Mari join..:)

Tuesday, November 20, 2012

traffic accident.

'Lama Udez menghilang,apa khabar? tanya diriku kepada diriku sendiri.'
 
 
 
Sehari selepas post terakhir saya pasal Solat Dhuha, adalah hari terakhir saya bekerja di kilang saya bekerja sekarang. Sabar. Bukanlah berhenti terus. Tapi pada malam 8 November, saya rasa demam saya mula mempengaruhi perasaan saya untuk jadi malas bekerja maka saya merasakan yang saya mahu mengambil MC pada 9 November bersamaan hari Jumaat maka saya boleh pulang ke kampung pada pagi Jumaat itu dan boleh menghabiskan masa di rumah lama sedikit.
 
 
['Panjang sungguh ayat nak sampai titik noktah.']
 
 
Saya pulang ke rumah melalui Highway, ya sejak beberapa bulan ini saya membiasakan diri melalui Jalan Persekutuan (siapa yang tak tahu, jalan persekutuan ialah jalan yang kita panggil jalan lama) melalui Beruas, kadangkala melalui Kuala Kangsar di mana minyak kereta cuma RM20 dan tidak perlu membayar tol sedangkan bila naik highway, minyak adalah RM30 dan tol RM 19.90. Cuma, bila menggunakan highway masa yang diperlukan untuk sampai ialah 2jam manakala guna jalan biasa boleh sampai 5jam especially bila jem teruk dari Juru hingga Nibong Tebal. Maklumlah, kat highway saya bawa kereta 160km/j manakala ikut jalan lama paling laju pun 120km/j itupun bila jalan lengang la.
 
 
13 November ialah Hari Deepavali (selamat Deepavali ya Dayat, bestnya birthday serentak dengan Deepavali..;p) dan 15 November ialah Awal Muharram yakni bila hari cuti tidak berturut turut seperti itu amatlah tidak menarik ye kerana untuk balik kampung memang mustahil dan saya tiada cuti tahunan lagi. Adakah anda memikirkan yang saya mahu ponteng kerja?Tidak. The truth is the lazy Udez is not thinking of skipping work at all, at that time lah.
 
But suddenly, Ahad malam sebelum tidur(actually boleh kata Isnin pagi sebab dah lebih kol 12), I'm thinking of not going back to Penang. Yelah, diri kan masih demam dan Selasa cuti pula tu maka apa kata sambung MC? hehe.. tapi saya tidak terburu-buru. Saya cuma tidak mengunci jam pada 3.30 pagi maka saya memutuskan, jika saya tidak terbangun dengan sendirinya maka saya tidak akan balik Penang pagi tu. nah,senang kan buat keputusan?*gila*
 
 
Jadi bagaimanakah keputusannya?
 
 
nak dijadikan cerita, ayah saya suka tidur awal depan tv je takde tilam pun takpe asalkan ada bantal dan bangun tengah malam baru solat isyak dan tahajjud juga(mungkin) dan waktu yang dia selalu bangun solat tu ialah area pukul 3. Jadi pukul 3 pagi aku sedar ayah bangun tapi aku cepat-cepat pejam mata sebelum ayah sedar aku terjaga (ya aku memang selalu tidur tak kira tempat sebab aku sukar tidur dalam keadaan selesa dan bersedia untuk tidur (ada tilam empuk, ada selimut,ada bantal peluk, lampu padam, sejuk, ya aku memang pelik tapi ini tidak bermakna saya tidur sekali dengan ayah sebab adik2 saya pun juga sama dengan saya, bilik ada 4 tapi yang suka tidur dalam bilik 5 orang ja-mak, dila, apis, azam dan saadah). dan rasanya ayah saya ada menggerakkan saya tapi saya tak ingat apa yang saya buat atau cakap masa tu. yang saya ingat dalam pukul 4pagi mak saya keluar dari bilik dan bertanya pada ayah "huda tak nak balik ke?MC lagi ke?" dan ayah berkata "yela tu..tak nak bangun pun" lalu aku berasa lega untuk "tuang" walaupun ada sikit rasa tak senang kerana ayah seperti tidak menyenangi sikapku.Fuh,tarik nafas panjang.
 
 
Jadi, tahu dah keputusannya?
 
eheh.
 
 
*to be continued.......
 
 
 

No comments:

Post a Comment