Mari join..:)

Thursday, November 1, 2012

kursus kahwin.



udez gatal nak kahwin.mesti semua orang pikir camtu kan.maklumlah,udez tak de orang yang nak pun.jadi camne nak kawen kan?


baiklah,bukan nak cerita pasal kawen atau tunang atau kekasih sekarang ni.tapi satu langkah ke arah mendirikan rumah tangga.nampak macam simple.tapi WAJIB sebelum kawen.takde sijil takleh nikah oiiii....


Mase kat U ngan matrik dulu,ada jugak orang dok buat kursus kawen ni.maklumla,murah dari kat luar. tapi mase tu dok tengok muka orang yang g kursus tu mesti pikir "gatainye depa ni.belajar lagi pun sibuk nak g kursus." masa final year pun, kawan sekelas ku Kak Imah ngan Kak G pegi kursus tu dan tanya napa tak join diorang. mase tu aku cakap, "saya mana da calon kak..." diorang memang ada calon jadi tak heranlah kan nak g kursus..hmmm..

Cerita bermula bila seseorang itu ajak kawen.kononlah.sebab aku tak rasa dia serius pun.tapi sebab dia yang tanya maka aku terus berkobar-kobar.pegi research kat mana orang buat la harga berapa la berapa hari la macam2.sampai satu masa saya dikecewakan.dalam bulan yang sama.hurmm.tak pelah.kisah lama kan.


selepas itu ada seorang kawan lelaki datang ke rumah.aku yang tak pernah bawa kawan datang rumah apetah lagi lelaki sudah tentulah menimbulkan tanda tanya di benak ibu bapa ku yang memang mahukan anak sulung mereka ini kawen kan...dan sejak itu mak aku menganggap dia adalah special bagiku. entah,aku tak mampu nak jawab soalan itu.bagi aku memang.tapi bagi dia?Allah saja yang tahu(bergenang air mata ini..:'[ ) kerap juga dia bertanya bila nak masuk meminang dan sebagainya.dan aku jawab ala bergurau.."no komen" dalam hati?Allah saja yang tahu...



aku tak ingat sejak bila ibu ku gemar menudingkan jarinya ke arah iklan kursus kahwin yang memang selalu ada dalam surat khabar dan sekitar masjid. dan aku mesti berkata "bukan nak kawen pun lagi mak.." mak ku pula membalas "mane tahu bila nak kawen.dah ada sijil senang la.." ayah ku pulak berkata "takyah g kursus dekat sini pun.pegi dekat sana ja(penang).senang. lepas tu aku menjawab lagi "sekarang sijil tu laku 2tahun je mak.nanti kalau lepas 2 tahun xkawen jugak,rugi je.." Mak aku kate "takpela.pergi jela 2 kali pun.lagi mantapla pengetahuannya.."  haa dengar tu.suruh pergi jugak le tu....



Maka,disebabkan kedua nya mendesakku pergi, maka aku merancang juga untuk pergi.Masalahnya,tak pernahnye ada duit lebih nak g.tambah2 dapat 3 surat saman baru ni.adoiii..mane nak cari duit nak bayo tuh...nak bayo roadtax lagi bulan 6 tahun depan.nak kawen lagi...mestila kena menyimpan lagi kan..haih....











Ok lah,saya bercadang nak g kursus kahwin 10hb 11 ni.haraplah berjaya.Amin.Kalau berjaya saya updet kat sini.daa....

No comments:

Post a Comment