Mari join..:)

Monday, November 26, 2012

zaman kecik Udez



Tetiba nak imbau kisah silam.


Saya jenis yang suka merengek pada waktu malam bila lapar. Jadi disebabkan tanggungjawab menjaga saya terserah pada ayah, maka emak saya tidak akan bangun pada waktu malam untuk saya, jadi ayahlah yang akan melayan saya hampir setiap malam. Makanan favourite saya masa tu bukanlah jenis yang kompleks sangat. Ni je:



*ihsan dari Google
 
 
Biskut lemak ni, dengan air kupi. Air kupi ye, bukan kopi atau kopu. Waktu kecik memang aku sebut "ayah..nak air kupi" jadi sampai besar mak dan mak menakan pak menakan opah semua ingat cerita ni. maklumlah, cucu sulung. Comel pula tu (hehe)
 
 
Sebenarnya sampai sekarang pun saya masih makan benda ni. Harga biskut ni kat kebanyakan tempat ialah RM4.20. Haritu masa singgah kat Pasaraya Wah Seah Maju kat Manjung pegi menganto adikku di IKM Lumut aku jumpa RM3.40. Masa tu ada diskaun. Terus beli 3.Stok sebulan kononnya. Hehe..
 
 
 
Sejak kecik, dari apa yang saya ingat, saya akan sentiasa follow ayah ke mana jugak. Dan tempat yang kami selalu pegi? Rumah arwah opah dan kedai Taslim. Disebabkan rumah opah tak sampai berapa minit pun dari rumah kami dengan menaiki motosikal, maka boleh kata setiap hari ayah akan pegi menjenguk opah. Kedai Taslim pula? Kerana boleh kata setiap hari ayah akan membelikan buku conteng untuk aku. Nak tau sebabnya?Hehe.. Saya telah menconteng semua buku buku emak dan ayah (juga dinding) jadi untuk mengelakkan semua ini terjadi lebih teruk, maka mereka sepakat belikan buku conteng untuk saya. Habis, beli lain. Habis duit diorang kat situ ja.Huhu nakal Udez ni.
 
 
Tapi disebabkan ini, saya menjadi minat dengan buku catatan. Dulu semasa kecik, saya suka buku tulis yang gambar depan dia ada peta (cuba cari Google tapi tak jumpa), pastu makin besar saya suka buku catatan yang kecik ada ring kat tepi atau kat atas dia(pengaruh ayah la):
 

 
Sekarang ni pun, saya masih gila dengan buku camni. Lagi2 kalau depan dia cover cantik. Sekarang ni, saya menggunakan 7 buku catatan dengan gaya dan cover berbeza. Setiap satu mempunyai fungsi berlainan. Gila tak?
 
 
Dan dari kecik, saya jadi rambang mata bila masuk kedai buku. Bukan kedai baju. Ingat lagi, setiap bulan ayah akan bawa kami ke Kedai Buku Chee Ming. Sampaikan masa Darjah 5,masa tu saya beli buku Math Form 1, terus dia tanya kat ayah, "Siapa anak u yang dah masuk sekolah menengah ni? Bukan semua sekolah rendah lagi ka?" Haha advance sangat.
 
 
Pernah sekali, saya betul betul mengidam nak buka kedai buku. Masa tu saya baca satu novel ni. Tajuk dia Mencari Cinta karya Leeya Myra.Heroin dia Annessa. Hero dia nama Ilham. Annessa tu ada kedai buku.
 
 


Aku suka gila cita ni dulu. Walaupun ending dia tak macam yang aku harapkan. Sebab? Ada hero kedua kacau daun. By the way, aku sekarang dah matang jadi aku dah suka ending dia sekarang. hehe..


Tapi aku harap, one day, aku boleh bukak satu kedai buku yang cambest. Nama? Biarlah rahsia..hehe..




oh cakap pasal rahsia, suddenly out of nowhere malam tadi aku mimpi gitaris Sonar Instinct. Dia ni junior aku masa kat UNIMAS. Cute tu cutelah. Tapi yang boleh masuk mimpi aku tu pe cita? Detail mimpi takleh diceritakan tapi aku boleh memberi jaminan ia bukanlah mimpi basah atau mimpi aku kawen dengan dia.Oh malunya pegi cita kat orang..Jangan bagitau diorang plizzz. 





 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment