih. Tapi kalini lebih mencabar sebab hari Rabu. Hari manusia berduyung duyung tengok wayang. Aku dah book tiket siap siap maka perihal tempat duduk tidak menjadi masalah dan aku pilih tempat yang kurang best dari Istanbul Aku Datang haritu.tapi masih di tengah.

Masa google nak book tiket aku terbaca satu review yang menyatakan cite ni agak tak seronok. Katanya lagi pengarah prob dan watak Hisyam pelik sangat sebab asyik jerit. Lebih kurang camtula dia cakap. Takpe. Itu hak dia. Tapi aku sikit terpengaruh.

Makanya, sebab aku dah baca novel tu dulu dan penulis kata filem ikut novel dalam 75% camtu maka sepatutnya aku dah tau jalan cite. Tapi malangnya tak. Sebab khusyuk tengok maya karin kot. Ya memang cantik sungguh makhluk Allah ni. Tapi sori aku ternampak beberapa ketul jerawat kat bahagian belakang badan kat bawah rambut dia. Sori eh ternampak. Dan bagitau orang pulak. Cuma aku dok teringat.hehe.yang penting watak memang sangat sesuai dengan dia. Watak mama dia pun pandai diorang pilih sebab agak seiras.

Aku agak tak puas hati dengan watak Hisyam sebab dalam novel dia gay. Tapi dalam movie tu tak berapa nampak gay dia tu. Macam diorang nak kata yang dia bukan gay sebenarnya, cuma gila.hurmm..

Watak Kasyah memang kesian. Memang aku nangis sungguh sungguh sejak 5 minit pertama cerita bermula. Ni la yang syok tengok sorang sorang. Kalo tengok ngan membe malu la nak nanges.kalo tengok ngan pakwe malu je hingus meleleh.hehe.oh ya.dalam panggung tu kira aku dok depan sekali maka memang takde sape mungkin nampak rupa aku masa tu.hehe

Benda yang buat aku terkejut ialah part Lily muncul,abang dia hisap dadah dan ada pistol, kasyah ada orang gaji,kate kawen ngan hisyam dan athirah mati. Aku rasa aku tak habis baca ni. Pelik jugak sebab aku biasanya akan habiskan baca buku ape pun.

Alamak, sape yang tak tengok lagi mesti bengkek je ngan aku kan.huhu sowie

Anyway ending dia tunjuk thriller untuk Lagenda Budak Setan 3. Aku jarang tengok thriller tapi dah orang tunjuk tengok jela kan.. Ada Iqram Dinzly!!! O mai God o mai God...i loiiikkkkkkeeee.. Tapi tak pasti watak ape.tapi macam watak laki pukul pukul pompuan je oh nooooooo...

Huhu sekian review. Harap review ni better dari review mengarut sebelum ni. Dah cuba sedaya upaya ni. Dahla post pakai fon je..-.-

No comments:

Post a Comment