Mari join..:)

Tuesday, November 20, 2012

traffic accident part 2

baiklah. sambungan kepada entri sebelum ini.bukan apa, tak nak orang boring. padahal tengok tajuk ja orang dah tak minat nak baca.
 
 
**************************************
 
Pagi Isnin 12 November itu. Aku melihat ayah menaiki skuter adikku Dila plat nombor AJC**** itu dengan pakaian biasa. ya, pakaian biasa. sedangkan pukul 7 ialah waktunya ayah sudah pergi kerja dan hari itu ialah Isnin. Ayah tak kerja ke? Hmm pelik. Seperti biasa, aku bukan lah jenis suka bertanya. Kebanyakan masa, aku mengambil sikap berusaha cari jawapan sendiri bila dah terdesak sangat baru pegi tanya orang jawapan ataupun bila kurang penting atau terlupa, tunggu saja kebenaran terserlah sendiri. (Inilah cara saya belajar selama ini, akhirnya revealed dan kepada pelajar2, janganlah tiru cara saya belajar kerana result saya tidaklah segempaq mana) Kemudian ayah saya pulang dengan sarapan dan makan dengan selambernyer dengan emak di meja makan sambil berbual bual seperti hari Ahad gayanya. Saya tidak join kerana kebanyakan masa memang mereka berdua saja yang menggunakan meja makan itu dan makan bersama sedang kami jarang makan pada waktu yang sama dan suka makan bergelimpangan iaitu bersila depan tv, beralaskan apa sahaja-tin biskut, meja kecik, kereta mainan adik(ok aku sorang saja yang wat camni adik2 aku tak pun diorang beralaskan lantai atau makan atas meja makan kecik je) kecuali bila aku rasa nak seronok berpura-pura jadi anak kesayangan ayah dan mak barulah join mereka makan sekali. apa-apa pun, mak saya memang sentiasa menemankan ayah saya makan jadi kepada bakal suami saya, awak makanlah apa pun, masa bila pun saya akan temankan awak macam mak saya temankan ayah saya makan setiap kali ayah saya makan.
 
 
huh,panjang sangat.
 
 
Makanya, selepas itu saya belek telefon baru ayah saya Samsung Galaxy S3 yang baru beli tu, dan bagitahu ayah ada mesej dari Encik Jo bertanyakan ayah. Ayah cakap "mesej dia cakap ayah MC tadi ayah cuba call dia tapi tak dapat". Tengok, kan dah terjawab soalan saya dari pukul 7 tadi?
 
 
Jadi kami sama-sama pegi Poliklinik Zufli di Bandar Baru Kampar untuk mengambil MC. Bahagia kan keluarga kami?
 
 
 
*to be continued lagi

No comments:

Post a Comment