Mari join..:)

Tuesday, November 27, 2012

saya seorang multilingual Malaysia.

Selepas mendapat slip keputusan SPM 8 tahun lalu, saya merumuskan saya mempunyai kecenderungan terhadap subjek Bahasa.

 
*curik kat Google

Dulu saya ambil 12 subjek semasa SPM dan 3 subjek di atas sekali ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab Tinggi. Jadi masa mula mula dapat result kat tangan, saya nampak result bagi 3 subjek ni dulu. Walau bagaimanapun, sebenarnya masa mula mula dapat result saya tak nampak pun Arab dapat berapa. Lepas kawan saya Siti Sarah Aisyah tengok slip saya barulah saya perasan. Hehe..Kenapa result Arab menjadi signifikan di sini? Sebab dulu selalu kena marah dengan Ustazah Rotipah..:')
 
 
 

 
 
Saya berasal dari daerah Perak Tengah. Bagi anda yang biasa tengok filem Mamat Khalid, di rumah itulah slang bahasa yang saya gunakan. Bagaimanapun, emak saya yang berasal dari Selangor tidak berapa gemar jika anaknya terlalu kuat slang Perak sebab katanya kalau pekat sangat nanti kena gelak dek orang.






Kemudian saya masuk asrama di mana pelajarnya berasal dari seluruh Perak, maklumlah sekolah di bawah pentadbiran kerajaan negeri.Maka slang ini tidak menjadi relevan untuk digunakan. Sebab bukan semua paham kan. Dan pernah sekali bila baru balik dari kampung setelah tamat cuti sekolah yang panjang, seorang kawan saya menegur slang saya itu..=.='



Jadi berbalik kepada bahasa Arab tadi. Rata-rata kawan kawan saya memang tak berapa minat subjek ni. Lebih2 lagi yang tak skema sebab budak tak skema kan tak suka sekolah jadi alasan utama tak suka sekolah ialah Arab la kan.Walaupun saya budak tak skema dulu, saya memang minat Arab dan suka belek kamus Arab.Rasanya tak ramai pun kawan saya yang perasan sebab kebanyakannya nampak saya yang suka tidur..tsk.


Saya pernah bercita-cita jadi penterjemah semasa kecil sebab suka cari maksud perkataan dalam kamus pastu suka tulis kat buku cerita bagi nampak penuh.hehe. Dan selepas masuk sekolah menengah,saya punya lebih alasan untuk bukak kamus sebab selain 9 subjek PMR,kami ada 10-11 subjek I'dadi yang diajar dalam bahasa Arab. Dan I'dadi pun ada periksa besor dia masa Tingkatan 2. Alhamdulillah, saya antara 9 orang yang dapat Jayyid Jiddan.

 
 


Kemudiannya, tok sedara saya sangat berhasrat agar ada keturunan dia yang pergi Mesir. Maka disebabkan saya sekolah agama, harapannya disandarkan pada saya..:') Tapi walaupun saya suka Arab, saya tak nak pergi Mesir sebab saya tak nak belajar jauh jauh.Kesian Tok Wo hampa lagi.



Masa kat sekolah menengah, saya pernah terfikir. Kalau saya dapat suami yang tak da loghat negeri, senangla saya nanti tak payah susah2 nak belajar. Maka saya menetapkan ingin mencari jodoh orang Pahang or Johor(masa tu tak tau yang Pahang pun ada loghat, susah gila pulak tu). Hasilnya?Jeng jeng jeng...



Lepas tamat SPM,saya dapat masuk sini. Memang pilihan pertama. Tak sampai setengah jam dari rumah. Kat sini takdela subjek bahasa ke apa. Cuma nak cerita saya kenal lelaki pertama yang kononnya bakal calon suami kat sini. Nak gelak pulak sebut bakal calon suami sebab bila nak bayangkan sekarang, sangatlah tak relevan nak bayangkan dia sebagai itu.

 
Jadi teka dia orang mana?
 
 
 
Dia ni gabungan dua negeri sebab tinggal kat Besut tapi kampung kat Pasir Puteh. Wah detail gitu. Bagaimanapun, aku cuma berkawan ja dengan dia.Tiada luahan perasaan ke apa. Tak sempat belajar loghat Pantai Timur pun dengan dia.
 
 
Tamau cita lebih2 la.
 
 
Pas habis matrik aku dapat masuk sini:
 


 
Keputusannya?


Lelaki kedua.



Cakap ja bakal calon suami konon, padahal sebenarnya dari masuk UNIMAS sampai konvo aku tak pernah bercakap sepatah pun dengan dia. Sebab? Lidah kelu jantung degup laju usah nak kata lah. Tapi ia sejarah ok. Cumanya, dia berjaya membuatkan aku rajin belajar loghat Sarawak dari kawan serumahku Cik Dewi dan sebilikku Miss Angela Ee.
 
 
 
Habis belajar, aku balik kampung dan menganggur 10 bulan. Dalam tempoh tu, aku dok ulang alik rumah-KL dari satu rumah pakcik ke rumah pakcik yang lain dalam proses mencari kerja la konon nak sambung master kat UPM la. Tapi last2 aku terbekerja jap kat Shah Alam. 2 minggu je. Jadi takde story. Kalau baca entri lepas lepas, mungkin ada la story pasal 2 minggu tu.Hehe
 
 
 
Start bulan April, aku memulakan tugas di Butterworth, Penang. Tak perlu cerita banyak. Di sinilah wujudnya lelaki ketiga yang aku gelarkan Gemuk itu. Yang speselnya dia berbanding 2 orang sebelum ini ialah, aku selesa dengan dia. Tak macam sebelum ni jantung bunyi apetah pastu tangan sejuk je bila jumpa tengah jalan.Haru. Disebabkan sampai sekarang aku masih di Penang, dan orang utara ni tak berapa suka orang suka cakap KL ni, maka saya agak fasih juga la loghat Penang sekarang. Tapi ikot mood jugak.Hehe
 
 
 
 
Jadi di manakah bakal calon suami Pahang atau Johor tu?
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment