Mari join..:)

Tuesday, December 4, 2012

Beli barang online.

Dulu aku pernah pergi preview satu MLM yang famous ni atas jemputan seorang kawan. Masa tu, panel tu ada cerita pasal beli barang online ni akan jadi trend pada masa depan. Sebab sekarang ni semua budak kecik dah memang ke arah online things ni. Tapi sebab diorang belum ada kuasa membeli, maka ia belum betu-betul rancak lagi. Lebih kurang camtu lah k. Tak berapa ingat dah.


Benda pertama aku beli online ialah:

1.
Shawl.
 
 
Masa ni aku kat UNIMAS lagi. Tak taulah tiba-tiba ja teringin nak pakai shawl, pastu tak suka pilih-pilih kat kedai or pasar malam so beli online je. Satu shawl tak mahal pun, dalam RM10-15 je. Tapi sebab masa tu dok Sarawak, kos pos pun dekat nak sama dah dengan harga shawl tu.
 
 
 
 
2.
Samsung Corby
 
Ni handset Samsung keempat aku. Masa ni aku kerja dah. Tak tau kenapa tiba-tiba rasa nak beli handphone online. Buat nye kena tipu, tak ke naya. Dah la harga pun RM300++..-.-
 
Ingat lagi, aku buat alamat kampung. Sebab aku tak yakin nak hantar ke rumah sewa aku. Maklumla dok flat ni payah sikit. Takut tak sampai. Sebab company yang post ni tak pakai Pos Malaysia, maka despatch yang kena hantar barang ni terpaksa la cari rumah aku dengan bersungguh-sungguh. Bukan nak kata Pos Malaysia tak bagus, cuma dulu aku pernah la pos beberapa kotak dari UNIMAS masa nak habis belajar dulu. Takkan nak angkut semua naik flight kot. Jenuh aku nak bawak naik bas dan ketapi nanti.-.-
 
Maka nya, aku pos dan sampai kat rumah dah berminggu barulah Pos Malaysia call suruh amik barang kat Pejabat Pos Tanjung Tualang. Guna kapal laut kan mestila lambat.Hehe. Maka terpaksalah ayah aku pergi ambik kotak2 tu kat pejabat pos.Jadi aku assume, kalau hantar barang (selain surat) maka kena pegi Pejabat Pos Tanjung Tualang ambik.
 
Sambung cerita balik. Sebab rumah aku ni payah sikit la nak cari sebab kampung kami kan ceruk sikit. Maka berapa kali la dia dok call tanya rumah katne.Masa tu pulak aku kerja. Kalau aku kat rumah aku dah pergi jemput la dia kan.
 
Akhirnya dia jumpa rumah aku dan hantar barang tu ke tangan mak aku. Memang gigih despatch ni aku memang kagum sayang tak nampak muka maka tak bolehla cerita dia hensem tak kan (eh eh tetiba).
 
Aku balik kampung je,mak aku cakap ada bungkusan sampai. Tak taulah ape. Tapi kesian orang yang hantar tu sebab barang kecik je tapi kena susah payah anta. Pastu aku cakap, handphone tu. Then mak aku kata,"Hai, beli handphone pun nak pakai pos. Nape tak pegi kedai je?" Haa kan dah kena. Aku malas la nak cakap yang aku saja nak test beli handphone pakai online ni boleh caya tak. Macam kaya ja kan, nak test benda camni. Huhu
 
 
Amboi, panjangnya cerita beli handphone je.Ape yang aku nak sampaikan ialah, beli handphone online ni selamat, cuma kena check kedai yang jual la. Sebab aku dah tengok dulu kedai tu nampak reliable. Kalau kat Mudah ke, yang orang jual second hand tu kena pikir banyak kali. Sebab admin bukan boleh check semua betul ke tak kan.
 
 
3.

 
Ni barang ketiga yang aku beli online. Beli kat Facebook dari seorang bekas senior sekolah dulu. Tapi rasanya dia tak kenal aku pun.Hehe..
 
 
Masa ni,aku dok pikir nak bagi apa sebagai hadiah hari lahir untuk anak sedara Gemok. Sebab Gemok tak nak kuar dengan aku(sob sob) beli hadiah, maka aku cari online la nak cari idea. Maklumla aku tak pernah belikan apa-apa untuk baby perempuan maka konpius la sikit. Suruh dia pegi survey, dia cakap beli itik mainan kot. Aku cakap, tak nak lah nanti abang dia lenjan. Aku cakap lagi,aku takut nak beli sebab takut kakak dia tak berkenan dengan hadiah tu. Tapi dia cuma cakap "asal ikhlas dahla..."
 
 
Mula2 aku nak beli kasut baby. Memang comel tapi sebab dia dah umo setahun maka tuan kedai tu kata tak elok dah dia nak pakai.Maka aku ingat nak beli headband.
 
 
Sebab anak sedara dia ada 2 orang perempuan,maka aku beli untuk Alia sekali. Sebab compare dengan Qaseh, aku lagi rapat dengan Alia. Jadi tak nak lah dia terasa kan tak dapat hadiah. Padahal aku pass hadiah tu dekat mak Gemok masa tu diorang takde pun. Hehe
 
 
Lepas sebulan kot, aku pergi Sungai Petani untuk interview. Dalam perjalanan balik, aku terfikir nak singgah umah Alia kat Tasek Gelugor. Masa tu, Kak Ilah cakap dia baru balik dari umah mak petang tadi dan baru dapat headband tu. Mujurlah, Alia suka. Qaseh, aku tak tau pulak.
 
Anyway kak Sue, memang cantik headband tu.
 
 
 
 
 
Haa ni nak promot beg. Sapa yang nak beli boleh email saya miz_udez8@yahoo.com.my..:)
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment