Mari join..:)

Tuesday, December 18, 2012

Azam sebelum Kiamat (21.12.2012)

Ceh.Entah sape sape la yang boleh buat fakta yang kiamat 21/12/12 ni.Auta sungguh!Allah je tau bila kiamat.Kite mane mampu ramal ke ape.Ceh tetibe intro camni.nampak sangat takde keje harini.
 
 
Aku cuma nak buat azam baru je tapi sebab tunggu tahun baru lambat.Lagipun tak elok tangguh tangguh benda baik sebab nanti lupa dan malas dan bermacam alasan lagi maka baik start harini.
 
 
Sebab muka aku memang dah sedia horrible disebabkan ada parut masa kecik pastu parut dari chicken pox masa umur 20 tahun aritu, tambah dengan parut jerawat.Dan sekarang ni pulak, pore yang besaq alam serta black heads kat hidung yang sungguh horrible. Aku yang sedari dulu malu tengok cermin sekarang lebih malu lagi.
 
 
Dari kecik aku memang bercita-cita nak laser parut susu di muka ku itu.Ramai ingat birthmark tapi sebenarnya bukan. Jadi aku boleh buang.Harus hukumnya.Tapi tapi tapi kos tinggi dan aku baru found out yang laser itu menyakitkan. Rupenye...Dan Doktor Sharul jugak cakap, satu pakej RM 3-4k untuk 10 ke 12 sesi dan mungkin kena ambik pakej ke-2 jika tak hilang juga. Maka nya--> K.I.V dulu lah cita-cita itu.
 
 
 
Opah ku or makcik ku ada cite ngan aku, minyak kelapa dara or Virgin Coconut Oil berkesan.Ada kenalan diorang pakai dan elok.Maka aku pernah cuba 2-3 kali buh kat muka.I dont like the smell. Dan sebab pakai 2-3 kali je pun,tak leh kata berkesan tak. Yang tu pun nak K.I.V juga sebab tak ready nak bagi komitmen.Wah gitu.
 
Tak silap aku brand ni la yang aku pakai tu. Kalau tak silap ok.Banyak brand yang boleh dipilih sebenarnya.Tapi tak tau mana bagus. Sapa tau boleh habaq mai kat cheq.
 
Yang ni aku beli masa promotion.Tak sampai RM40. Bodek ayah.Hehe.Bagus untuk buang sel kulit mati.Lepas pakai rasa licin ja kulit.Kalau tak bila usap macam tersekat-sekat sikit.Huhu
 
 
Disebabkan krim tiada yang benar benar berkesan (yang dimampui olehku sebenarnya) maka mula dengan cara yang murah dulu.Jadi azam nya ialah start harini kena minum air 8 gelas sehari.Selama ni, pagi aku akan minum air sebelum pegi kerja dalam 2-3 teguk. Pastu sampai tempat keja bancuh nescafe 3-in-1 satu mug. Pastu sepanjang hari minum sikit-sikit tapi tak sampai satu botol 500 ml pun. Maka satu hari boleh kata aku minum dalam 2 gelas je. Itupun bukan benar benar air kosong.
 
 
Jadi, start jam ini 4.32 p.m aku kena habiskan satu gelas sebelum pukul 5. Pastu jam berikutnya kena habis satu gelas lagi. Takleh minum banyak sangat sebab petang ni nak tolong mak Gemok niaga. Nanti susah nak pegi toilet.
 
 
Okeh,sekian saja azam baru saya.
 

No comments:

Post a Comment