Mari join..:)

Thursday, November 8, 2012

movie review-James Bond:Skyfall

 
Sebagai seorang yang bukan kaki movie, entri ini boleh dikatakan buang tebiat. Tak kira.Nak jugak buat review.
 
****************************************
7 November 2012
 
Nak dijadikan cerita, kawan baikku Cik Fizah dapat mc seminggu sebab mengalami gejala yang belum dikenalpasti. Menurut doktor, dia mengalami internal bleeding (pendarahan dalaman) di mana kultinya terdapat tompokan bintik-bintik merah. Dia ada tunjuk kat aku betis dia.memang sangat banyak. scaryyyyyy....
 
Baiklah.Ceritanya bukan pasal dia sakit.Tapi disebabkan dia mc seminggu maka dia pulanglah ke rumah keluarganya di Sungai Petani di mana rumah dia itu dari hujung 2010 sampailah sekarang bolehlah dikatakan rumah kedua aku jugalah adanya. Dari pagar tak siap sampai lah dah separuh siap (last aku pegi umah dia March 2012 kot sebelum dia berhijrah ke Port Dickson tapi sekarang siap dahla...)dan dari dua kereta sekarang dah ade 4,dari zaman aku bahagia dengan Gemok sampai dah tak bahagia.(ok sedih..:'( )Bila datang kadang2 rasa malu ya amat tapi bila tak datang, abahnya boleh bertanyakan pula. Maka,jangan malu.hehe....
 
Bila nak sampai ceritanya ni.intro panjang sangat.
 
semalam, disebabkan hari Rabu aku ingat nak ajak makcik ni tengok wayang la.memandangkan aku pun bukan ada boyfriend nak teman tengok wayang kan.walaupun rasanya kalau aku sudi ramai je yang sudi temankan.hehe perasan la sangat ko ni huda... makanya mula2 ingat nak makan malam satu keluarga consisting of me, Fizah, Mama dia dan abang dia di luar. of course lah aku tak rapat pun dengan abang dia, dengan adik dia ok la jugak.so at first I was reluctant but then she told me "jgn getik." jadi saya pun bertolak lah setelah pulang ke rumah menukar baju. disebabkan aku masih demam selsema, maka kalau aku mandi akan memburukkan keadaan yang sedia teruk itu jadi tukar baju je.adoih.napa intro ko xhabis lagi huda.ko ingat ada orang heran ke ko demam ke tak.
 
dalam perjalanan, of course dengan kelajuan 50 km/j sebab ikot jalan lama aku kol dia(polis sila jangan saman saya) dan bertanyakan adakah aku lambat tapi dia kata abang dia tak balik balik lagi pun jadi takpelah aku bawak 50 km/j pun take your time ya. dan disebabkan itu juga dinner kami cancel dan bertukar ke tengok wayang berdua ya berdua tiada abang dia atau kawan abang dia.aku tanya,cita ape?manelah tau kan,kot kot dia ajak tengok Zaiton Ceritaku oh masak teman.dia kata, jom skyfall. aku fikir, aku tak pernah tengok cita James Bond dan tak pernah berminat tapi cerita tu tengah rancak dimainkan dan baiklah aku jangan jadi katak bawah bumbung macam kebiasaanku dan ikut sahaja. maka ku katakan padanya 'tengoklah showtime kol bape.aku on je" dan hung up.
 
see, di sinilah cerita tengok wayang bermula.jangan kata aku auta tau.
 
dari rumah dia di SP selatan,kami menuju ke SP utara ikot jalan belakang ke shopping mall baru AMANJAYA.actually aku pernah nampak amanjaya ni masa sesat nak g interview bulan lepas ka 2 bulan lepas tah. tapi aku tak tau tu mall baru.dan cuma terfikir, Perak dok buat Karnival Amanjaya,sini pun ada jugak ke?itu saja otak naif ku berfikir.
 
katanya 8.45 p.m movie start.tapi aku sampai umah dia dalam kol 8 dan dia pun belum mandi maka setelah melalui banyak proses kami sampai mall tu pun dalam kol 9 ye kawan2.sampai2 dah kate tak pernah pegi ya tak, kenalah cari belah mana pulak panggung tuh. tapi tak susah pun sebab bertanya malu bertanya kan sesat jalan ambik ko huda padan muka selalu sesat.tengok tengok, showtime 9.30 ok bagus, boleh teman makan dulu.dalam selsema pun piranha jugak teman ni yek.
 
 
setelah makan nasi goreng thai tomyam yang delicious lucious tu,cerita bermula. haruslah dimaklumkan, aku tak minat hero omputih ni.memang bukan taste aku la gamaknye sebab Brad Pitt ke Tom Cruise ke tak masuk dalam senarai jejaka idaman aku dari dulu.tapi si Fizah ni suka.katanya tasty Daniel Craig tu.euw.tapi harus aku akui, movie ni memang menarik.sama perasaan bila aku tengok Batman Return (dalam siri Batman, Batman Return ja yang aku minat). dulu 2009 tengok Watchmen tak best pun.Sherlock Holmes pun aku suka jugak, sebab aku suka Detektif Conan (sapa baca komik ni dia pahamlah kaitannya) dan walaupun masa tengok tu ada peristiwa yang tak best berlaku maklumlah kalau kau meluangkan masa dengan orang yang hatinya takda di situ jasad saja yang ada pahamlah kan perasaannya.pedih.
 
 
 
wah,geramnya movie review camni.!bukan cita pasal movie pun.cita udez tengok movie ja.haha padan muka kau orang yang baca.g la tengok sendiri ye.aku memang tak pandai bercerita maka sebab itulah aku ni boring orangnya dan jadi katak bawah bumbung.tapi apa yang aku suka tentang movie ni ialah aksi dari permulaan sampai James Bond mati memang terbaik.aik,James Bond mati?ha nak tau tengoklah ye. dan juga, movie ni best sebab aku tengok jam sekali ja sepanjang tengok cita ni. kalau tak best aku akan tengok jam lebih dari sekali.hehe
 
 
 
boleh klik sini bagi kipas-susah-nak-mati cita ni:
 
 
haa itu dia abang tasty.
 
 
 
M.watak penting.
 
 
hero jahat.napa aku taruk gamba dia camni?sebab boleh nampak yang dia hero jahat camni.
 
 
heroin yang tak berapa heroin.sebab watak dia hilang camtu je.tapi serius memang cantik gila.she is the definition of woman.
 
 
Q.aku suka dia ni!(haa tengok taste aku camna?nerd dan kelakar. bagaimanapun in real life aku prefer yang kelakar instead of nerd.sebab aku tak suka orang yang pandai sangat kerana gemar belagak.pandai tapi tak berlagak takpe.I like humble and funny man.wah gitu.promot diri nampak)
 
 
sebelah kanan James Bond ialah pembunuhnya.dalam cerita ni rambut dia very the curly tapi kat dalam gambo ni straight le pulok.dan sebelah kiri ialah the hot Severine.
 
 
 
buh gambo pun semuanya dari Google jek.nak tangkap sendiri mimpilah.huhu bye.
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment