Mari join..:)

Monday, November 26, 2012

Perempuan dan maharnya


Hari ini tiba-tiba mood kahwin.



Apa itu mahar?


Menurut istilah syara`, mahar adalah suatu pemberian yang wajib diberian oleh suami kepada isteri dengan sebab pernikahan. Antara dalil kewajipan memberikan mahar kepada wanita adalah surah al-Nisa` ayat 24;

Maksudnya; ((Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna) sebagai satu kewajiban, dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu telah saling merelakannya. Sesunggunya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.))


Mahar adalah hak murni wanita dan dalam perkahwinan perlu ada pemberian harta dari pihak lelaki kepada wanita sebagai mahar. Adapun jenis dan kadar mahar adalah berbeza-beza bersesuaian dengan kemampuan masing-masing.


Pemberian mahar suami adalah sebagai lambang kesungguhan suami terhadap isteri. Selain itu ianya mencerminkan kasih-sayang dan kesediaan suami hidup bersama isteri serta sanggup berkorban demi kesejahteraan rumahtangga dan keluarga. Ia juga merupakan penghormatan seorang suami terhadap isteri.


Walau bagaimanapun, mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil (yang sepadan). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW di mana seorang wanita telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya (melakukan persetubuhan) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya wanita tersebut diberikan mahar misil untuknya.


PEMBERIAN MAHAR

Memberi mahar kepada isteri hukumnya wajib. Menurut Abu Hanifah, isteri berhak mendapat mahar apabila akad nikahnya sah. Manakala dalam mazhab Shafi`e pula diwajibkan mahar bukan disebabkan akad nikah yang sah sahaja tetapi juga dengan persetubuhan. Sekiranya akad nikah itu fasid (tidak sah), suami tidak wajib memberi mahar kepada isteri melainkan setelah berlakunya persetubuhan.

Dalam satu riwayat disebutkan; Abdul Rahman bin Auf pergi berniaga ke pasar dan mendapat untung. Pada hari berikutnya dia pulang dengan membawa susu dan minyak sapi untuk keluarganya. Beberapa hari kemudian dia membawa lagi minyak za`faran yang semerbak bau wanginya. Rasulullah SAW bertanya, "Apa yang telah terjadi?" Dia menjawab, "Ya Rasulullah saya telah berkahwin dengan wanita Ansar." Rasulullah bertanya lagi, "Apa maharnya?" Dia menjawab "Emas yang seharga lima dirham."

Dalam satu riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda kepada lelaki yang meminang wanita; "Carilah mahar walaupun berupa cincin besi."
KADAR MAHAR

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima bagi menentukan mahar seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah SAW menggalakan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana sabda Baginda;

أعظم النساء بركة أيسر هن مؤنة

Maksudnya; "Kebanyakan wanita yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar)." -Riwayat Ahmad dan al-Hakim.

Hal ini diperteguhkan lagi dengan ucapan Ummar bin al-Khattab, 'Ketahuilah janganlah berlebih-lebihan dalam menetapkan mahar para wanita, kerana sesungguhnya jika (mahar yang mahal) itu dimaksudkan dengan bukti kemuliaan di dunia atau sebagai kemudahan bertakwa kepada Allah, maka orang yang paling bertakwa di antara kamu adalah Rasulullah SAW, namun baginda tidak pernah menetapkan mahar kepada seorang pun di antara isteri-isteri baginda, begitu juga kepada puteri-puteri baginda melebihi 12 Uqiyah (1 Uqiyah = 40 dirham), Sesungguhnya bila seorang lelaki dikenakan mahar yang tinggi, nescaya dapat menimbulkan permusuhan dalam dirinya kepada isterinya

Rujukan saya ambil dari sini.Terima kasih..



Jadi melihat pada trend sekarang, kebanyakan orang lagi lagi yang dihebahkan perkahwinannya melalui media massa suka meletakkan mahar yang terlampau tinggi dengan majlis yang gilang gemilang macam anak raja zaman dahulu kala sampai berhari-hari lamanya. Tidaklah salah sebab bukan duit kita yang diorang pakai pun. Tapi rasanya baiklah kita mengikut sunnah kan...



Yang paling memberi kesan ialah sabda Nabi s.a.w di bawah:


"Pernikahan yang paling berkat adalah yang paling mudah perbelanjaannya."


"Sesungguhnya semulia-mulia perempuan itu ialah yang paling mudah urusan maharnya."



 
 
 



Saya ingin menjadi perempuan yang mulia dan mendapat pernikahan yang berkat itu.

2 comments: