Mari join..:)

Wednesday, December 19, 2012

ini entri marah.

Aku jarang tak puas hati dengan benda. Apatah lagi nak bagitau orang yang aku tak puas ati. Tapi sebab sorang minah poyo sebelah aku yang menunjukkan sindrom andartu walaupun tak tua pun aku jadi cepat naik angin. Dari aku mula masuk dia dok cakap kasaq dengan aku. Aku taula dia pengalaman dari aku,dia kena ajar aku. Tapi aku cakap leklok,tanya leklok dia main sukati je tak fikir intonasi dia. Pastu bila aku diam dia suruh aku tanya pulak. Ingat aku tak de perasaan ke. Orang dah biasa ngan kau bolehla. Lagipun dengan orang lain dia cakap elok je. Dalam department ni kami 2 orang ja Melayu. Jadi aku tak nak la complain pasal dia. Ingat aku ape.Kuli dia.


Aku cita kat student aku ngan kawan baik aku Cik Fizah ja. Student aku cakap dia tu ada something wrong. Fizah pulak cakap yang minah tu rasa tak selamat (insecure) sebab qualification aku lagi tinggi dari dia. Aku tak pernah selidik pun dia belajar takat mana. Dan malas nak ambik tau pun. Pagi tadi aku biar je beberapa kertas kat almari sebelah meja aku. Memang banyak dokumen aku taruk atas tu pun.Pastu dia kata aku suruh dia yang hanta.What the fish. Aku bukan letak atas meja dia pun. Kalau letak atas meja dia baru la kata suruh dia hantar kan. Ni tah hantu mana rasuk dia tah. Suka hati mulut dia ja kan cakap apa pun. Memang meluat betul.


Haritu aku cite ngan dia salah satu company customer kami dok buang pekerja. Pastu dia cakap "Pi la mintak keje situ" Macam apa ja kan.


Masa mula dia lepas kerja kat aku, dia complain pasal cara aku susun benda atas meja aku. Napa taruk sini. Ni napa taruk situ. Sukati la meja aku kan. Bukan aku semakkan pun atas meja dia. Lagipun tak bersepah pun. Helo,aku dulu jaga 5S ok. Sebelum balik keja pun aku biasa kemas meja dulu.


Ada sekali kan. Aku buat satu kerja ni tanpa bagitau dia. Yela dah dia sendiri cakap tu keje aku. Aku buat la.Pastu dia tak puas hati. Sebab kertas tu ada pada dia. Napa sukati buat. Padahal soft copy ada dalam email kot. Sama ja. Aku cakap leklok la. "Ada dalam email kan order".Pastu dia hempas kertas tu atas printer sebelah meja aku tu. Aku bara la. Aku cakap elok2 kot. Nada pun rendah dan tak kuang ajo. Pastu hari hari kemudiannya dia letak order atas meja cakap "Buat!" Amboi macam bos plak.


Aku memang jarang marah tapi sejak berapa bulan ni aku mula tunjuk kemarahan aku.Sebab aku tak nak kena pijak kepala.Sebab selama ni aku memang diam, orang buat apa pun tak pela redha je, maka orang dok buat aku sukati dia ja. Bila aku marah, macam gunung berapi meletus. Nasib kau lah. Silap haribulan, mau kena penumbuk. Aku tak pernah buat lagi kecuali masa latihan silat dulu. Nak merasa dipersilakan.Sekian entri marah.


No comments:

Post a Comment