Mari join..:)

Monday, December 31, 2012

First Class Review

Baru balik dari first class. Huh. Tak la jauh sangat. Dalam 20minit ja.Tapi masa pegi tadi sejam lebih baru sampai.

Mak student nampak sangat muda okey. Dahla cantik. Masa nampak dia memula macam 20an je.Sekali anak sulung pun dah 20++ apecer.

My student jenis pemalu.Rasa macam tak pernah jumpa ja lelaki pemalu?ekeke

Overall aku rasa ok. Mak student sangat peramah.Siap ajak aku tidur umah dia lagi kalau habis tuisyen lewat malam.

Dan mereka sangat humble macam family first student dulu. Kat penang ni kalau dok rumah teres kira kaya la. Mahal kot rumah sini.

Doakanla probation aku tamat dengan jayanya k.Aminnnnn

First Class.

 
 
Japgi aku nak bergerak dah ke rumah student. First two boy students. Dahla first time nak ngajo student lelaki,sekali dapat 2 orang pulak. Nervousssss mak.Kalau hensem camne?Adakah lidah akan kelu?amboiiii gatal sangat cikgu ini.
 
 
Harapla segalanya berjalan lancar. Susah ada probation ni. Nak nak pulak student lelaki. Rajinnya bukan main lagi.
 
 
 
 

Nak balik kampung ke tidok?

 
 
Haih.Benci la cuti jenis sehari sehari camni.Harini kerja.Esok cuti sehari.Esoknya kerja balik. Teman nak balik kampung pun pikior dah berapa kali ni. 20 kali lebih dah fikir ni. Balik macam sekejap sangat. Tapi kalau tak balik,nak buat pe esok ni? Haih.
 
 
IDEA!!!!!!COME TO ME!!!!

Pure Marine abouts.

 
 
 
 

 
Khasiat-khasiat.
 
 
 

Rupa rumpai laut tersebut setelah dibersihkan.


klik sini untuk maklumat lanjut yang lengkap habis. Pemalas sungguh kan penulis ini.Hehe

Cendol ubat tidur.

 
Sabtu lepas. Aku tidur umah Fizah malam sebelumnya. Jadi seperti biasa kami mesti nak kuar sebab jarang jumpa kan. Jadi kami menuju ke Prai.
 
 
Sampai Sungai Dua, Fizah call kawannya tanya pasal cendol dan Pesta.
 
 
"U, katne cendol yang sedap?Teringin ni"
 
 
"Maklom? Haritu dah makan tak marvellous pun"
 
 
"Yeke sampai beratur?Tak pernah nampak pun.Lagipun tak la sedap mana"
 
 
"Jomla pi pesta.Udez nak pergi..."
 
 
"Ok,nanti kalau jadi call eh"
 
 
 
Begitulah perbualannya.
 
 
Jadi kami menuju ke Maklom.
 
 
Sampai sampai, kedai macam nak tutup. Diorang ngah kemas kemas.
 
 
Tapi diorang still amik order.
 
 
Sebab dah last customer, leh tambah jagung, gula ngan ais extra.
 
 
 
Cendol ubat tidur.
 
 
 
Taw kenapa kitorang panggil cendol ubat tidur?
 
 
 
Lepas makan,kami pergi Pacific. Cik Fizah nak beli handbag. Ada sale kan.
 
 
Sambil dia memilih, aku yang berdiri tepi kaunter hampir terlelap. Dalam keadaan berdiri. Cik Fizah pulak masa aku nak masuk parking, dalam keadaan kami sedang bersembang, hampir terlelap. Apakah?

Kenduri Kawan Baik.

 
Tetiba nak share gambo yang sedikit.
 
 
 
Kaki yang kena timpa troli. Penyebab ragu ragu nak drive ke S.Petani
 
 
 
 
Mihun goreng sedap dimasak oleh Makcik Fuziah. Hiasan by bestfriend, Cik Fizah.
 
 
Pizza sedap buatan sepupu Mak cik Fuziah. Sedap gila dan murah. 2 kotak kek penuh baru RM35.
 
 
 Selesai. Sekian entri makanan.^_^

Sunday, December 30, 2012

Akibat post azam tahun baru.

Haritu aku ada buat entri "dipaksa buat azam tahun baru" kan. Pasal pompuan materialistik atau tak tu.

Guess what.

G tetiba rajin mesej aku. Dan dia cakap dia suka ayat terakhir dalam status itu. OMG.

Kalau aku single aku gembira dah...

Soft spoken man.

2 malam sebelum ni aku tido umah Fizah. Kan ayah dia sakit. Jadi Jumaat malamnya dia ajak aku datang umah sebab diorang nak wat bacaan Yassin.

Mulanya aku dok ragu ragu nak pi ke tak.sebab kaki sakit kan.tapi pastu aku redha je.kate kawan baik kan...

Tapi aku tak bagitau dia nak gi.hehe.Saja nak wat dia terharu.

Aku cerita kat Fizah pasal G yang aku suka masa matrik tu. Gemok kan jeles sangat dengan G. Pastu aku cakap kat Fizah. Weh ada persamaan la G dengan Gemok.

Dua dua jenis soft spoken.

Pastu aku tanya Fizah.

Aku ni soft spoken tak?

Hang memang la soft spoken. Aku ni, loud spoken.mampusla..

Oh.orang soft spoken sesuai dengan soft spoken jugak..:)

Friday, December 28, 2012

Wasiat bapa.


Tadi kawan baikku Fizah call. Dia bagitau dia dah ada kat umah dia kat Sungai Petani nun.
 
 
Heran. 
 
 
Katanya nak ajak aku tido umah dia pastu nak keluar sesama esok. Tapi tetiba balik awal.
 
 
 
Rupanya...
 
 
 
Ayah dia sakit. Malam tadi dah nazak.Adik dan mak dia call malam tadi suruh balik.
 
 
 
Dia cakap dengan aku
Fizah: Datangla umah aku malam ni.Aku buat bacaan Yassin.
Aku: Alamak. Kaki aku sakit. Camne nak gi sana...Lagipun aku tak leh baca
Fizah: Hang datang cuci pinggan dahla
Aku: Suh la kak ipaq hang cuci.
Fizah: Abang aku mana de sesapa.Ke adik ipaq?
Aku: Mane-mane lah.
Fizah:Weh,aku sedihla. Ayah aku cakap,"Abah sedihla takde anak abah yang dah atau nak kawin"
 
 
 
Sian pakcik.
 
 
 
Aku bagi cadangan kat Fizah,
 
 
"Hang post je kat group Facebook budak Taayah- Sapa nak kawen dengan abang aku"
 
 
Fizah: Oo..pastu budak Taayah la jadi kak ipaq aku?
Aku: Ok ape hang dah kenai..;)
 
 
 
 
Sian Fizah. Sian pakcik Shaharuddin.
 
 
 

Kena test dengan mak mertua.

 
Semalam kat gerai kan. Lupakan pasal kaki yang sakit itu. Kena test dengan mak mertua.
 
 
Dia pergi gerai depan sebab tak de customer. Dan dia pun nak borak borak sambil korek maklumat pasal peluang niaga dekat kilang sebab tak larat nak niaga macam sekarang ni.
 
 
Lepas tu...
 
 
Customer datang...
 
 
Aku layan jela potong potong kuih semua. Gigil tangan aku. Aku tak suka orang tengok aku wat keja sebenarnya. Dari tau terus jadi tak tau. Entah camne rupa la aku potong kuih semua tu.
 
 
Sampai la tetibe ada customer mintak air bungkus. Kalau buh dalam cawan aku ok je.Tak susah pun. Tapi bab bungkus ikat tepi aku lemah sikit. Tang masuk air ok. Tang ikat tu yang tak boleh. Confirm berterabur nanti. Jadi aku gamit mak cik.Hehe
 
 
Lepas tu makcik duduk sebelah aku tak pergi merantau dah.Aku cakap la, "tadi potong kentang tu macam ape je. Potong tauhu takpe senang je.Hehe"
 
 
Pastu makcik cakap ape tau.
 
 
 
"Nampak dah tadi. Tapi saja ja biar nak tengok Huda buat."
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Jumaat Jiwang.

 
"Don't choose the better guy. Choose the guy that's gonna make you a better girl.”
 
 
Quote dapat daripada blog si cantik ini. Dah curi quote orang dan dan nak puji. Takla, ikhlas ni. Betul.
 
 
Kalau tanya pompuan yang dilamun cinta, mesti diorang cakap pakwe diorang membuatkan diorang rasa lebih bersemangat nak hidup, rasa lebih cantik, rasa hidup lebih indah la dan memacam lagi. Pastu diorang buat kita tahu apa yang bagus tentang diri kita (kalau tak,takkanla dia nak kat kiteeee kannnn), apa yang kita kena buat untuk jadi lebih baik.
 
 
Ada quote lain lagi,
 
 
You don't have to be everything to everyone; you just have to be something to someone...
 
 
Haa, mood jiwang petang Jumaat ni.
 
 
Maksud quote ni, asalkan kita ni istimewa bagi seseorang cukupla. Sebagai perempuan, kalau nak kawin sebaiknya lelaki yang lebih sayangkan kita dari kita sayang dia. Jadi lelaki kena la berusaha bersungguh-sungguh kalau nak sorang pompuan tu. Pompuan buat endah tak endah sebab nak test je.Atau sebab dah ada yang punya. Tu ja. Jadi jangan cepat menyerah.Cey tetiba ayat pakar motivasi.Tadi bomba.
 
 
Dan pompuan,kalau lelaki tu layan ala ala kadar je baik jangan berharap langsung. Kalau nampak dia bersungguh sungguh tu baru boleh berharap okey. Peringatan untuk diri sendiri juga ni.
 
 
 
Sometimes I run, sometimes..Sometimes I hide, Sometimes I'm scared of you..But all I really want is to hold you tight...
 
 
Haa ni bukan quote jiwang sebenarnya.Tapi lirik lagu Britney Spears.Aku suka lirik lagu ni. Sebab sama dengan aku. Aku memang payah nak terima orang kan. (tetibe promot diri) Jadi kalau aku boleh baik ngan sorang laki tu,maksudnya laki tu jenis sabar la. Aku malas malas nak layan orang sebenarnya. Hari pertama ok. Masuk hari kedua aku mula malas. Pastu aku diam terus. Kalau dalam seminggu ke 2 minggu ke, dia cari aku lagi lepas tu baru la aku layan dia ok.Aku perlu masa. Boleh tak camtu? Huhu
 
 
 
Breaking heart seems funny to the one who never know what is love but seems a disaster who really knows what is love !
 
 
Truely agree.Dulu aku dok dengar kes orang putus cinta. Aku fikir "ape ade hal". Pastu masa aku kena baru taw. Padan muka diri sendiri.
 
 
Treat her like a princess.
Nothing more nothing less.
 
 
I wish so.

31 Disember tak cuti.

Untuk pengetahuan sesapa yang tak sedor hari (including me), 1 Januari 2013 jatuh pada hari Selasa ya. Dan disebabkan 31 Disember 2012 ialah Isnin, aku dengan bijaknya assume 31 Disember adalah cuti. Sekurang-kurangnya untuk company kami la. Sekali?
 
Tak cuti.
 
 
Hampeh.
 
 
Kedekut cuti.

Effect daripada Bad Day.


 
Semalam kan bad day aku kan. Yang kaki aku kena hempap troli tu.
 
 
 
Aku pun mencari la minyak gamat semalam sebab takut berdenyut denyut pulak malam nya tu. Aku benda camni memang jarang ada. Panadol dan plaster ada la. Alhamdulillah ada member sorang bawak. Maka boleh buh plaster. Aku rasa macam esok lusa ok la ni. Aku kan clumsy memang biasa la cedera ni. Pastu salah aku jugak sebab tak pakai safety shoes kan.Masa tu aku pakai selipar. Apakah? Dulu jaga industrial safety dok ceramah kat orang suh pakai PPE sekarang sendiri yang tak pakai PPE. Memang nak kena la.
 
 
 
Tapi semalam, sebab nak mengelakkan orang yang buat tu rasa bersalah. Aku buat buat macam takde ape. Dan rasanya macam ok dah.
 
 
Tapi tak setel lagi masalahnya.
 
 
Aku semalam balik kerja pegi gerai jugak. Gigih sungguh. Pastu semalam budak budak tu main api. Dalam pukul 10 camtu diorang dah padamkan dah api tu. Tetiba marak balik. Walaupun tu tanah kosong, tapi kalau merebak ke kilang berdekatan camne kan. Sape pulak nak bertanggungjawab tu.
 
 
Jadi aku jadi bomba jap dengan adik dan sepupu Gemok. Bila memijak aku rasa belah situ membengkak dah. Adoi mak. Mula mula pakai air. Tapi tak jalan. Sebab orang yang nyalakan api tu buh minyak. Buh pasir baru ok. Huhu bomba sangat. Tu pun nak cite.
 
 
Pastu kaki dah makin sakit. Keta aku kan manual kan. Masa tekan clutch adoi mak. Sakiiiiiitttt.
 
 
Pagi ni g kerja gak. Aku ngah berkira-kira petang ni nak pegi klinik panel ja.Nak mintak MC malas. Sebab dok rumah pun bukan ada apa. Dok ofis leh gak ber-blog.Hihi.Ngegeh.
 
 
Dahla, nak sambung meraung dalam hati.Harapla tak kena banyak berjalan harini.
 
 
 
 
 
 

Thursday, December 27, 2012

Hari malang. Bad day.

Pagi tadi aku terjaga jam 6.30 disebabkan bunyi mesej. Bukan mesej berbunyi camni:

 
I wish I got this every morning.Huhu
 
 
Tapi bukan. Mesej yang kurang best la.Takleh nak cite kat sini.
 
Dan lepas tu, aku tak leh nak tido balik.Aku cuti hari ni jadi pepahamla kan bangun lambat.Aku dok fikir today is going to be my bad day.Pastu aku terjaga 7.45a.m dan terus meloncat nak bersiap g kerja. Ya,instinct tepat.
 
 
First, aku lewat.
 
 
Second, harini dah buat salah punya banyak. Just one day after I got confirmation letter.
 
 
Third, bad tudung day.
 
 
Fourth, kaki kena benda ni:
 
 
 
 
 
Kena hempap bahagian muncung tu. Bayangkan kesakitan dia. Rasa nak claim SOCSO je.
 
 
Fifth, kredit habis dan tak leh nak topup pulak.
 
 
Sixth, tak tahu lagi. Tapi aku nervous nak drive ni. Haritu aku eksiden kat Penang masa takde kredit la. Memang selalu jadi pape bila takde kredit atau battery low.
 
 
Jadi camne ni? Camna aku nak balik?
 
 
 
 

Kurus sepertiku.

Sejak aku masuk sekolah menengah tahun 2000 dulu,kan start duk asrama kan. Masa tu makan sehari 6 kali. Sarapan, rehat pukul 10,lunch,minum petang after prep,dinner,minum malam after prep. Memang gemuk la. Aku sendiri perasan. Sebab bila compare gambar masa sekolah rendah ngan sekolah menengah memang beza. Tu tak masuk perubahan selepas puberty lagi tuh.Aduh segan nak taip kenyataan ini.
 
 
Selepas itu,masuk matrik kan. Kan dekat Gopeng je. Dari umah aku dalam 20 minit je kot.Ayah aku pun senang hati hantar makanan bila mak masak sedap sikit.Makanan kat matrik sendiri memang sedap dah. Tak caya tanyala mana mana student matrik.Kafe semua kolej matrik kat Malaysia ni memang menyediakan makanan yang sesedap. Makanya berat aku naik lagi. Baju kurung pun dah ala ala sendat jugak.Sampai orang tegur, "ko bahagia sangat eh duk sini?"
 
 
Masuk Unimas. Dari first year sampai kesudah,aku dapat tingkat paling ataaaaaas je. Walaupun kolej aku dekat sangat ngan fakulti,tapi semput gak la naik tangga.
 
 
Keja Honda setaun. Aku start mengurus dalam bulan 9 kot. Aku pun tak sedar. Cuma sekali tu lepas lama tak jumpa selain kat kilang, dia cakap aku kurus sangat. Pakai uniform kan. Jadi kurus pun nampak gemuk.Sebab uniform dia jenis tebal. Mak aku cakap normal sebab dia dulu pun macam aku. Sebelum kawen dia berisi (dia ada tunjuk gambar).Lepas kawen je terus kurus sampai sekarang. Lepas jumpa mak aku Gemok cakap dengan aku, aku macam mak aku sangat. Jadi tua nanti pun aku akan kurus jugak. Saadah (adik aku no 4) katanya ikut ayah.Maka dia akan gemuk macam ayah.Sukati die je.Huhu
 
 
Kawan Unimas tengok gambar kat FB, katanya aku tinggal tulang je. Melampau tau Amsal. Hiperbola sangat.
 
 

Ni masa Unimas. Takde gambar dah nak buh untuk compare.Hehe
 
 
 
Ni 2-3 bulan lepas.
 
 
Huhu entahla.Lagi entri takde motip.Huhu
 
 
 
 
 

Wednesday, December 26, 2012

Maut disebabkan hadiah.

Tengahari tadi baca Kosmo online. Ada satu artikel pasal remaja lelaki berumur 16tahun accident. Dia baru beberapa hari dapat lesen dan mendapat hadiah Honda CBR daripada ayahnya. Gile ah. Aku mesej Gemok bagitau. Tapi biasalah. Laki kan tak kisah sangat mesej cenggini. (yeke?)

Dalam kul 8 malam tadi,mak aku kol. Ada la halnya. Pastu dia tanya ada kontek adik aku Dila tak. Dia bising sebab adik aku yang baru jatuh moto tu dengan luka luka lagi boleh bawak moto tu pegi Balakong dari Klang.

Habis perbualan,aku cite dengan mak Gemok pasal adik aku tu. Pastu makcik cite pasal sedara adik ipa dia eksiden kat Penang baru umo 16. Dah selamat disemadikan jam 10 pagi tadi. Terkejut la aku.Sebab memang aku tertarik bila baca berita tu.Menyayat hati kot. Rupanya orang yang sama.

Makcik Normah cakap dia pakai helmet RM4000 tapi masa eksiden tu kepala dia yang kena dulu. Tak taulah kalau dia pakai tak betul ke kan. Moto tu memang baru sangat.Ayah dia memang kaya la. Adik beradik 2orang je. Dia bongsu dan rapat dengan emaknya. Kata emaknya dia selalu mintak pendapat arwah nak pakai baju apa,tudung kaler apa.Lebih kurang perunding imej la.Pastu siap dah beli baju sekolah 4 pasang. Memang sedih sangatla.

Aku yang mendengar ni memang ngeri la sebab aku memang fobia bawak moto. Dengar benda camni lagila tak berani bawak.Lesen buat hiasan jela. Haritu pun kena gesel dengan lori lebam dah belakang.Kalau bonceng moto orang memang aku dok ngucap je.Lagi lagi bila nek 125zr.Sebab laju sangat aku rasa.Nak nak bila naik Jambatan Pulau Pinang. Rasa macam angin nak tolak hang masuk dalam laut. Sekian bebelan. Pandu selamat jiwa cermat.eh terbalik.

Dipaksa post azam tahun baru.

Aku de sorang membe ni. Laki la kisahnye. Dia dok berdebat dengan aku pasal pompuan. Materialistik vs sederhana.

Dia cakap suma pompuan suka makan tempat standard ja. Aku cakap, aku jenis suka makan warung or mamak je.Tak suka sangat nandos ke kenny rogers ke ni. Dia tak puas hati.

Pastu pagi tadi,dia bagitau aku. Ada sorang membe pompuan dia buat status azam tahun baru. Siap tag nama aku kat komen status tu. Pompuan tu aku tak kenal pun dan tak masuk dalam friendlist aku. Azam dia banyak. Tapi salah satunya NAK CARI LAKI KAYA.

Jadinya...

Dia suruh aku post azam tahun baru gak. Untuk membuktikan aku tak sama dengan pompuan pompuan lain.

Jadi aku post.

Nurul Huda Zulkifli Chae-rin

(dipaksa buat status)

Azam tahun baru:

Nak kembongkan poket,nak berat 45kg,nak jadi anak dan kakak yang baik,jadi makhluk yang baik,nakcaricalonsuamiyangmenyayangidiriinitakmahuyangkaya. ok puas hati?

Haa begitulah bunyinya. Sila ambil perhatian azam terakhir tu eh. Terpaksa buat buat space rosak sebab segan takut orang ingat desperate nak berlaki.Padahal cuma sebab debat bod kami ja buat cenggini.hehe. Biarlah orang nak cakap apa. Aku orang kampung.Sesuai dengan orang kampung jugak. Enggang sama enggang,pipit sama pipit. Apa masalahnya?


Confirmed.

 
Harini saya mengisytiharkan saya sudah confirmed. Tapi tapi tapi,gaji naik sikiiiit je.Hurmm takpelah,dah rezeki camtu. Berusaha jelah untuk pendapatan sampingan. Chaiyok diri sendiri! 

K-Pop dan Saya.

Aku tak ingat dalam entri dolu dolu aku ade cite tak pasal aku ni gila K-pop masa Unimas. Kalau kat facebook memang ramai maklum kegemaran aku ni.Sampaikan kawan lelaki aku cakap dengan kawan lelaki yang lain "ko kalau nak ngorat huda kena jadi k-pop la.." ade ke patut?


Dulu kan aku suka sampai tahap nak cari suami Korea jugak kan.Siap cakap kat mak lagi. Aku cakap camne taw.

Aku: Nanti mak jangan terkejut dapat menantu Korea.
Mak: (Juih bibir)


Mak tak restu.-.-


Aku pernah buat entri Kenapa orang minat artis Korea sangat kan. Kalau ikut statistik yang dibuat sendiri, 80% student perempuan dari sekolah rendah hingga Universiti memang gila k-pop. Kalau tengok playlist memasing,confirm ada jugak lagu Korea.Tapi kenapa student?Sebab mengikut kepada diri sendiri dan kengkawan,lepas kami tamat pengajian dan bekerja, kami dah semakin kurang berminat kepada k-pop.Dah jadi so-so dah.Tak macam sepupu sepupu aku yang 12-13 tahun 3 orang tu,kalau bukak TV nampak artis Korea, semua jerit jerit macam syok masyuk sangat.Sampai mak-mak sedara menyampah.Mujurlah aku ni jenis gila k-pop dengan kengkawan je.Sebab aku cucu paling tua,takde kawan sebaya di kampung,maka minat aku terserlah masa kat U je.Balik umah tak nampak sangat.Walau bagaimanapun,laptop aku masa tu memang penuh cita Korea,MV korea,gambaq Lee Joon,lagu Korea.


Baiklah, nak buat senarai artis yang aku minat.


1. Dong Bang Shinki (DBSK)

Juga dikenali sebagai Tohoshinki di Jepun (singkatannya TVXQ). Ahli kumpulan:
  • U-know Yunho (Ketua Kumpulan)
  • Micky Yoochun
  • Hero Jaejoong
  • Max Changmin
  • Xiah Junsu
 
Nama diorang pelik sikit. Wajarkah aku bercerita asal usul nya di sini?Huhu
 
 
Group ni boleh kata yang paling berjaya dalam sejarah groupies Korea. Sebab sampai zaman perpecahan diorang pun, diorang memang berjaya gila kat Korea dan Jepun. Lagu boleh kata semua best. Drama yang diorang berlakon pun best.Sekarang ni group ni ada lagi, tapi tinggal 2 orang je. 3 orang lagi dah buat group baru bergelar JYJ (Jaejoong,Yoochun,Junsu)
 
 
TVXQ sekarang.

JYJ
 
 
Biasa dalam group kan,mesti ada sorang favourite member kan. Tapi dulu aku memang takleh decide sapa favourite member aku dalam DBSK. Sebab semua pun suka. Cuma yang paling aku tak suka Xiah Junsu. Sekarang bila dah jadi JYJ terus tak suka JYJ sebab ada Junsu. Huhu
 
Oh ya, Jaejoong dan Yoochun sekarang masyuk jadi actor. Cairrrr mak.
 
 
 
2. Super Junior
 
 
 
Masa aku minat gila diorang dulu, diorang still ada 13 ahli. Mula mula tu aku memang tak minat diorang ni. Tapi lepas tengok satu TV show ni, terus minat sebab kelakar sangat.
 
 
Exploration of Human Body
 
 
Ahli diorang:
1. Leeteuk
2. Shiwon
3. Heechul
4. Shindong
5. Eunhyuk
6. Sungmin
7. Kangin
8. Kibum
9. Ryeowook
10. Hangeng
11.Donghae
12.Yesung
13. Kyuhyun
 
Dasat tak? Dasat tak?Hehe
 
Sekarang tinggal 12 ja sebab Hangeng ada masalah dengan SM Entertainment dan balik China. Dengarnye berjaya gila kat sana.
 
Selain tu, diorang ada pecahan jugak. Super Junior M, Super Junior KRY dan Super Junior T. Dalam Super Junior M ada tambahan 2 orang dari China iaitu Zhou Mi dan Henry.
 
 
 
Tayah cite banyak sangat la. Aku minat sebab memasing ada personaliti yang best. Lagu dia ok, tapi tak sebest DBSK dan Big Bang la pada pendapat aku.
 
 
Favourite member aku:
 
 

 
 
 
3. Big Bang
 
Sampai sekarang aku memang gila Big Bang. Dulu masa gila DBSK, aku ada tengok majlis award Korea ni. MAMA kot. Pastu dok syok ingat DBSK yang menang kan,tetibe dia announce Big Bang. Pastu aku cakap "Sapa plak Big Bang ni.Sibuk je." Pas kenal, ok memang patut menang. Sekarang dah jadi kipas-susah-mati (die hard fan) diorang pun.Hee
 
 

 
 
Fashion diorang memang unik sikit. Tu pasal la diorang spesel.Huhu
 
 
 
 
Bersambung lah. Tetiba malas.Heh

 
 
 
 
 
 
 
 

 

Felina dan senggugut.

Semalam kan aku tak kerja kan. Pastu aku ada cakap aku senggugut kan. Tapi petang dekat pukul 3 tu macam ok sikit dah.Tak guling guling dah.Makanya bangun untuk makan.Kalau senggugut selera makan memang takde. Padahal nasik lauk suma ada tinggal nak panaskan dan makannn je.Makanya bangun bancuh nescafe dan cicah ngan biskut jeeee. Tapi sebelum tu sempat mandi gosok gigi sume la.Jangan ingat saya ceridak ok.huhu


Baiklah. Lepas tu dok ilek ilek lagi sampai dekat pukul 5.Aku siap siap nak keluar.Pegi mana?Dating ke cik adik?Sapala nak ajak kite datinggg kannnnnn...Pegi berniaga la apa lagi.


