Mari join..:)

Wednesday, November 21, 2012

movie review 2:Istanbul Aku Datang...

wah gitu. lepas dating dengan Daniel Craig boleh buat lagi satu movie review plak. dasat ye cik Udez.



Setelah berada di kampung seminggu, Jumaat aku memulakan tugas dengan lambakan kertas memenuhi mejaku yang memerlukan 5S segera ditambah pulak barang yang nak keluar haritu punyalah banyak ya ampuuunnnn sebab Khamis cuti kan. Dan haritu, aku punch out dekat jam 7 malam untuk menyelesaikan segalanya yang perlu selesai minggu itu juga.
 
 
Sabtu?Cuti lah.
 
 
Selepas menghadiri kenduri kawan-sama-dapat-A1-untuk-IT-SPM 2004-Taayah di Kepala Batas berseorangan dan kemudian malu nak pegi makan sebab datang dahla lambat pastu sorang2 ya aku ni seorang yang pemalu tahap kritikal maka dalam perjalanan balik singgah makan laksa dan air kat tepi jalan depan MRSM Kepala Batas tu baru pulang ke rumah.
 
 
Sesampainya di rumah...bermalas-malasan dan jeng jeng jeng..timbul idea untuk tengok wayang.. maka dengan kadar segeranya mengupdet status kat facebook; "nak tengok ajiboy or instanbul aku datang" maka sudah tentulah memang takde pun pakwe yang offer nak temankan maka dengan pasrahnya memang ingin pergi tengok seorang. Maka teruslah browse guna Galaxy Y saya showtime kedua-dua cerita itu dan tempat pilihan tentulah TGV Jusco Perda yang dekat dengan rumah juga tak perlu bayar parking dan parking insyaAllah selamat tak macam Pacific or sunway Carnival yang parking masyaAllah lecehnya.
 
Ajiboy
Sunway Carnival:1845 2050
Pacific:1830
 
Istanbul Aku Datang
TGV Seberang Prai: 1950

Aku kerling jam pada henfon: 1815

keputusan:Istanbul Aku Datang
 
 
Jadi aku pun menukar baju kebaya di tubuh ke baju biasa maklumlah nak pegi tengok wayang seorang diri lepas tu kalau mandi nanti sejuk pulak takde orang nak peluk kan ok tak tak saja tak mandi sebab baru sangat mandi orang demam tak leh mandi sangat tapi pegi jalan jalan takpe kalau demam pun hehe
 
here I come!
 
haha poyo je padahal dok berbelah bagi nak tengok cita ape dan going to decide bila sampai kat tempat beli tiket sebab tengok kat tenet apahal sikit sangat cita yang ada kat TGV ni?hurmm.
 
 
Review starting...
 
Seperti yang ramai maklum (pada yang rajin baca sinopsis movie) Lisa Surihani adalah girlfriend Tomok yang sanggup datang Istanbul dalam misi untuk berkahwin dengan Tomok sebab Tomok tak propose dia pun jadi dia ingin "mendesak" Tomok dengan cara romantik la kononnya...Dia ada beberapa plan tapi tak dinyatakan secara jelas maka aku assume ada plan A dan B ja. Ini ialah step dalam cerita ni:
 
Step Pertama: Datang ke Istanbul selepas research course pendek (3 bulan) yang ada kat universiti boyfriend. Dia tak bagitau course apa tapi lepas beberapa scene tau lah k
 
Step Kedua: Sampai Istanbul dan naik teksi ke rumah boyfriend
 
Step Ketiga:Naiki anak tangga yang sangat banyak ke rumah Azad dengan mengangkat 3 beg sendirian sebab takleh mintak tolong boyfriend maklumlah surprise.Dan sebab pakai heels, hampir jatuh dan disambut oleh seorang lelaki Turki haa mulalah tu nak pikir yang dia terjatuh cinta dengan lelaki Turki pulak.Tungguuuuuuu
 
Step Keempat: Lelaki tadi tolong angkat beg sampai depan rumah boyfriend dan as soon as boyfriend open the door, "Sayang!" jerit Lisa kepada boyfriendnya sambil peluk boyfriend. By the way, boyfriend dia tak la happy mana sebab nampak ada lelaki Turki kat sebelah. So dia terus tanya "Siapa ni?" instead of "Baby,miss u so much!!napa xbagitau nak datang?" wah buat skrip sendiri
 
Step Kelima: Dijemput masuk ke rumah. Dan sudah tentu lah boyfriend tolong angkat semua beg dalam bilik dia kan. Dan girlfriend merajuk sebab boyfriend dia dok bebel pasal girlfriend yang terlalu mudah percayakan orang. (he reminds me of someone.oh this type of men are all the same) Dan of course, dia pujuk balik la girlfriend dia maklumlah girlfriend tersayang kalau aku merajuk dapat bye bye jelah.

 
Seterusnya, mungkin ada yang ingat, akhirnya Lisa akan kawen dengan Tomok atau kawen dengan housemate dia tu. Pada orang yang suka ending cliche, dia mesti ingat Lisa akan dengan Tomok akhirnya. Tapi ending cliche dah tak relevan ye di zaman ini. Nak nak pulak kalau hero CURANG. Aku rasa cita ni memang relevan di zaman sekarang. Sebab nak cari lelaki yang setia di zaman ini memang payah. Dan lelaki yang setia ni pulak ada, tapi kengkadang kurang digemari perempuan untuk dijadikan pasangan sebab pompuan lagi suka sedih2 kena tipu ngan balak playboy daripada gembira-tapi-boring dengan balak setia. Apakah?


Tapi aku memang suka dengan watak Beto. Sebab walaupun dia nampak mengambil kesempatan di saat Lisa sedih, tapi nampak yang dia memang bersungguh sukakan Lisa dan cuba gembirakan Lisa. I like him.


Aha, ada satu part lagi aku suka pasal movie ni. Lisa ada blog!!BLOG ye kawan2. Nama blog dia D is for Diva kot. Eh, aku Google dan blog tu memang wujud! Biar betul ni..

 
 
 
Tapi dalam movie tu blog dia memang cun la. Tak macam blog aku. Aku tak kreatif pun create background yang cambest.
 
 
 
 
 
Cerita sampingan: disebabkan aku pegi sorang, dan first time aku pegi beli tiket sendiri, maka aku dok fikirlah kat mana aku patut duduk. Disebabkan movie ni pecah panggung punya, aku fikir mestilah ramai orang. Sabtu pulak tu. Jadi aku fikir nak dok tepi. Tapi kalau dok tepi, takut duduk sebelah couple plak.Oh tak sanggup. Sebab? Saya akan nampak sungguh kasihan masa itu. Tengok kisah cinta pula tu. Tapi dugaan saya meleset. Masa saya beli tiket lebih sekurang sejam awal daripada masa tayangan, baru 4 orang yang ingin menonton cerita yang sama, not including me. Wah ini sudah bagus. Penjual tiket yang agak cumil itu macam kesiankan aku ja bila aku cakap aku nak satu tiket sahaja. Tapi dia tak cakapla..Dia cuma bertanya di manakah aku ingin duduk dan menyatakan baru 4orang ja yang dah beli tiket. jadi aku tanya dia balik. Mana tempat yang best? Dia cakap L11. Wah center of the world gitu. Dahla sorang. Macam panggung ana yang punya ja..hehe.. Pada sapa sapa yang frust macam saya, anda boleh tiru saya. Jadi bila anda menangis sorang sorang pun takde sapa yang tahu.
 

No comments:

Post a Comment