Haritu belum pukul 5 dah ada kat Taman Pelangi. Biasa balik kerja baru pegi,so sampai dekat pukul 7 jugak.Harini pegi hari cerah rasa lain pulak.Tapi dalam rasa tak berapa best tu,sempat jugak menyinggah beli jambu.Hihi.


Dalam setengah jam duduk duduk tu,menantu Makcik Normah datang.Dari jauh aku tengok macam kenal je.Dah sampai depan gerai baru aku ingat sapakah gerangan beliau itu.Ade ke dia cakap dengan makcik Normah, "ingatkan Indon mane tadi.." -.-"


Tak lama lepas tu,dia balik kilang. Dan tak sampai setengah jam kemudiannya cik isteri beliau tadi pulak sampai dengan Alia. Aku dah nampak keta tu dok ulang alik cari parking 2 kali depan gerai,dan ada sorang budak pompuan dok tengok gerai tu,tapi aku tak ingat nombor plat keta Kak Ilah maka aku biarkan dulu kekonfiusan aku itu.Tak lama pastu dia muncul dengan menapak.Betullah diorang tadi.


Alia datang dengan make-up hasil kerja tangan sendiri. Baru 5 tahun dah cenggini.Aku dulu suka main gincu je.Hihi.Tak sempat nak snap gambar.


Then aku cakap dengan kak Ilah aku senggugut.Yela,takutla dia ingat muka aku kerut kerut sebab apa kan. Pastu dia cita dia ada amik kolagen dulu.Tapi tak ingat brand apa.Dia kata berapa bulan dia amik,tak de sakit pun tiap tiap bulan tu. Pastu aku cite aku pun pernah minum kolagen dalam paket. Tapi aku minum 9 paket je.Pastu malas nak teruskan.Aku takut kot kot ada side effect bila minum tu sebab aku muda lagi kan.Pandai pandai je.Hehe.Pastu dia kata elok ja dia benti minum terus sakit balik bila datang bulan. Dia kata dia takut nak minum sebab badan naik.Dia cakap kalau badan Huda yang naik takpela.Padahal macamlah dia gemuk pun.Aku rasa ok je badan dia.Pastu aku bukak cite pasal Felina Inchloss. Kan dok baca blog Sepet kan. Dia cakap nak try. Pastu tadi bukak blogwalking kat blog Sepet lagi ada promotion pulak.Terus mesej dia. Tapi dia tak reply pun.Katanya semalam ke K.L harini.Sibuk shopping lettew.Hihi.Sekian cita takde motip.Takde gambar.


Tuesday, December 25, 2012

Gelagat lelaki kaya.

Sepanjang duduk duduk di gerai ni, ada gelagat lelaki kaya yang dapat diperhatikan di kawasan perumahan yang menempatkan banyak pekerja asing. Mulanya aku tak perasan. Fikiran suci kononnya.Heheh. Tapi Makcik Normah yang bagitau. Dia cakap kalau nampak lelaki pakai keta besar macam Merz ke,BMW ke, Camry ke,keta besor le, dok pusing pusing sengsorang je,tengah cari pompuan la tu. nanti ada la pompuan asing yang cun cun gak datang dan dibawak pergi. Pergi mana tak taulah. Haih. Lelaki tu satu hal, tapi kalau bertepuk sebelah tangan tak berbunyi kan. Apa nak jadi. Tapi lelaki ni bukan beragama Islam la. Pompuan tu jela yang mungkin beragama Islam.Tapi tak fikir dosa pahala. Dapat duit cukuplah. Dunia dunia...

senggugut.

Senggugut adalah perkara yang dialami wanita (geli siot ngaku wanita) sewaktu datang bulan. Biasanya orang cakap ubat senggugut ialah kawen cepat. Walau bagaimanapun fakta ini tidak semestinya tepat. Kerana orang yang sudah berkahwin pun mengalaminya.

Motip cite pasal senggugut?

Nape demam datang sekali ngan senggugut ni?

Kad untuk student.

first time tulis kad untuk student. student pertama katakan.huhu..
 
 
Huhu. Saja buh gambar senget.Nasib le...
 

Monday, December 24, 2012

Proud to be Perakian.

 
Picture tells all.
 
 
 

selamat berbahagia...

 
 
 
Kawen jugak akak aku ni. Cey suke suke je cakap akak.Dia kenal ko pun idak ye. Happy and jealous at the same time. Nak kawing jugak..:)
 
 
 

Pure Marine Collagen for sale.

Nak habaq mai ni. Member aku nak jual Pure Marine Collagen. 1 paket RM25 je. Ada yang berminat tak? Paket tak la kecik sangat. Nanti dapat kat tangan aku upload gambaq dia na. Khasiat dia untuk kecantikan dan kesihatan tubuh badan, for sure. Kalau ada yang berminat boleh email kat I dan I bagitau details. Orait? miz_udez8@yahoo.com.my



Friday, December 21, 2012

Ratu Cantik (Miss Universe) ialah Saya.

Semalam kan aku ada buat entri pasal Miss Universe kan. Harini aku baru tau result dia. Lambat sehari.Huhu. Bile tengok entri semalam aku tak masukkan bukan gambar orang yang menang. Sebab takde pun dia tunjuk kan. Jadi harini aku wat special entri la untuk dia. Dah menang kan.


Gile ahh baju dia. Macam Statue of Liberty terus. Baru betul national costumes. Tak menang gak tak tau lah.
 

Evening gown dia. Dia cakap dah siap siap dia nak evening gown yang senang dia nak jalan. So dia akan rasa selesa ja masa kat atas pentas tu.
 
 
Masa dia masuk Miss USA haritu, kan diorang yang masuk beauty pageant ni kena jawab soalan meguji kepintaran kan. Soalan yang dia dapat berbunyi "apa pendapat awak jika perempuan transgender yang menang Miss USA, perempuan sejati kalah?" Dan dia jawab dengan konfidennya, "Sekarang ada banyak pembedahan, dan ramai di luar sana perlukan perubahan untuk kehidupan yang lebih bahagia. Jadi saya tak kisah sebab saya percaya ini negara bebas". Well aku translate dah siap siap.
 
comel kan?
 
 
Katanya bijak gila sebab tiap sem pun dapat Dean List.
 
Soalan menguji kepintaran yang dia kena jawab masa nak menang Miss Universe aritu ialah "Apa dia yang hang penah buat yang hang rasa tak nak buat dah?
 
Dia jawab ape tau. "'Every experience no matter what it is, good or bad, you will learn from it. That’s just life. But something I’ve done and regretted would probably be picking on my siblings while growing up because you appreciate them so much more as you grow older, you get closer with your family, but everybody fights with their siblings, right? But I don’t regret it.'
 
Malas nak translate dah.huhu
 
 
 
Tahniah.

Drama Review:Putera Rayyan


Huhu. Lama dah tak buat drama review. Kan rumah sewa aku tak da TV. Maka jarang follow pape cite pun. Sebab nanti tak dapat tengok kan cedihhhh je.Huhu.


Jadi setelah sekian lama, mai la buat sikit review. Walaupun review aku memang biaseeee je. Hehe



 
 
Aku kan boleh kate hari hari baca kosmo kan. Bukan baca Hiburan je tahu, semua pun baca. Walaupun bahagian ekonomi yang aku kurang mengerti istilah istilahnya. Jadi masa tu ada story pasal minah Miera Liyana ni. Sukati je panggil minah kan.huhu
 
 
Dia cakap dalam interview tu, dia penat pukul Nad Zainal dalam ni. So aku terus assume, oh cite ni macam kisah Cinderella la. Sebab dia ngan Nad ni adik beradik tiri. Cuma bezanya dia sorang je. Dalam Cinderella ada 2 orang kan kakak tiri heroin.
 
 
Tapi sebenarnya tak sama pun. Fairy tales kan semua happy ending je. Ayat terakhir dalam kisah fairy tales mesti and they live happily ever after... Tapi yang ni tak. Sebab tajuk dia Putera Rayyan kan. Bukan Puteri Arisa. Maka kisahnya tertumpu pada Putera lah kan. Dia menyamar menjadi pekerja biasa di syarikat milik ayah Arisa dan Anisa (Miera Liyana) ni. Dan seperti biasa la, gadis yang baik jadi pilihan hatinya sebab dia tak pandang pun taraf pekerja biasa dan melayan dia dengan baik.
 
 
Akhirnya diorang pun berkahwin. Tapi tapi tapi tak happily ever after terus pun. Sebab sebelum tu kan ayah Arisa meninggal kan accident. Lepas tu Arisa jadi macam sewel sikit sebab mak tiri ngan Anisa tu cakap yang dia sebabkan kematian mak ayah dia. Mak dia pun meninggal masa dia kecik. Pastu mak mentua, mak tiri dia, Anisa ngan Tengku Suraya (calon menantu pilihan bonda Putera) berpakat nak pisahkan diorang ni. Sampai Arisa pun dihantar masuk hospital oleh Putera Rayyan disebabkan oleh rancangan mereka ini. Padahal dia tak gila pun.
 
 
Bila kat hospital, mak mentua dia rancang memacam nak bagi anak dia tak dapat pegi hospital. Dan akhirnya berjaya menyebabkan Putera Rayyan bersetuju untuk bertunang dengan Tengku Suraya.... Hari pertunangan tu, Arisa kol rumah nak cari Rayyan la. Pembantu rumah angkat. Dia bagitau Arisa yang Rayyan nak tunang. Arisa pun lari dari hospital. Hospital terus call mak mertua dia bagitau Arisa dah lari dan mak mertua dia dah ready depan pintu untuk "sambut" Arisa. Dia cakap dengan Arisa Rayyan tak nak dia lagi. Siannnn Arisa. Dia teringat Rayyan pernah suruh dia fikir pasal masa depan dia. Jangan fikir memacam sangat. Dia pun call Fauzi peguam tu dan balik umah dia. Dan kemudian..jeng jeng jeng.. Aku tak tengok dah. huhuhu...
 
 
Sekian review.
 
 
 

Busy.

Huhu. Sekarang baru dapat menulis blog. Last post pun malam tadi pukul 9 lebih pakai henfon je. Sepanjang pagi ni aku dok apply kerja. Sampai Jobstreet cakap application dah sampai limit. Kalau nak mintak keja lagi, tunggu bulan depan ye. Hoho
 
 
 
 
 
 
 
 
Masa aku benti Sharp dulu, mak aku dah pesan supaya jangan lompat lompat kerja.Nanti orang ingat jenis tak setia pada tempat kerja kan. Aku ikut. Tapi disebabkan suatu alasan, aku benti jugak dari Honda. Tapi di luar pengetahuan mak ayah masa tu. Tapi sebab pak long aku nampak kat Facebook aku tulis pasal hari terakhir bekerja, dia yang bagitau mak aku. Hoho tak pandai simpan rahsia sendiri aku ni.Sob sob.
 
 
 
Sekarang ni aku tekad nak duduk lama sikit. Tapi gaji pulak hurmm..mengecewakan sikit.Tu je masalahnya pun.Dan aku rasa rugi pulak degree aku tu sebab kerja yang takda kaitan langsung. Memangla kalau kerja kilang elektronik pun takdela pakai sangat pun apa yang kita belajar dulu. Tapi ni, menimbulkan masalah tau. Bos siap cakap "oh you belajar elektronik kan dulu patutla.." So rasa terhina sikit.Huhu
 
 
 
Doakanla eh I dapat kerja yang serasi di jiwa. Nak lagi bagus, aku yang menciptakan peluang kerja untuk orang lain.Huhu.xoxo
 
 
 
 
 
 

Thursday, December 20, 2012

Beza menulis dengan bercakap.

Ade membe aku cakap ngan aku. Dia kata masa matrik (kami sekelas) aku nampak macam pompuan biase je. Takde istimewa atau pelik. Pastu dia cakap lagi. For fun laki malas layan pompuan pendiam ni. Hoho rupanya.

Kalau baca blog ni mesti ada orang pikir aku banyak cakap. Ataupun attention seeker. ala aku tau lah apa ada dalam fikiran orang ni.aku pun manusia kan.hehe. tapi kenapa orang kata aku pendiam???aku memang pendiam ke...

aku sedar yang aku ni tak banyak topik perbualan. masa keja honda kan. membe suma laki kan. depa dok sembang pasal keta. civic mugen la murano la. jadi aku selalu dengaaarrr je. tapi kalau ngan yazid best.sebab aku selalu tanya "yang mane weh"  dan dia akan tunjuk. memang pakcik yang baik.huhu. sembang ngan pompuan masa honda biasanya gosip je.aku sebenarnya bosan ngan topik camni.sebab aku akan pikir kat belakang aku depa ni kutuk aku camne la ka. walaupun aku sedar aku ni takde ape untuk dikutukkan.

bila menulis macam macam aku citer kan. aku suka orang ni la. aku tak suka minah sebelah meja lah. sebab aku tak pandai express myself guna mulut kot.cakap pun asyik silap je.haha

aku jenis susah mulakan  perbualan. sebab tu aku suka sembang dengan orang yang pandai initiate perbualan. pastu memang aku bole melayan dia sampai pagi. percayalah. aku biasa tidur lambat sebab melayan kawan bercerita. ngan makcik makcik pun aku bole layan taw sekarang ni. Tak caya tanya mak Gemok. huhu (haih. Gemok lagi.)

Mujurlah aku tak kenal ngan orang kaya kaya ni kan. diorang kan selalu ada event bagai. aku mana la layak. jadi tukang bagi air bolehhh. haha tammat.






Blog membeli belah.

Silakan melawat http://kioskudez.blogspot.com ye. peace!

Movie Review: Strawberi Cinta

Amboih. Gigih sekarang ni tengok wayang dan buat review. Ok mari cita sikit dulu camna saya boleh tertengok cita ni..:)



 
Seperti biasa tengok kat TGV Jusco Perda. Best woo tak ramai orang. Kalau pi Queensbay ke Sunway Carnival ke perghhh...Ya ya, tengok sorang lagi tak payah tanya. Dan RM6 sebab hari Rabu.
 
 
 
 
Tarikan untuk aku tengok citer ni ialah kecomelan Yana Samsudin dalam ni. Ya dia memang sedia comel dan dalam ni dia makin cumil lagi. Sebab?Haa nak review la ni. Tapi memula enjoy gambar dulu.
 
 
Dalam ni memang makeup part mata dia cenggitu. Memang Jepun sangat. Like like. Teringin nak wat gak..-.-
Rambut pun cantik sangat...
 
 
 

 
 
 
 


 
Baju semua kawaiiii...Pose tangkap gamba pun cumil cumil je...
 
 
 
 
Yana Samsudin berlakon sebagai gadis Jepun bernama Ichigo yang datang ke Malaysia sebagai pelancong. Tapi sebenarnya ada tujuan tertentu. Jeng jeng jeng....
 
 
 
 
 
 
Dia nak cari mak dia yang berasal dari Malaysia. Masa umo dia 6 tahun mak dia balik Malaysia lepas bergaduh dengan ayah dia. Ok dari mula aku ingat mak dia Normah Damanhuri sebab tengok thriller suara mak dia macam Normah Damanhuri. Sekali? Dian P.Ramlee! Tapi korang takkan tau sapa mak dia sampai la dia dapat jumpa. Jenuh tertanya-tanya tau. Nasib baik masa tayangan 1 jam 15 minit ja.



Aku rasa semua dapat teka ending dia. Yang ironinya kenapa tajuk citer ni Strawberi Cinta ialah sebab Ichigo (bermaksud strawberi) dan dia pilih pakej pelancongan oleh agensi yang bernama Strawberi Vanilla. Dan disebabkan dia jatuh cinta dengan pemilik agensi tersebut aka tourist guide gak (Pierre Andre le tu) maka tajuknya begitu lah....



Aku bagi bintang 4 sebab Yana comel je. Boleh tak?